Domino’s Pizza Dibuka Secara Rasmi
di Kota Kinabalu
Permulaan yang Kukuh untuk Menembusi
Pasaran Sabah
KOTA
KINABALU, 21 November 2018 – Sejajar
dengan
komitmen untuk menambat selera dan memenuhi kehendak penggunanya,
Domino’s Pizza kini menghidangkan dan membekalkan piza yang dibakar
segar di Kota Kinabalu, Sabah. Pembukaannya di Sabah menandakan mercu
jaya global bagi Domino’s Pizza dengan bilangan piza paling banyak
dijual dalam sehari di Asia Tenggara. Domino’s Pizza Malaysia ialah
pasaran ke-15 terbesar di dunia dan juga ke-5 terbesar di Asia
Pasifik.
Pembukaan gilang-gemilang ini
dirasmikan oleh Steve Pizziol, Naib Presiden, Antarabangsa, Rantau
Asia Pasifik, Domino’s Pizza International, bersama Dato’ George
Ting, Pengerusi Eksekutif, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura
dan Ba U Shan-Ting, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Domino’s Pizza
Malaysia & Singapura. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan
daripada Domino’s Pizza International dan pihak pengurusan kanan
Domino’s Pizza Malaysia.
Cawangan baharu ini yang terletak di
Riverson, Kota Kinabalu menandakan pembukaan cawangan ketiga di Sabah
berikutan pembukaan dua cawangan terdahulu di Bundusan dan Inanam.
Pembukaan Domino’s Pizza yang dinanti-nantikan di Sabah amat
dialu-alukan dan mendapat sambutan luar biasa daripada para
peminatnya.
Ba U Shan Ting, CEO Domino’s Pizza
Malaysia & Singapura berkata, “Kami benar-benar terharu dengan
sokongan yang ditunjukkan oleh para peminat kami di sini. Kami dapat
merasakan sambutan hebat penduduk Sabah terutamanya dengan hari
pembukaan kami yang telah memecah rekod. Cawangan pertama mencatatkan
rekod jualan tertinggi minggu pertama pembukaan di Asia Pasifik tahun
ini. Selain itu, kami juga memecahkan rekod Malaysia untuk pembukaan
minggu terbaik dalam tempoh 20 tahun! Segala usaha gigih untuk
menceburi pasaran baharu ternyata membuahkan hasil dengan sambutan
luar biasa daripada pelanggan kami.”
“Pembukaan
kami di Sabah bukan sahaja menandakan kemasukan kami ke pasaran di
sini tetapi juga mencerminkan janji kami ‘It’s All About You’,
iaitu pelanggan kami. Kami sentiasa memberi tumpuan terhadap Sabah
dan para peminat kami menunjukkan bahawa mereka sudah bersedia untuk
menerima kami di sini. Sebelum pembukaan ini, kami telah
membuat pelaburan besar sebanyak lebih daripada RM4 juta untuk
menjalankan analisis pasaran, pembangunan infrastruktur, bakat dan
teknologi untuk memastikan persiapan dan operasi lancar untuk
menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti di Sabah. Berkat
sokongan pelanggan kami di sini, kami dengan sukacitanya mengumumkan
bahawa Domino’s Pizza akan membuka dua lagi cawangan di Sabah
menjelang akhir tahun dan berharap akan menembusi pasaran di Sarawak
dalam tempoh dua tahun akan datang. Ini adalah sejajar dengan sasaran
kami untuk membuka 300 cawangan menjelang 2020.”
Domino’s Pizza Malaysia telah
berkembang maju sejak memulakan operasinya di Malaysia lebih 20 tahun
lepas. Dengan pembukaan cawangan terkininya, Domino’s Pizza boleh
didapati di seluruh negara dengan 227 cawangan dan jumlahnya semakin
bertambah.
Dalam ucapannya, Steve Pizziol, Naib
Presiden, Antarabangsa, Rantau Asia Pasifik, Domino’s Pizza
International berkata, “Malaysia ialah pasaran yang menarik dan
pesat berkembang dan langkah membuka Domino’s Pizza baharu di Sabah
adalah sejajar dengan rancangan pengembangan global kami. Tahniah
kepada pasukan Domino’s Pizza Malaysia kerana mengekalkan momentum
untuk terus mengembangkan pasaran. Ini membuktikan keupayaan pasukan
ini membangunkan jenama antarabangsa seiring dengan kefahaman
mendalam mengenai pasaran tempatan.”
Kejayaan Domino’s Pizza’s di
Malaysia dipacu oleh komitmen untuk memberikan nilai dan perkhidmatan
hebat kepada pelanggan sambil menambah baik kehidupan pelanggan,
kakitangan dan komuniti. Dengan memanfaatkan inovasi dan teknologi,
Domino’s berusaha meningkatkan pengalaman pelanggan Domino’s
menerusi perkhidmatan pelanggan terkhusus dan pelbagai usaha baharu
yang diperkenalkan termasuk janji jenama yang baharu, It’s All
About You.
Sempena dengan pembukaan cawangan
Domino’s Pizza di Kota Kinabalu dan dalam menjiwai maksud It’s
All About You, satu kerjasama dengan MASWings telah dimeterai untuk
menghidangkan Domino’s di dalam penerbangan buat julung kalinya dan
juga membekalkan piza ke bandar-bandar pedalaman di Sabah. Sebelum
pembukaan rasmi, Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Rumah Al Yakin di
Sandakan adalah antara yang telah mencuba Domino’s Pizza buat
kali pertama. Penerbangan MASWings Domino’s, yang menggunakan logo
dan penjenamaan Domino’s diatur khas untuk membawa piza dari Kota
Kinabalu ke Sandakan. Di Sandakan, piza ini kemudiannya dihantar
secara khusus untuk dinikmati oleh kanak-kanak pusat tersebut!
Mengenai Domino’s Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza
sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran
piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen
untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan
operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000
cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih
85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam
kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.
Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza
Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling
pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada
1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama,
Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 226 cawangan
Domino’s Pizza di negara ini.
Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA
dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami,
kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga
masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia,
kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda
dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus
lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk
berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman
penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan
jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit
dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.
Melangkah maju sebagai syarikat
e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama
dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan
dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf
sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam
talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada
2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan
mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.
Domino’s Pizza Malaysia merupakan
pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu
Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais
Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan
keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza
telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran &
Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015,
Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.
LeYa memang suka makan Dominos's Pizza ni... Sedap... Tahniah buat Domino kerana telah mengembangkan sayap ke Sabah
ReplyDelete