Domino’s Pizza Tambah Daya Tarikan
dengan Piza Daging Carik Terbaharu!
Memberikan pengalaman piza bertaraf 5
bintang
PETALING
JAYA, 12 NOVEMBER 2018 –
Seiring
dengan menunaikan janjinya untuk menawarkan produk dan perkhidmatan
yang berkualiti, serta nilai tinggi dan kemudahan kepada pelanggan,
Domino’s Pizza memperkenalkan tambahan terbaharu kepada menunya
dengan rangkaian piza ‘Pulled-Meat’. Diilhamkan oleh cita rasa
barat yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia apabila menjamu selera
dan merayakan detik-detik istimewa, piza ‘daging carik’
menawarkan cara paling menarik untuk menikmati kelazatan sajian
makanan barat.
En Shamsul Amree, Deputy President of Domino's Pizza Malaysia & Singapore and Pn Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing of Domino's Pizza Malaysia & Singapore as well as members of Domino's Pizza officiating the launch by revealing the new Pulled-Meat Pizzas!
Majlis pelancaran Piza ‘Pulled-Meat’
terbaharu Domino’s telah ditaja dan dianjurkan oleh Evolve Concept
Mall yang terletak di Ara Damansara.
Selaras
dengan usaha untuk menghidangkan hanya yang terbaik kepada pelanggan,
daging lembu terbaik dan berkualiti tinggi dari Australia dengan
ciri-ciri yang menepati piawaian Domino’s telah dipilih sebagai
focus utama piza baharu ini. Piza ‘Pulled-Beef’ baharu
menggunakan daging dada lembut diselaputi sos Chipotle
yang
lazat, digandingkan dengan lada benggala dan cili merah untuk
memberikan rasa manis dan pedas yang pasti menambat selera anda.
Rahsia kelembutan daging ialah prosedur memasak selama lima jam.
Penyediaan bahan bermula dengan proses memerap daging untuk
meresapkan perasa ke dalam pori-pori daging, diikuti oleh proses
‘menggaul’ untuk ‘mengurut’ daging selama 15 minit. Daging
kemudian dipanggang secara perlahan-lahan dalam ketuhar
sekurang-kurangnya untuk lima jam sehingga daging berderai, sedia
untuk disiat-siat atau ‘dicarik’.
Rangkaian
produk terbaharu ini juga membawakan Piza ‘Pulled-Chicken’ baharu
dibuat daripada daging dada ayam disiat-siat, digandingkan dengan sos
Chipotle,
tomato ceri dan gegelang nanas berkaramel untuk memberikan kombinasi
rasa manis dan perisa yang seimbang. Disesuaikan dengan cita rasa
barat, Golden
Chicken Tenders baharu
melengkapkan rangkaian piza. Isi ayam yang lembut terlebih dahulu
diperap, disalut tepung dan kemudian dibakar dalam ketuhar (tidak
pernah digoreng) hingga sempurna supaya setiap gigitan terasa rangup
di luar tetapi lembut di dalam. Ia dihidangkan dengan Zesty
Coleslaw
baharu
dibuat daripada campuran kubis ungu dan putih, lobak merah manis
dengan kuah limau masam, ditaburi biji bijan hitam pedas.
[Left] En Shamsul Amree, Deputy President of Domino's Pizza Malaysia & Singapore and [Right] Pn Linda Hassan, Senior Vice President, Marketing of Domino's Pizza Malaysia & Singapore presenting the new Pulled-Meat pizzas alongside Golden Chicken Tenders available from November 5 at the launch of Domino's Wild West Madness.
Dalam ucapan di majlis pelancaran
produk terbaharu Domino’s, Shamsul Amree, Timbalan Presiden,
Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata, “Dalam
usaha menunaikan tuntutan pengguna kami yang sentiasa berubah, kami
berusaha untuk melakukan segala-galanya untuk memberikan tawaran
terbaik dalam industri. Misi kami adalah untuk mencipta nilai
menerusi segala titik hubungan pelanggan. Kami melakukan
segala-segalanya dengan sedaya upaya kami, dari segi menawarkan
pelbagai produk dalam menu kami mahupun menyediakan hiasan dalaman
yang kontemporari dan menambah baik perkhidmatan kami. Kami tetap
fokus pada empat tunggak jenama kami, iaitu kehebatan produk,
kehebatan perkhidmatan, kehebatan nilai dan kehebatan kemudahan. Ini
termaktub dalam janji jenama kami. Oleh itu, Domino’s sentiasa
berusaha untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi setiap
tunggak jenama di pelbagai titik hubungan pelanggan.”
