Hebatkan pagi anda dengan mengambil segelas susu untuk memulakan aktivit harian anda.
Pagi anda akan berlalu dengan tiada makna jika badan tidak bertenaga dan kurang bermaya. Minda juga akan sedikit terjejas di sebabkan kegagalan anggota tubuh badan memberi aliran positif untuk membuahkan idea. Adakah anda mahu kemurungan pagi berlarutan sehingga ke malam dan berpanjangan sebegitu. Katakan tidak!!!. Ambil segelas susu Dutch Lady untuk memberi khasiat protein kepada tubuh badan, yang mana akan membantu memberi tenaga yang baik untuk anda memulakan tugas seharian. Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk minum segelas susu Dutch Lady, buka penutup tuang ke dalam cawan dan minum.

Sarapan
pagi sering diabaikan kerana kita selalu tergesa-gesa untuk keluar
bekerja atau ke sekolah, walaupun ianya merupakan salah satu hidangan
yang paling penting. Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan
banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8
hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu
penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan
tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti
seharian. Jom sertai cabaran 5
hari sihat bersama susu Dutch Lady Purer Farm.
Tetapi kita tidak semestinya mengambil
sarapan pagi yang berlebihan untuk memulakan hari kita.
Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang
diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada
waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk
menyediakan sarapan.
Bukannya mudah untuk mendapatkan semua
nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum
susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita.
Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi
susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh
dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas
susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap
lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari
anda. Tak kan tak mahu segala benda berkhasiat masuk dalam badan kita kan. Kata nak sihat.
Sejak bila ada susu Dutch Lady Malaysia?
"Sejak tahun 1963, Dutch Lady
Malaysia terus berusaha memenuhi misi untuk membina warga negara yang
sihat serta membina keluarga yang kuat. Selama 55 tahun , kami
menggalakkan warga Malaysia untuk bersarapan dengan susu bersama
keluarga mereka. Nutrien daripada susu membantu membina keluarga yang
lebih kuat dan sihat. Keluarga dapat mengeratkan silaturahim antara
satu sama lain semasa menjamu sarapan pagi bersama. Yakni,
kedua-duanya adalah sama penting bagi kita untuk permulaan hari yang
kuat," kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch
Lady Malaysia.
Bagaimana susu membina keluarga yang kuat?
Pakar Pemakanan dari Dutch Lady
Malaysia, Tan Huey Ghee ada jawapannya: "Protein dalam susu
bertindak sebagai blok pembina bagi otot, tulang, rambut dan kuku1
kita, ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses
biokimia, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan dan
perlindungan badan kita. Anda boleh katakan bahawa protein adalah
nutrien penting yang menyelenggara serta memelihara badan kita
supaya berfungsi dengan lancar untuk melakukan aktiviti seharian".
"Kajian menunjukkan bahawa protein
dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih
mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2.
Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk
memperolehi protein yang berkualiti tinggi," katanya.
Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak
seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita
untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada
makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu,
sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga
25% daripada keperluan nutrisi harian kita3".
Bilakah waktu yang paling sesuai untuk pengambilan segelas susu Dutch Lady?
"Minum susu Dutch Lady PureFarm
pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein
kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda
memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu
sarapan dengan cara yang mudah4," katanya.
Dengar kata banyak sungguh khasiat susu Dutch Lady Pure Farm ini?
Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:
• Protein
membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
• Kalsium
merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat
untuk kanak-kanak,
dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
• Vitamin
A
membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat
kerja;
• Vitamin
B2
menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
• Vitamin
D
membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
CABARAN SARAPAN 5 HARI DENGAN SUSU DUTCH LADY PUREFARM #dutchladybreakfastchallenge
DAY 1 - Nasi Lemak + Susu Dutch Lady Pure farm.
Nasi lemak merupakan menu yang paling popular di kalangan rakyat malaysia,diambil ketika waktu sarapan. Jadi dengan makan nasi lemak bersama segelas susu Dutch Lady Pure Farm akan membuatkan anda berasa bertenaga di pagi hari untuk memulakan tugas harian.
DAY 2 - Overnight Oat + Susu Dutch Lady Pure farm.
Overnight oat ini sememang nya satu menu yang sangat popular di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan atau pun yang sedang mengamalkan 'eat clean'. Sangat sesuai gabungan bersama dengan susu Dutch Lady Pure Farm kerana ia mudah disediakan. Ambil 4 sudu rolled oat+setengah gelas susu Dutch Lady Pure Farm dan biar semalaman. Esok pagi bila nak makan boleh campur buah buahan supaya bila makan buah masih dalam keadaan sedang elok dan tidak lembik.

DAY
3 - Roti bakar Telur Goyang + Susu Dutch Lady Pure farm.
Ini
juga merupakan satu menu yang sangat berkhasiat dan sedap. Agak
renyah sedikit kerana perlu merebus telur separuh masuk. Tapi
hasilnya sangat boom. Roti boleh dibakar kosong atau disapu mentega.
DAY 4 - Puding Madu Tiga + Susu Dutch Lady Pure farm.
Kadang-kadang waktu pagi pasti ada yang suka mencari makanan yang manis-manis buah gitu. Maka khaty telah berjaya menghasilkan Puding Madu Tiga bersama Susu Dutch Lady Pure Farm mengikut resepi yang makcik berikan. Ternyata sangat sedap. Resepi boleh baca di sini
DAY 5 - Duo Coco Crunch + Susu Dutch Lady Pure farm.
Inilah sarapan yang paling senang nak buat kita gembira. Makanan seperti ini amat di sukai oleh kanak-kanak, tidak lupa juga orang dewasa. Tiada salah nya jika bertukar ke menu kanak-kanak di pagi hari untuk ceriakan pagi anda.
Yang penting kena ambik sarapan. Khaty dah sahut cabaran Dutch Lady. Anda jangan lupa ya. Sambil bersarapan, masuk cabaran dapat menang hadiah lumayan.
Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau www.dutchlady.com.my.
Tahniah berjaya habiskan cabaran minum susu setiap pagi😍
ReplyDeleteWahh, dah lama ye sus dutch lady ni ye.
ReplyDeleteYumm...overnight oats mmg sedap.
wah sedapnya breakfast sambil minum DL. Syafi mcm tu juga
ReplyDeleteSEMUANYA SEDAP² BELAKA...yang penting jangan skip breakfast kan..
ReplyDeletesememangnya sarapan yg sihat tu
ReplyDeleteKalau nak minum kan khaty mimi tukar susu coklat
ReplyDelete