Herba & Rempah McCormick Berwajah Baharu
PETALING JAYA, 10 Oktober 2018 –
Rakyat Malaysia di seluruh negara akan dipersembahkan dengan wajah
baharu bagi rempah kegemaran mereka di rak-rak kedai apabila
McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia,
menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan
pembungkusan terkini yang lebih menarik dan bergaya.
![]() |
McCormick's trendy new packaging for
its herbs, spices and seasonings lives up to the brand's promise of
bringing consumers fresh, delicious flavors in every dish.
|
Dengan logo yang dikemas kini dan
warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick
kegemaran mereka dengan mudah di rak-rak kedai. Imej kontemporari dan
yang bertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan
oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa
yang diperlukan dengan mudah, sama ada mereka menginginkan herba,
rempah atau perasa.
![]() |
McCormick's trendy new packaging for
its herbs, spices and seasonings lives up to the brand's promise of
bringing consumers fresh, delicious flavors in every dish.
|
Anda mencari inspirasi sambil memasak?
Label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea tentang
cara untuk menggunakan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas
bahan tertentu, digandingkan dengan satu lagi produk McCormick, atau
ditambah ke dalam sajian kegemaran.
Menurut Mohan Alagappar, Pengurus Besar
GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif bagi McCormick, “Sebagai
pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna
kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka
supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk
lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami.
Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan
janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada
setiap sajian masakan.”
![]() |
McCormick's Garlic Powder
|
Banyak produk McCormick sudah berwajah
baharu, termasuk rangkaian produk popular seperti Black Pepper
Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan
lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar
raya di seluruh negara.
![]() |
McCormick's Chili Flakes
|
Untuk maklumat lanjut tentang herba dan
rempah McCormick atau idea-idea resipi, sila layari laman web
www.mccormick.com.
![]() |
McCormick's Cinnamon Ground
|
McCormick diedarkan secara eksklusif di
Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd. GBA menguruskan banyak
jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia
yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.
terbaek :)
ReplyDeleteLawa packaging baru dia..
ReplyDeleteYang penting botol dia still user friendly
ReplyDelete