lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Wednesday, 9 January 2019

Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan Diri

Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan Diri

Assalamualaikum w.b.t
Hai semua. Di hari yang indah ini mestilah setiap daripada kita sudah pun bersiap sedia untuk ke destinasi masing-masing. Semua ada tujuan masing-masing. Jadi kena pastikan juga walau apa jua dan dimana sahaja kita berada pastikan kita menjaga penampilan diri dan kebersihan untuk keyakinan diri kita semua.
Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan Diri
Bagaimana untuk kita tampil bersih dan yakin dalam setiap penampilan diri kita?

Harus lah mempunyai idola

Hendak berbuat apa sekalipun mestilah mempunyai idola untuk kita lebih bersemangat dalam mencapai suatu kejayaan. Anda boleh lihat atau ikut cara mereka yang selalu kelihatan bersih dan kemas tetapi biarlah mengikut kesesuaian anda dan yang paling baik jika ia mengikut sunnah lebih afdal. Jangan terlalu obses sampai merana diri. Yang bersih dan cantik itu mudah dan tidak membebankan. 

Untuk pandangan masyarakat sekeliling.

Bukan lah untuk menunjuk tetapi kebiasannya penampilan diri yang bersih dan yakin akan membuatkan pandangan masyarakat lebih baik untuk kita. Kadang-kadang kita berasa penampilan diri kita sudah elok dan bersih padahal sebenarnya masyarakat nampak serabut dan selekeh. Jangan sedih pula bila ada yang tak sudi nak dekat dengan kita. Apa yang pasti jangan malas untuk memperbaiki kebersihan diri untuk anda. 
Menjaga Penampilan Diri Dan Kebersihan Untuk Keyakinan Diri

Sentiasa bersikap positif

Sikap positif ini adalah salah satu sikap yang perlu ada dalam diri masing-masing kerana ianya merupakan satu petanda yang paling bagus untuk kita majukan diri masing-masing. Contohnya jika ada yang memberi cadangan kepada kita untuk memperbaiki sedikit penampilan diri ambik lah ia sebagai satu teguran yang membina. Positif kan nasihat itu. Secara tidak langsung anda akan lebih disukai dan hidup anda juga akan ceria.

Sebenarnya banyak perkara yang boleh kita buat dalam menjaga penampilan diri dan kebersihan untuk keyakinan diri. Dalam agama islam mahupun agama lain juga menitik beratkan mengenai soal kebersihan. Jadi siapa kita untuk tidak menidakkanya. Apabila diri bersih dan terjaga pastinya kehidupan anda akan selalu di datangi denga perkara yang baik-baik saja. Sumber : Ikimfm

3 comments:

  1. waalaikumussalam. terima kasih sharing. setuju sangat. kebersihan memang penting ^_^

    ReplyDelete
  2. kebersihan itu separuh dari iman

    ReplyDelete
  3. betul dalam Islam pun ada ajar kita jaga kebersian kan

    ReplyDelete