JS17 CUISINE Menu Western Yang Dibanjiri Dengan Cheese
Hai semua. Baru-baru ini khaty telah bawa anak-anak ke Pulau Pinang. Ronda punya ronda anak-anak dah bernyanyi lapar. jadi khaty pun bawa la ke Astaka Padang Brown yang memang mempunyai barisan kedai makanan yang pelbagai menu. Ternampak kedai JS17 Cuisine yang ada menyediakan menu western yang sangat menarik hati kanak-kanak termasuk maknya. Jadi, apa lagi, semua pakat dah tengok menu dan tunggu nak order saja.
Di JS17 Cuisine memang menyediakan menu western yang berlainan dengan kedai makan yang lain. Tredmark nya cheese yang di hasilkan sendiri oleh mereka memang membuatkan ramai pelanggang tertarik menarik memang debooom. Setiap menu memang dibanjiri dengan cheese. Warna cheese yang agak terserlah membuatkan setiap menu membangkitkan aura nya yang tersendiri.
Melihat saiz burger memang tidak perlu dinafikanlagi, satu hidangan boleh dikongsi ataupun makan sorang-sorang. Sangat sedap. Roti burger yang lembut, daging di buat sendiri itu terasa lembut di kala masuk ke dalam mulut. Jadi setiap hidangan mempunyai target kerana stock tidak disimpan terlalu lama bagi menjaga tahap kualiti rasa dan bau bahan-bahan tersebut.
![]() |
Chezzy Chicken Chop |
![]() |
Chicken Chop Chezzy Burger |
Saya sangat teruja melihat warna kuah cheese yang begitu cantik. Memang resepi itu dihasilkan sendiri oleh pihak JS17 Cuisine dan sememangnya ia mempunyai rasa yang sangat sedap. Boleh teringat-ingat kalau tak bersua muka gitu.
Wah..Sangat suka chicken wing ni sebab tidak pedas, kanak-kanak boleh makan dan tersangat sedap. Rasa kena order 2 untuk makan bagi puas. Nampak tak kuah cheese yang sangat cantik itu. Khaty bagi 5/5 rasa kuah cheese tu. Memang rekomen sangat buat anda semua.
Pertama kali makan burger baby crab. Memang lembut ja ketam tu. Sedap sampai tak tahu nak cakap. Cuba lah sendiri. Jadi anda jangan lupa untuk ke sana bagi merasai kelazatan menu western dari JS17 Cuisien ini ya.
![]() |
Jumbo Sausage Western |
Rambang mata kan tengok menu yang sedap ni. Kalau ada perasan, kuah black paper dia akan kelihatan biji-biji lada dengan jelas sekali. Memang kalau anda makan akan terasa lada tersebut sebab ia tidakbegitu hancur. Memang di buat begitu kerana ingin memberi rasa black paper yang lebih keras buat pelanggan.
![]() |
Chezzy Meatball |
![]() |
Lamb Chop Special + Telur Mata |
![]() |
Chicken Grill Black Pepper Sauce |
![]() |
Fish & Chip Black Pepper Sauce |
Ok pada anda yang teringin nak makan, JS17 Cuisine ada di food court Padang Brown . Yang berada di area Pulau berita baik sebab mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran sampai ke pintu. Hihihi. Jadi tempahan sekurang-kurangya RM50 ke atas akan di hantar oleh runner kepada anda. Mudah kan. Tidak perlu bersesak untuk makan makanan yang sedap ni. Pengahantaran ini kecuali di Balik Pulau sahaja yang tiada ok.
Menu yang sangat baru dan mendapat sambutan.
![]() |
Soft Crab Special Cheesy |
Pertama kali makan burger baby crab. Memang lembut ja ketam tu. Sedap sampai tak tahu nak cakap. Cuba lah sendiri. Jadi anda jangan lupa untuk ke sana bagi merasai kelazatan menu western dari JS17 Cuisien ini ya.
Untuk info lanjut seperti di bawah:-
Alamat cawangan:
JS 17 Cuisine
No 45, Kompleks Makanan Padang Brown
Jalan Dato Kramat
Pulau Pinang
Waktu Perniagaan:
4.00ptng hingga 11.00mlm
Monday to Sunday
JS 17 Cuisine
Lot 17, Kompleks Letak Kereta Bertingkat
Bangunan MBPP 10300 Georgetown
Pulau Pinang.
(Landmark didalam bagunan Kompleks Letak Kereta Bertingkat Berdepan Standard Charted Bank)
wah cheese byk mmg feveret laa
ReplyDeletewow, menunya menarik! Boleh la cuba bila2 singgah di penang. Thank you for sharing.
ReplyDeletetuuu diaaaa... meleleh air liur ni!! haha
ReplyDeleteNanti pergi Penang nak makna kat sini. Siapa suruh up entry pasal cheese
ReplyDeleteBROKER TERPERCAYA
ReplyDeleteTRADING ONLINE INDONESIA
PILIHAN TRADER #1
- Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
- Sistem Edukasi Professional
- Trading di peralatan apa pun
- Ada banyak alat analisis
- Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
- Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......
Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!