lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 12 December 2018

Tatacara Mencetak Surat Tawaran Online Maktab Mahmud

Tatacara Mencetak Surat Tawaran Online Calon Yang Berjaya Untuk Kemasukan Penuntut Baru Tingkatan Satu Maktab Mahmud 2019.

Hai semua. Baru-baru ini anak khaty telah pergi untuk menghadiri ujian kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Mahmud yang berlangsung di Alor Star. Ramai calon yang terlibat hadir untuk menjawab ujian. Keputusan telah keluar dan ternyata tiada rezeki bagi anak khaty untuk kemasukan yang pertama. Jadi khaty kena menunggu untuk permohonan rayuan di buka untuk mengisi borang rayuan online bagi kemasukan tingkatan satu Maktab Mahmud 2019. 
Tatacara Mencetak Surat Tawaran Online Calon Yang Berjaya Untuk Kemasukan Penuntut Baru Tingkatan Satu Maktab Mahmud 2019.

Khaty kongsikan cara untuk mencetak surat tawaran bagi murid yang berjaya melepasi ujian tempoh hari. Sistem online akan dibuka sepenuhnya pada tarikh 13hb Disember 2018 untuk urusan mencetak surat tawaran dan rayuan.

1. Calon yang layak hendaklah 'log in' ke akaun Maktab Mahmud dengan menggunakan laman sesawang www.maktabmahmud.edu.my

2. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dengan menekan butang ' Cetak Surat Tawaran '

Tatacara Mencetak Surat Tawaran Online Calon Yang Berjaya Untuk Kemasukan Penuntut Baru Tingkatan Satu Maktab Mahmud 2019.
3. Calon hendaklah mencetak dan membawa surat tersebut ke Maktab Mahmud yang ditawarkan.

Tatacara Mencetak Surat Tawaran Online Calon Yang Berjaya Untuk Kemasukan Penuntut Baru Tingkatan Satu Maktab Mahmud 2019.

4. Calon hendaklah membuat pengesahan bermula 13hb Disember 2018 sehingga 20hb Disember 2018.

5. Sekiranya calon tidak mengesahkan pada tarikh tersebut, calon tersebut di anggap menolak tawaran tersebut.

6. Sebarang rayuan /pindaan selepas tarikh tersebut TIDAK AKAN DILAYAN

7.  Keputusan dari pihak Maktab Mahmud adalah muktamad.

Sumber : fb Lembaga Maktab Mahmud.

3 comments:

  1. Bagus perkongsian ini. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.......trima kasih info. Lebih manis klu Hai semua di tukar ke Assalamualaikum semua.

    ReplyDelete