lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 29 October 2018

Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary

Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Hai semua. Rasa sangat seronok dan lega apabila dapat manjakan diri  di Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa di tengah bandar yang sibuk dan moden Pulau Pinang. Sebagai wanita, kesihatan menyeluruh tidak kira luaran atau dalaman harus di jaga. Walau sibuk sangat sekalipun curi sedikit masa untuk diri sendiri. Jadi tidak salah kiranya anda singgah di Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa untuk menyegarkan kembali tubuh yang lesu dan penat akibat tuntutan tugas harian.
Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa akan membawa anda ke sesi terapi urutan eksklusif di mana produk apa yang digunakan dapat membantu membina semula sel-sel kulit anda serta jiwa dan minda anda akan berasa lebih tenang dan tenteram.  Anda boleh memilih samada untuk mengurut badan, wajah ,terapi sauna wajah atau apa sahaja pakej yang diseiakan oleh pihak EcoWellness Sanctuary sesuai dengan kehendak masing-masing. 


Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang
Eco Wellness Sanctuary meletakkan kepercayaa terhadap kuasa penyembuhan secara semulajadi itu mampu membangkitkan kebahagian, kegembiraan, kepuasan serta tubuh yang sihat, minda positif.Untuk tujuan itu, pihak Eco Wellness Sanctuary telah menyediakan satu tempat yang mewah bagi keselesaan pelanggan serta gaya yang moden mengikut gaya hidup masa kini.


Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang
Ecowell Organics dan Dr. Förster telah begabung untuk menjadi kan spa ini lebih eksklusif dari segi kesucian dan kerohaniannya. Pada masa kini ianya masih belum dapat ditandingi oleh mana-mana pihak lagi. Produk yang terhasil dari gabungan bahan bumi dan luat ini secara semulajdi telah membuahkan kejayaan untuk menghasilkan semual sel sel kulit yang tidka bermaya dan memberi semangat serta keyakinan dalam diri dan akal fikiran.Produk yang dihasilkan sama sekali tidak mengandungi bahan kimia yang mana ianya masih lagi menjaga nilai kesuciannya, keaslian, pemulihan dan khasiat yang sempurna . Janganberlengah lagi untuk singgah ke SanctuaryEco Wellness bagi mendapatkan rawatan yang terbaik untuk mnajakan diri anda supaya kelihatan segar dan lebih sihat.


Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Ecowell Organics merupakan rangkaian penjagaan kulit secara organik yang mendapat pengiktirafan premium Swiss dimana bahan-bahan yang digunakan diperoleh daripada sumber yang terbaik ciptaan alam bagi proses pemulihan dan penyembuhan kulit. Gabungan menggunakan penapis air dan mikrobiologi, pati minyak Ecowell melalui proses yang sangat rumit ini telah berjaya mengekalkan sifatnya.Minyak jojoba Organik dan juga Wijen Organik merupakan bahan asas yang digunakan semasa sesi mengurut yang mana ia nya mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan apa-apa kesan pun. 


Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang
Minyak asas yang mewah ini terpilih kerana ianya begitu kaya dengan nutrien khas nya untuk kulit di mana ia dapat melancarkan peredraan darah untuk menjadikan kulit lebih cantik dan sihat.Ecowell merupakan salah satu daripada beberapa jenama mewah menggunakan bahan organik telah disahkan organik oleh badan pensijilan bebas yang berpengkalan Itali – ICEA, konsortium yang diiktiraf di peringkat antarabangsa bersama dengan Persijilan Bio-Cosmetics Eropah.

Bahan-bahan berasaskan tumbuhan yang disahkan:-

Dermatologically Tested
ICEA-Certified
Tidak Bahan Bahaya Kimia sintetik
Tiada Allergen Scents
Tiada silikon
Tiada Parabens
Tiada SLS Dan SLES
Tiada Pewarna tiruan
Tiada Cecair Parafin
Tiada Ujian Haiwan
Tiada bahan Kimia Berasaskan Petroleum
Sijil Halal.

Ecowell teleh diketahui sememangnya menggunakan Formula Semulajadi - Terapi Penyembuhan dan Pelembab. Jadi manjakan diri anda dengan singgah sebentar ke Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa. Sesekali berbelanja tiada salahnya kan.


Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Ok apabila anda dah sampai ke Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa, mula-mula anda akan di panggil ke tempat untuk cuci kaki dulu. Seronok sangat sebab memang wanita suka di manjakan begitu kan. Guna air suam dan sabun yang memang khas di sediakan untuk pengguna.



Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Selepas itu maka bermula lah sesi scrub, urutan badan dan wajah. Sangat tenang dan nyaman. Suasana spa yang memang boleh buat orang tidor lama kan. Bahan scrub adalah terdiri dari garam laut mati yang di terbangkan jauh dari Jerman. Terasa sangat kulit jadi lebih lembut dan anjal macam bayi. Lama sangat tak scrub sampai teruja pula bila sentuh kulit sendiri.


Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Selepas selesai bersihkan diri dan cuci scrub sebentar tadi, maka sesi urutan pun bermula. Punya kuat tenaga si tukang urut Joey sampai ketap bibir tahan sakit bila kena point yang ada masalah. Sesi berlanjutan sehingga 30 minit.

Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang

Selesai sesi urutan badan, beralih ke wajah pula. Sangat seronok dan rasa terbelai-belai gitu. Untuk wajah banyak bahan produk yang di gunakan. Bermula dengan mencuci wajah,makeup cleanser milk. Terasa halus bahan-bahan yang digunakan di wajah. 


Kemudian bersihkan wajah dengan menggunakan kapas khas yang disediakkan oleh pihak Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa. Buang segala kotoran diwajah dengan begitu teliliti sekali.


Kemudian, wajah di sembur dengan face tonic menggunakan alat khas. Semburan di ratakan seluruh wajah. Terasa terbuai sebab seperti kena udara yang sejuk macam buka peti pintu ais. 


Ini adalah kain kapas yang disediakan oleh pihak Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa untuk mencuci keseluruhan wajah. Terasa sangat lembut dan selesa apabila Joey membersihkan wajah.



Bermula dengan penggunakan produk yang ke 5, selepas mencuci akan di selang dengan penggunaa face tonic sehingga habis. Selang seli. Sebab itu rasa kulit wajah semakin lama semakin ringan dan licin. 



Selesai urutan wajah selama hampir 45 minit. Sangat selesa dan wajah seperti tegang kembali. Liang-liang pori juga tidak kelihatan. Kulit wajah menjadi selembut kulit bayi dan dilihat wajah berseri-seri. Seronok kan. Seperti biasa, setelah selesai ke semua sesi, maka anda akan dihidangkan dengan ginger hot tea. Ini adalah penamat yang paling mantap dan padu kerana ia dapat membangkit kan rasa kesegaran dan membuat kan tubuh dan wajah anda bertenaga.


Wajah kegembiraan setelah selesai ke semuanya. Ini lah joey yang sangat kuat orangnya yang menjayakan seluruh sesi pada hari kejadian. Pertama kali suka akan wajah sendiri walaupun tanpa makeup sebab rasa nampak ada keserian di situ serta kulit pun kelihatan lebih anjal.


Jadi selepas selesai, mari lah kita pulang ke pangkal jalan. Balik ye. Kepada anda yang ingin merasai suasana spa yang keseluruhannya menggunakan bahan organik, baunya juga organik, perasaan tenang jiwa dan minda yang organik bebas dari kesibukan kota, datang lah ke Eco Wellness Sanctuary Organic Family Wellness Spa pulau pinang untuk bersama-sama mengembara ke alam yang di kelilingan dengan aura yang positif dan damai.

Manjakan Diri Di Eco Wellness Sanctuary Pulau Pinang
Untuk maklumat lanjut, dapatkan info di sini :-

 Website :ecowellness
 Instagram : ecowellnesssanctuary

OPEN 
Sunday - Saturday
11.30am - 11.30pm


Jalan Magazine | No.197 & 199 M SummitGeorge Town, Penang Island 10300, Malaysia
+604-3713689

4 comments:

  1. Yang ada urutan sekali tu, untuk pakej mana ya :D

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala mmemanjakan diri best juga ni

    ReplyDelete