lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 28 November 2018

Kitsui Membantu Pengurusan Berat Badan Berlebihan

Kitsui Membantu Pengurusan Berat Badan Berlebihan

Hai semua. Pada masa sekarang terdapat banyak produk minuman dan makanan tambahan yang mana dapat membantu dalam proses penurunan berat badan. Yang pastinya jangan terburu-buru untuk mengambil produk yang diragui, pastikan ianya selamat dari segi pembuatan dan kesannya. Produk daripada Kitsui ini merupakan suatu produk yang telah lama menapak di malaysia di mana penggunaanya di yakini oleh rakyat malaysia. Kali ini khaty telah memilih produk Kitsui untuk proses penurunan berat badan. Berjaya atau tidak terpulang kepada sikap dan disiplin anda dalam mengawal cara pemakanan dan senaman untuk untuk kekal cergas, sihat dan paling penting dapat berat badan yang ideal.



Semua produk KITSUI ™ diilhamkan oleh alam semula jadi, menawarkan pelbagai jenis ekstrak dan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Disokong dengan piawaian pemakanan klinikal yang sangat tinggi, semua produk KITSUI™ dijamin untuk memberikan kualiti & keselamatan yang terbaik kepada pengguna. 

Pengurusan Berat Badan - Bellos Fiber


Bellos Fiber ini dapat  membantu mengurangkan masalah sembelit, bantu mengempiskan perut yg buncit dan bantu anda mengurangkan berat badan dengan selamat. Jadi untuk mereka yang kerap menghadapi masalah ini, boleh cuba Bellos Fiber untuk melihat kesannya terhadap masalah yang dihadapi.







Cara pengambilan Bellos Fiber

Macam biasa, anda ambik 1 paket bellos Fiber dan campurkan dengan air suam. guna botol shake yang telah diberi. Kalau botol tiada boleh ganti dengan bekas yang bertutup. Janji boleh goncang mengikut suka hati anda. Bila dah nampak macam semua bahan dah terlarut cantik, boleh minum terus. Jangan simpan lama-lama ya sebab ia perlu di habiskan serta merta selepas penyedian. Rasa Bellos Fiber sangat sedap sebab ada rasa masam manis buah-buahan dan sayur yang segar. Dicampurkan ke dalam 1 paket untuk kita merasai kelazatan nya.


Kebaikan KITSUI ™ Belloss Fiber 

-Meningkatkan kadar metabolisme badan 
-Mengatasi masalah sembelit
-Meningkatkan peredaran darah 
-Mengeluarkan toksin dalam badan melalui proses  pencernaan 
-Tubuh akan berasa ringan dan lebih bertenaga
-Membersihkan usus 
-Meningkatkan corak tidur 
-Melancarkan sistem penghadaman


Pengurusan Berat Badan - Royal Lpo


Salah satu produk Kitsui yang berada dalam set penurunan berat badan adalah Royal Lpo. Fungsi Royal Lpo ini membantu mengurangkan berat badan, bantu mengurangkan selera makan, bantu membakar lemak yg berlebihan . Rasa Royal Lpo lebih terasa kemanisan buah-buahannya dan pastinya akan membuatkan anda kenyang tidaklah sehingga satu hari, tetapi lebih kepada bekalan untuk sampai ke tengah hari.


Antara bahan utama nya adalah Mango, campuran minuman botani, african mango yang istimewa, green coffee yang memang di akui keberkesanannya dalam proses membantu menurunkan berat badan serta hoodia.


Faedah KITSUI ™ Royal Lpo


-Melambatkan proses pertukaran karbohidrat kepada lemak
-Mengawal mengurangkan selera makan
-Cepat kenyang
-Membakar lemak berlebihan
-Sihat selepas mengambilnya kerana ia mengandungi anti-oksidan




Biar apa pun yang kita ambil sebagai makanan atau minuman tambahan dalam menjaga kesihatan serta untuk menurunkan berat bada, yang paling utama adalah air putih perlu di ambil selaras dengan berat masing-masing. Baru lah ianya dapat di proses dengan baik. Senaman juga merupakan aktiviti yang perlu di buat dengan mengatur masa yang baik supaya badan kita tidak terlalu letih dengan tugas harian.

Kepada pengguna yang ingin mendapatkan Produk KITSUI™,ianya terdapat di kedai farmasi terkemuka Watsons dan Guardian. Produk KITSUI ™ juga boleh dibeli melalui Lazada, 11street dan Shopee.

No comments:

Post a Comment