Domino’s Pizza & Pepsi Black
Memberi Ganjaran dengan Hadiah Bernilai RM130,000 kepada
Pelanggannya
Hadiah Utama Honda City
Untuk Direbut
SHAH ALAM, 9 Oktober 2018 – Nikmati pizza Domino’s kegemaran anda yang
dipadankan bersama Pepsi Black tanpa kalori semestinya tidak akan pernah
mengecewakan. Domino's Pizza telah bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat
perniagaan minuman, iaitu Etika dalam menjayakan satu peraduan baharu yang
menarik buat semua pencinta pizza yang menawarkan peluang untuk memenangi
hadiah bernilai lebih daripada RM130,000!
Berpegang pada janjinya untuk terus
mempertingkatkan pengalaman buat pelanggannya, Domino’s Pizza telah melancarkan
peraduan yang dinamakan sebagai Setiap Orang Adalah Pemenang, ‘Everyone’s A Winner’, yang dicipta
khas untuk pencinta pizza tegar dengan hadiah-hadiah yang menakjubkan untuk
dibawa pulang. Hadiah utama merupakan sebuah kereta baharu, Honda City bernilai
RM80,000. Selain itu, terdapat sejumlah hadiah bernilai sehingga RM130,000
untuk direbut. Antara hadiah lain adalah tiga buah Samsung Galaxy S9, 10
unit Logitech G560 Speakers Gaming, 20 unit Samsung Gear VR berserta Alat
Kawalan, 50 baucer pizza Domino’s bersaiz besar berserta Breadstix / Cinnastix
percuma tanpa had dengan pembelian minimum, sah selama 2 minggu. Peraduan ini
akan bermula pada 8 Oktober hingga 4 November 2018 dan dengan setiap pembelian
Domino's Bold Combos, pelanggan akan layak menyertai peraduan ini.
Pada pelancaran peraduan ini, Linda Hassan, Naib
Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura berkata,
"Peraduan ini adalah satu peluang yang baik untuk kami memberi ganjaran
kepada para pelanggan dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi. Semua orang mempunyai
peluang yang luas untuk menang! Kami berasa amat berbesar hati dengan sokongan
berterusan yang diberikan oleh pelanggan kami selama ini dan peraduan ini
adalah cara kami untuk memberi penghargaan buat mereka."
"Minuman ringan memang sepadan bila digabungkan
bersama pizza. Bekerjasama dengan Pepsi Black melalui Etika adalah satu bonus
untuk kami. Dalam persekitaran yang dinamik dan berubah-ubah ini, pelanggan
sentiasa mencari sesuatu yang baru dan menarik. Oleh itu, kami menggunakan
inovasi untuk memberi tawaran dan perkhidmatan yang lebih maju ke hadapan.
Domino's Pizza menekankan pendekatan yang berpandangan jauh ke hadapan apabila
membangunkan produk baharu serta meningkatkan perkhidmatan kami untuk memenuhi
keperluan pelanggan yang sentiasa berubah-ubah. Ini melengkapi ciri-ciri Pepsi
Black sebagai minuman masa hadapan. Sebagai rakan kongsi, mereka memahami visi
kami dan sejajar dengan aspirasi yang sama untuk menggerakkan jenama ke
hadapan, "kata Linda.
"Kami telah bekerjasama dengan Domino's Pizza
dan menerusi kolaborasi ini, kami telah menyediakan pelanggan dengan platform
yang menarik untuk memberikan satu pengalaman yang berbeza buat mereka. Resipi
kola yang unik kami dibangunkan berdasarkan sentimen pengguna dengan kemajuan
teknologi inovatif. Demi memahami gaya hidup pengguna yang mendambakan produk
harian yang sihat, Pepsi Black adalah satu pilihan ideal bagi mereka yang ingin
menikmati kola tanpa sebarang kalori, dengan penuh rasa padat. Kami mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan Domino’s kerana kami berkongsi segmen pengguna
bersama. Kerjasama seperti ini mewujudkan peluang yang berharga untuk pengguna
nikmati, " kata Santharuban T. Sundaram, Naib Presiden Pemasaran di Etika
Sdn Bhd.
Sebagai jenama yang sentiasa menawarkan nilai
hebat kepada pelanggan, mulai 8 Oktober dan seterusnya pelanggan Domino’s Pizza
boleh merebut Bold Combos yang terdiri daripada Bold Buddy Combo pada RM35.90
dan Bold Super Combo pada RM55.90. Di samping itu, pelanggan boleh menikmati 2
Pizza Deals yang boleh didapati dari RM28.30 untuk dua pizza bersaiz biasa,
RM47.15 untuk dua pizza bersaiz besar dan RM66.05 untuk dua pizza bersaiz Xtra
besar. Untuk ganjaran yang lebih banyak, pelanggan boleh memilih 2 Pizza Deals
dengan Keju Ekstra daripada hanya RM30.65 untuk dua pizza bersaiz biasa dengan
50% ke atas Keju Ekstra, RM50.45 untuk dua pizza bersaiz besar dengan 50% Keju
Ekstra dan RM70.30 untuk dua pizza bersaiz Xtra besar dengan 50% ke atas Keju
Ekstra.
Penyertaan untuk peraduan ini adalah mudah.
Dengan pembelian sebarang pizza berserta Pepsi Black 1.5L pelanggan layak
menyertai peraduan. Pelanggan kemudian hanya perlu menyertai permainan ‘Kira
Pepsi Black dan Pizza yang tersembunyi’ dan letakkan slogan yang paling kreatif
menerusi laman web www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner. Pelanggan yang mempunyai mata terkumpul
tertinggi semasa tempoh peraduan akan memenangi sebuah kereta. Di samping itu,
bagi setiap pembelian sebarang pizza yang berserta dengan sebotol 1.5L Pepsi
Black, pelanggan akan mengumpul 1 mata dengan setiap RM1, manakala dengan
setiap pembelian 2 Pizza Deals berserta Pepsi Black 1.5L atau Bold Combos,
pelanggan akan mendapat 2x mata ganjaran. Peraduan terbuka kepada semua
pelanggan di Semenanjung Malaysia. Bagi pencinta Domino’s Pizza di Malaysia
Timur, tunggukan pengumuman selanjutnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan
Domino's Pizza Malaysia's Everyone’s A Winner serta sebarang promosi yang akan
datang, sila layari laman web kami di www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner.
aduh lapar dominos
ReplyDelete