Tips Membeli Daging Segar Dan Elok - KhatyAiman KhatyAiman: Tips Membeli Daging Segar Dan Elok
Textual description of firstImageUrl

Tips Membeli Daging Segar Dan Elok

khatyaiman | 10/17/2018 08:00:00 am | 8 Komen

Tips Membeli Daging Segar Dan Elok Khas Nya Buat Para Suami.

Hai semua. Kalau sebut pasal daging memang macam-macam keluar di fikiran. Dah tentulah nak cari daging yang segar dan elok kan. Buat para wanita /surirumah (kebanyakannya) tidak menjadi sebarang masalah untuk memilih, tetapi buat anda para suami yang budiman di mana yang jarang-jarang membeli daging segar dan elok tetapi diberikan tugas untuk mencarinya. Mahunya tak garu kepala yang tidak gatal itu. Mahunya di buka google untuk tengok tips mencari daging segar dan elok. Buat la apa pun yang penting dapat daging yang betul.


Susah tau kalau tak biasa beli daging. Kadang-kadang sekali setahun tunggu hari raya baru nak pergi beli daging elok dan segar. Mesti ada kan yang macam ini. Kalau daging paket di supermarket memang senang nak beli. Ini nak cari daging yang elok dan kalau bonus dapat yang segar.

Ok para-para suami sekalian, ini ada 3 tips yang berguna untuk anda buat rujukan semasa nak mencari daging yang segar dan elok.

1.Warna
Salah satu ciri yang mudah untuk para suami tengok ataupun lihat adalah warna daging itu sendiri. Para suami kena pilih warna yang merah cerah, jangan pilih yang warna agak pucat yang lari dari warna asalnya. Itu menunjukkan daging itu sudah tidak segar untuk digunakan. 

2. Tekstur 
Para suami boleh la pegang atau sentuh sikit daging tersebut dan tak kan lah nak bau sedikit pun tak boleh kan. Daging segar kalau kita pegang masih kenyal dan  kita boleh tekan-tekan sikit di bahagian tengah-tengah daging itu untuk mengetahui  teskturnya , jika ia kembali semula keadaanya macam tekan naik tekan naik maksudnya masih segar dan elok la daging tersebut. Kalau tekan eh terus terpenyek takut-takut  daging itu ternyata  tidak segar ya.

3.Bau
Kalau daging yang segar dan elok aroma dan bau nya masih segar lagi, tidak adalah seperti bau yang macam busuk dan pelik sikit. Jadi kalau nak dapatkan daging yang segar dan elok tengoklah pada bau dan aromanya ya. 

Kemudian kan kalau anda para suami rasa susah dan stress sangat, ambik handfone canggih tu call je la isteri. Lagi senang kan. Ini adalah tips cari daging tetapi ianya juga  boleh mengeratkan perhubungan kita dalam mencari barang keperluan harian. Jadi jangan bebankan perkara yang mudah dan jangan pula ego untuk belajar sesuatu dalam hidup agar perjalanan hidup ini tidak sia. 

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paruhatikulitotaksumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telurdan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor. sumber wikipedia.

8 comments:

  1. Info yang bagus.. Terima kasih Khaty Aiman..

    ReplyDelete
  2. Hai,jemput join segmen saya!!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2018/10/segmen-saya-nak-buku-free-by-cuya.html

    ReplyDelete
  3. tbh tak pandai sangat beli daging, selalu teman makcik je

    ReplyDelete
  4. SA suka jer daging dan dah pandai dah beli..kalau dulu main belasah je

    ReplyDelete
  5. Good sharing khaty mama Akan pratikkan

    ReplyDelete
  6. Mudahnya tips nak memilih daging. Sebelum ni main hentam beli ja haha

    ReplyDelete
  7. Info yang bagus..thank Khaty

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com