ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK - KhatyAiman KhatyAiman: ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK
Textual description of firstImageUrl

ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK

khatyaiman | 1/29/2019 03:23:00 pm | 3 Komen

REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK 

Dilema bagi seorang wanita mengenai kecantikan wajah tidak pernah hilang. Sering mengimpikan bentuk wajah seperti bujur sirih atau V shape adalah yang paling diidamkan. Pelbagai cara dilakukan agar ianya akan menjadi. Tetapi kini ada berita baik kerana ID.AZ akan membantu  para wanita sekalian untuk menghilangkan rasa gundah gulana anda dalam membantu  merialisasikan impian anda untuk memiliki wajah sebujur sirih. 
REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK

ID.AZ merupakan satu jenama yang didatangkan jauh dari negara Korea dimana ia dicipta oleh Klinik Dermatologi Korea khusus untuk menganjalkan, mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kita menjadi anjal sentiasa. Ianya juga bagus dan pakar dalam mencantikkan v line @ v shape wajah.Ianya juga akan bertindak dikala anda sedang nyenyak tidur di ulit mimpi yang indah. Ini benar-benar satu keajaiban bukan? Apa yang perlu adalah anda perlu menggunakan ID.AZ secara konsisten untuk merasai perbezaanya. Kalau tenggelam timbul sekejap ada mood sekejap swing mood memang lari lah harapan yang diimpikan itu.
REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK
Selepas 2 - 3 minggu guna memang nampak jerawat halus kat dahi makin hilang, nampak tak pipi macam slim sikit kan. 
Dengan pakaging yang menarik, tekstur yang ringan dan mudah meresap ke dalam kulit  membuatkan lagi hati bertambah jatuh cinta. Memang kebayakan produk wajah dari korea jarang menghampakan wajah. Banyak yang serasi. ID.AZ jug menjadi salah satu rutin khaty sebelum tidur kena bercita dulu dengan dia.

Cara penggunaan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK 
REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK

Senang sahaja. Anda ambik sedikit atau calit sedikit di jari dan sapu rata keseluruh wajah dan belai serta urut la dengan penuh kasih sayang. Maka hasilnya juga akan membuatkan anda terus jatuh cinta. Esok pagi bangun bilas macam biasa sahaja. Konsisten tau kalau nak kelihatan sentiasa cantik dan menawan.
REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK
sebelum guna ID.AZ

REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK
tekstur ringan 
REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK
kulit nampak lembab sebab tekstur cepat meresap ke wajah. Ada juga bau tapi tidaklah wangi sangat.


Bahan-bahan yang terkandung di dalam 
ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK :-




Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance
REVIEW - ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK


Jadi anda kena cuba sendiri kalau nak merasai pengalaman yang indah ini. Benda baik kena kongsi bagi ramai-ramai nampak cantik. Jadi,anda boleh dapatkan terus di semua cawangan WATSON dengan harga RM199. Ataupun  boleh beli direct di watson online banyak diskaun tau.

3 comments:

  1. Nampak best. kalau yang tak bau wangi sgt tu bagus sbb selalunya yg bau wangi ada bahan yg tak ok. kalau tak silap la hee.

    Ika datang singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/hadiah-dari-blogger-kak-sha.html

    ReplyDelete
  2. mrs pip pun guna juga , mmg best.

    ReplyDelete
  3. jenis menyerap cepat tak melekit lekit ni best =D

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com