lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Thursday, 25 October 2018

Resepi Puding Madu Tiga

Resepi Puding Madu Tiga

Hai semua. Hari ini khaty nak kongsi pasal satu kuih yang baru khaty belajar dengan makcik khaty yang memang super duper hebat kalau bab masakan mahupun kuih muih serta kek. Puding madu tiga. Macam cerita Madu Tiga pula. Katanya kuih baru. Macam mana rupa kuih tersebut. Apa rasanya? Mari kita lihat resepi Puding Madu Tiga ini.
Resepi Puding Madu Tiga

Masa mula-mula tengok bahan untuk resepi Puding Madu Tiga ini memang dah rasa teruja sebab semuanya bahan-bahan yang sedap. Dapat bayang dah macam mana rasa tu. Dan bila dah buat puding madu tiga ini ternyata proses nya sangat mudah dan anda akan sangat gembira dengan hasilnya.

Bahan-bahan Puding Madu Tiga

Bahan A
350ml susu full cream 
Serbuk agar-agar 5g
Beryl’s gourmet white chocolate compound  25g
Gula kastor 50g
*masuk semua bahan, kacau atas api sehingga mendidih
*tuang dalam loyang/bekas/acuan tanpa perlu alas
*biarkan puding mengeras

Bahan B
350ml susu full cream 
Serbuk agar-agar 5g
Gula kastor 50g
Beryl’s gourmet white chocolate compound  13g
Beryl’s gourmet dark chocolate compound/coin  13g
*masuk semua bahan, kacau atas api sehingga mendidih
*tuang dalam loyang/bekas/acuan A tanpa perlu alas
*biarkan puding mengeras

Bahan C
400ml susu full cream 
Serbuk agar-agar 5g
Gula kastor 75g
Pewarna Coklat 1/2sdb
serbuk koko 15g
Beryl’s gourmet dark chocolate compound/coin  25g
*masuk semua bahan, kacau atas api sehingga mendidih
*tuang dalam loyang/bekas/acuan B tanpa perlu alas
*biarkan puding mengeras

Resepi Puding Madu Tiga

Nampak tak bahan-bahan tu memang dah mengujakan perasaan kan. Masa buat nanti lagi tak sabar sebab nampak hot coklat ja. Pastikan masak puding ikut langkah satu persatu ya. Jangan masak semua sekaligus. Nanti semua keras serentak tak dapat lapisan madu tiga tersebut. Jangan risau kalau takut puding tu lembik kan, dalam masa kita masa bahan seterusnya puding tudah elok mengeras. khaty letak kipas bagi lagi cepat. Atau pun ada orang suka rendam  sedikit loyang/bekas dekat air kan bagi cepat sejuk dan keras

Apa pun anda buatlah ikut cara masing-masing. Hasilnya ada yang rasa. Ini kiranya untuk percubaan dalam kuantiti separuh tau. Kalau dah menjadi lain kali boleh tambah kuantiti nya. Kalau ada yang nak buat kuantiti banyak boleh buat kiraan sendiri ya.Selamat mencuba.

5 comments: