Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ Didik Tentang Pilihan Makanan yang Lebih Sihat
Georgetown,
9 Oktober 2018 –
Malaysia
dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling
tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7%
daripada mereka mengalami masalah obes.

Pemakanan memerlukan keseimbangan.
Obesiti sering dikaitkan dengan
tabiat makan yang disemai sejak kecil, di mana kanak-kanak yang
mempunyai berat berlebihan biasanya akan menjadi obes ketika dewasa.
Faktor budaya juga menjadi salah satu
sebab yang menyumbang kepada peningkatan masalah obesiti di Malaysia.
Ini kerana kebanyakan makanan popular di Malaysia adalah seperti snek
yang digoreng dan hidangan yang memiliki kandungan lemak tinggi,
selain tidak ada banyak kepelbagaian dalam makanan mereka.
Sebab itulah Ayam Brand™, jenama
pilihan rakyat Malaysia selama 126 tahun menganjurkan Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat (Healthy KIDS Food Festival) untuk
menawarkan pilihan makanan yang lebih baik sebagai sebahagian
daripada program tanggungjawab sosial tahunannya.
![]() |
Kanak-kanak
dari Rumah Kebajikan Seri Cahaya membuat pilihan makanan yang sihat
di stesen Pinggan Sihat.
|
Kempen kebajikan pada tahun ini
bertujuan memperkasakan kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan
mereka sendiri menerusi aktiviti-aktiviti yang interaktif.
Aktiviti ini dapat membantu
mereka mengenal pasti kumpulan makanan yang penting, memahami jumlah
makanan dan membuat keputusan bijak tentang makanan berkhasiat dan
membentuk tubuh secara positif.
Ayam Brand™ menyatakan bahawa
sumbangan produk kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian
dibuat kerana kebanyakan daripada mereka kurang akses kepada sumber
nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak.
![]() |
Peserta
dari Rumah Permata Kasih memastikan nasi lemak mereka dibuat dengan
sukatan yang lebih sihat di stesen AYAM Ready
to Eat.
|
Sudah memasuki tahun kesebelas,
Kempen Penyayang Komuniti Ayam
Brand telah berjaya menjangkau sekitar 20,000 orang dari 482
pertubuhan kebajikan, serta menyediakan mereka dengan 1,404,000
hidangan makanan yang sihat dan mudah!
Mengulas
tentang Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat, wakil Ayam
Brand, Encik Nathan
Deverre berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi
permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang
direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar
bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak
yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah
mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan
menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”
![]() |
Kanak-kanak
dari Children’s Protection Society mengenal pasti pilihan makanan
yang lebih baik untuk kesihatan di stesen Yay
or Nay
|
Antara sesi bengkel yang dijalankan
ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar
untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang
sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega
3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy
Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan
makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala
di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi
LemakTuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.
Kanak-kanak
amat memerlukan Omega-3, iaitu sejenis asid lemak penting untuk
perkembangan otak dan mata yang tidak dihasilkan oleh tubuh manusia.
Ibu bapa dan penjaga boleh menambah makanan yang kaya dengan
kandungan Omega-3 seperti sardin, mackerel dan
tuna dalam diet anak-anak. Bagi kanak-kanak yang tidak sukakan bau
ikan, ibu bapa perlu jadi lebih kreatif. Jadi, layari laman
web www.ayambrand.com.my untuk
mendapatkan pelbagai resepi yang mesra kanak-kanak.
![]() |
Persatuan
Kebajikan Anak-anak Islam Penang mencari dengan teliti semua
perkataan di stesen Crossword.
|
Kelapa pula telah mencapai status
makanan super di peringkat global kerana kandungan lemak sihatnya.
Ini satu berita baik buat rakyat Malaysia kerana mereka menggemari
makanan berlemak seperti Nasi Lemak.
Sebahagian
daripada Festival
Makanan Kanak-kanak Sihat, Ayam
Brand™ ada memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan
cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping
Light Tuna Cili sebagai
sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus,
timun segar, kacang tanah dan ikan bilis untuk menjadi satu hidangan
yang enak dan berkhasiat. Kanak-kanak yang menghadiri
bengkel ini juga
belajar tentang sukatan yang
betul bagi setiap makanan untuk diet yang lebih sihat.
![]() |
Rumah
Kebajikan Seri Cahaya memenangi tempat pertama di Festival Makanan
Kanak-kanak Sihat Ayam Brand 2018
|
“Ramai
rakyat Malaysia yang membuat pilihan makanan tanpa memikirkan tentang
kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan mereka. Ibu bapa perlu
menunjukkan teladan yang
baik, memberi pemahaman serta menjadikan pengambilan makanan
berkhasiat dan seimbang sebagai amalan sejak anak-anak masih
kecil. Kami gembira kerana kanak-kanak dapat belajar tentang asas
pemakanan sihat dengan cepat pada hari ini. Ibu bapa dan penjaga
boleh mencuba beberapa aktiviti yang telah kami lakukan ini kerana ia
mudah dan boleh dilakukan di rumah,” kata Deverre.
Rumah Permata Kasih, Children’s
Protection Society, Persatuan Kebajikan Anak-anak Islam dan Rumah
Kebajikan Seri Cahaya dari Pulau Pinang menerima bekalan makanan
harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan
sardin, mackerel, tuna
dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.
Menurut
wakil dari Children’s Protection Society, Cik Magdeline Leong,
sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet
atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat,
pantas dan mudah disertakan ke
dalam diet harian mereka.
“Kami
ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana
menjemput Children’s
Protection Society untuk menyertai acara ini, selain menyumbang
produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat
seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi
daripada bengkel-bengkel aktiviti.
“Kami
akan menjalankan beberapa bengkel sama di Children’s Protection
Society tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat
pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat
makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Cik Leong.
Maklumat
lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman
web www.ayambrand.com.my atauhttps://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.
No comments:
Post a Comment