lifestyle blogger

Ads

Post Top Ad

Monday, 14 January 2019

Nasi kandar Nawab Shah

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah

Assalamualaikum
Hai semua. Di hari minggu selalu nya menjadi kebiasaan di waktu pagi atau tengahari mesti ada dah buat rancangan nak makan dekat luar. Bukan malas masak ok. Nak luangkan masa bersama keluarga disamping boleh cuba menu baru. Nasi Kandar Nawab Shah. Apa yang menarik sangat menu dekat situ. Ahjomsss tengok.
Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah

Roti Canai

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah
Ini kalau di penang depa panggil roti tsunami. Pakai telor rebus separuh masak. Tapi yang ini pun dah surr sangat haihh.
Memang mana-mana kedai makan nasi kandar menu wajib untuk sarapan adalah roti canai dan ada lagi menu yang yang lain. Menu wajib anak-anak roti telor. Cuma masa order lupa pula nak bagitahu tak mau letak bawang. Sekali anak-anak makan dan kena kelas bawang tu. Tapi tak pa, janji makan sedap. Kuah dal nampak biasa tapi agak pedas. Tapi sangat sedappp. 

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah

Bukan senang nak cari roti canai dan kuah yang sedap. Kadang-kadang ada yang roti sedap kuah alamakkk, dan ada yang sebaliknya. Jadi tak perlu lah nak pergi penang nak cari roti canai yang memang femes meletop sangat tu apabila di sungai petani dah ada. Jimat minyak ok.

Nasi kandar

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah
Yum..Yum..Yum..terus lapar tengok pic sendiri. Macam ni pun surr sangat tau.
Ini memang menu wajib lah bila anda nak makan nasi. Nasi putih dan macam biasa ayam goreng dan kuah campur. Baru lah namanya nasi kandar. Nasi kandar ni waktu pagi pun dah ada tau, jadi tak perlu nak tunggu tengahari, pagi-pagi pun anda dah boleh bedal nasi. Nanti balik rumah kompem tersandar di sofa sambil layan tv. Hihihi.

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah
Kuah paling best dangat sebab sedap. Yang ni khaty campur sendiri. Lagi banjir lerr
Apa yang menarik nya ialah Ayam Goreng nya sangat rangup di luar lembut didalam. Katanya dapat info dari seorang sahabat mengenai sahabatnya ini, menu yang di masak hasil dari idea pemilik kedai makan ini Nawab Shah. Masak sendiri ye. Bukan nak tapi bagai di kata setiap masakan yang lahir dari hati yang ikhlas pastinya akan menambat hati sesiapa sahaja yang singgah menyantapnya.

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah

Menu tidak banyak tetapi pelanggan hampir setiap masa memenuhi ruangan meja yang ada. Begitu seronok tengok pelanggan yang datang dan pergi dengan senyuman yang lega dan puas hati barangkali. Samalah juga seperti khaty dan keluarga, masa nak datang riuh nya sebab agak jauh sedikit kena keluar, semua tak sabar lapar. Apabila dah sampai dan tengok menu semua macam terdiam sebab tak sabar nak cuba. Bila time makan sunyi sepi sebab makan dengan penuh kelazatan.

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah

Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah
Muka terlajak happy dan kenyang. Hihihi
Untuk anda yang teringin nak cuba, dan kalau dah ada di sungai petani boleh la datang terus sebab kedai buka sampai malam. 
Bersarapan Dan Makan Tengahari Di Nasi kandar Nawab Shah

Add       : LOT 1284,Padang Temusu
Hours   : 7.30pg - 8.30mlm
Phone   : 019-478 3106

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. 

3 comments: