PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my
Pusat Pungutan
Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat
melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang
berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan).

Portal PPZ-MAIWP
merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh
PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi
membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini,
pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa
dengan mudah dan cepat.
Bagi
menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah
tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan
iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat
menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60
jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat
iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.
Antara
objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para
peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah
Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun
bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran
zakat mereka.
Pelancaran Kempen Jom
Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif
PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup
Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global
Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.
Seiring pelancaran
kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan
penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih
ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang
tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai
4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan
kutipan sebanyak RM2.5 juta.
SYARAT DAN CARA
PENYERTAAN KEMPEN:
- Bayar
zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31
Oktober 2018.
PPZ-MAIWP menyeru agar
semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat
melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak
2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat
bandar.
”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
Nk buka web ni skrg juga..
ReplyDeleteThk u for sharing
ReplyDelete