“Sungguhpun
kami beroperasi dalam industri Restoran Perkhidmatan Segera (QSR), ia
tidak menghalang kami daripada menyediakan produk bermutu tinggi yang
biasanya dihidangkan di restoran berkualiti tinggi. Kami
bersungguh-sungguh dalam segala yang kami lakukan. Kerana itu, kami
telah berusaha dan menghabiskan banyak masa untuk menjadikan ini satu
realiti. Menu kami kini menawarkan lebih banyak pilihan daripada
sebelumnya tetapi tetap mengambil kira kemampuan pelanggan. Kami
bukan sahaja menawarkan lebih banyak pilihan tetapi juga menawarkan
produk bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi
untuk dinikmati oleh pelanggan bersama mereka yang tersayang. Kami
sentiasa mendampingi dan mendengar kemahuan pelanggan dan kami faham
bahawa mereka mahukan bahan yang berkualiti. Pelancaran ini
benar-benar mencerminkan janji baharu jenama kami ‘It’s All About
You’ – untuk sentiasa menunjukkan kepada pelanggan bahawa kami
menghargai mereka,” tambahnya.
Linda Hassan, Naib Presiden Kanan,
Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, berkata,
“Pelancaran pada hari ini menjadikan Domino’s Pizza sebagai QSR
pertama di Malaysia yang menawarkan sajian daging carik dalam menu.
Menawarkan produk baharu dalam menu nampak mudah, tetapi produk ini
diilhamkan secara khusus dengan teliti untuk memastikan ia memberi
pengalaman 5 bintang kepada pelanggan. Daging diperap dan dimasak
perlahan-lahan selama berjam-jam untuk memastikan daging lembut,
menyelerakan dan lazat untuk disajikan di atas piza. Kami berbangga
menawarkan piza bermutu paling tinggi dengan penyediaan terperinci
untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami.”
“Tiada
yang dapat menyatukan keluarga dan kawan-kawan untuk menyambut
perayaan selain daripada sajian makanan lazat di atas meja. Dengan
Domino’s Pizza, setiap saat menjanjikan keceriaan dan keseronokan.
Menjelang musim perayaan hujung tahun, kami dengan sukacitanya
menawarkan bukan sahaja pilihan yang lazat tetapi lebih penting lagi,
produk istimewa bermutu tinggi yang diperbuat daripada bahan dan
ramuan berkualiti untuk dinikmati oleh pelanggan bersama keluarga
tersayang. Pelanggan kami ialah sumber inspirasi kami. Kami sedar
bahawa daging tarik yang empuk, lembut dan berair bukan murah dan
tidak mudah didapati di pasaran. Oleh itu, sepanjang enam bulan
proses pembangunan produk ini, kami berusaha gigih untuk memastikan
kelazatan rasa dan juga ketepatan teksturnya supaya kami dapat
menghidangkan piza paling lazat kepada pelanggan, kerana kami
melakukan segala-galanya untuk mereka. Produk terbaharu ini
benar-benar memperlihatkan komitmen kami dan janji baharu jenama It’s
All About You,” jelasnya.
Untuk memperlihatkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada pelanggan yang sentiasa diutamakan, video baharu
jenama ‘Its All About You’ telah juga dipertontonkan di majlis
pelancaran pada hari ini.

Untuk
mendapatkan lebih nilai, pelanggan boleh memilih Wild
West Buddy Combo
dengan
mana-mana piza Pulled-Meat
baharu
pada harga hanya RM41.90 dan Wild
West Super Combo
pada
harga hanya RM61.90. Di samping itu, pelanggan boleh menambah RM12.75
atau secara ala-carte RM13.70 untuk menikmati Golden
Chicken Tenders
baharu.
Pelanggan boleh memilih tambahan RM6.50 untuk Zesty
Coleslaw saiz
Besar atau RM2.90 untuk Zesty
Coleslaw
saiz
kecil yang juga boleh didapati dalam menu ala-carte, masing-masing
pada harga hanya RM 7.90 dan RM3.90.
Piza
Pulled-Meat
dan
Golden
Chicken serba
baharu boleh didapati di restoran Domino’s Pizza di Malaysia Barat
mulai 5 November 2018. Pelanggan boleh mengunjungi restoran Domino’s,
membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau
menghubungi 1300-888-333 untuk membuat pesanan.
Untuk
mengetahui lebih lanjut tentang produk cita rasa barat baharu
Domino’s Pizza Malaysia dan juga promosi semasa, sila ke
http://www.dominos.com.my/.
Macam sodap je ni
ReplyDeleteada menu baru..nanti nk try la..lama dh tk singgah dominos pizza
ReplyDeleteDomino's memang terbaik.. Sentiasa sediakan menu baru untuk pelanggan
ReplyDeleteMesti sedap.. Nanti nak try la
ReplyDelete