Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea - KhatyAiman KhatyAiman: Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea
Textual description of firstImageUrl

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea

khatyaiman | 2/28/2019 04:24:00 pm | 0 Komen

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea

Althea telah melangkah lagi satu kejayaan di mana telah mengeluarkan set makeup yang begitu menawan hati. Althea makeup box sesungguhnya mempunyai produk makeup yang lengkap dan memberi kelainan kepada gaya tatarias wajah anda. Dengan pakaging yang cantik, semuanya di bawah harga mampu milik.
Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea

Sememangnya sebagai seorang wanita bohong lah kalau tidak sedikit pun tertarik dengan alat kosmetik. Sekurang-kurang pasti ada satu didalam setiap beg masing-masing. Bagi khaty, althea makeup box cukup lengkap dengan semua yang khaty belum pernah cuba.

Di dalam althea makaup box ini terdiri daripada :-

  • Skin Relief Spot Film Gel ( RM19.00/ 15ml )

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea
Ianya sebenarnya adalah untuk membantu mengecilkan jerawat yang sedang galak naik di wajah ataupun ada kesan tompok-tompok di wajah. Bukan lah penyembuh yang panyas tetapi jika anda menggunakan secara konsisten, pastinya anda akan melihat perubahan jerawat itu sendiri.Kalau kita pergi farmasi, memang banyak pencuci muka kat rak tu. Tapi yang mana 1 terbaik untuk kita kan

Ianya di dirumuskan dari bahan-bahan seperti :-

Minyak pokok teh - Mempunyai sifat antibakteria untuk merawat bintik-bintik jerawat

Ekstrak Centella asiatica - Melegakan kemerahan dan menguatkan kulit

Ekstrak daun pine - Kaya dengan antioksidan untuk memperbaiki dan menenangkan kerengsaan

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea


Cara nak gunakan nya mudah sahaja. Picit sedikit dan sapu gel tersebut di kawasan yang anda syaki ianya menimbulkan rasa tidak puas hati. Pastikan ianya telah kering sebelum anda memulakan sesi makeup. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.

  • Flawless Creamy Concealer ( RM15.00 / 6g )

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea
Pertama kali mencuba terus jatuh cinta. Ianya mudah meresap dan sangat sesuai dengan kulit wajah. Ianya bertindak untuk menutup cela dan garisan halus di permukaan wajah. Aquaxyl ini membuatkan kulit wajah jadi kelihatan licin dan mengekalkan kelembapanya.

Ianya Terdiri daripada 4 jenis pilihan warna, jadi jangan salah pilih ye.


 #01 Vanilla (Pink beige #21)

#02 Ginger (Warm ivory #21),

#03 Honey (Warm peach #23-#25)

#04 Mocha (Deeper yellow #30)

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea


Cara nak guna mudah sahaja. Apply di bahagian bawah mata, kelopak mata dan dahi untuk menyerlahkan kelainan pada wajah. Kebiasannya ianya digunakan selepas anda menggunakan foundation di wajah. Jadi boleh la anda bermakeup sambil berangan-angan seperti Mua yang hebat di luar sana.

  • Eye Pallette Sunrise Moonrise ( BCL x Althea ) RM140.00
Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea
Ini merupakan kejayaan bersama gabungan Bunga Cinta Lestari dengan Althea. Di inspirasi dari penghibur terkemuka dari Indonesia yang sering kelihatan glamour dan cantik selalu ini membuahkan satu idea dan kejayaan bersama. Eye pallette Sunrise Moonrise ini memounya 8 jenis warna yang berlainan. Tekstur yang digabung bersama matte sehinggalah shimmer bakal menggegarkan kelopak mata anda. 

Tidak pening untuk menggunakannya. Jika anda mahu kelihatan natural pilih lah dari tekstur yang matte. Jika anda ingin menghadiri majlis-majlis tertentu dan kelihatan lebih anggun cubalah untuk menggabungkan warna yang gelap dan juga tekstur shimmer yang ada di situ.

  • Spotlight Eye Glitter ( RM24.00 / 4.5ml )

Ini memang terbaru. Bagi khaty yang mempunyai kelopak mata yang agak tenggelam, agak kurang pandai untuk menggunakannya. Hanya sekadar menggunakan di hujung-hujung mata. Sebab apabila cuba untuk aplly di kelopak bila kedip-kedip mata semua bercampur dengan eyeshadow. Jadi anda kena bijak untuk mletakkan ia ditempat yang sesuai untuk kelihatan cantik dan kemas.
Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea

Ianya terdiri dari 2 jenis Spotlight Eye Glitter iaitu #01 Gold Light & #02 Pink Light . Ianya dirumuskan dari Squalene – Conditions and improves suppleness of the skin & Finely Milled Shimmer Pigments – For a reflective glow.

  • WaterColor Cream Tint ( RM20.00 / 4.5ml )
Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea
Ini merupakan lip tint yang memang akan menggegarkan bibir mugil anda. Dengan warna yang terang dan berani, akan melihat bagaimana hari anda akan menjadi lebih ceria dan gembira. 

Terdapat 4 jenis warna yang pasti memikat jiwa.

1. #01 Plum Cream
2. #02 Strawberry Cream
3. #03 Peach Cream
4. #04 Marron Cream


Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea

Lp tint ini tahan lama. Tidak perlu untuk menyapu keseluruh bibir, boleh sapu di bahagian bawah bibir dan dap dap kan mulut sehingga penuh bibir anda. Jadi akan nampak tona yang berlainan warna. Jika mahu terang maka sapulah penuh ke bibir anda. 

Althea Makeup Box │ Jom Cantikkan Wajah Dengan Aura Dari Negara Korea

Bagi khaty, set althea makeup box sangat membuat jiwa dan mata jatuh cinta. Dengan semua produk sangat senang dan mudah di gunakan, ianya ternyata tidak mustahil untuk rajin menatarias wajah selalu. Jika tidak hari-hari biarlah sekali sekala wajah di warnai dengan pelbagai tona warna dari kosmetik untuk menaikan seri wajah. Nak cantik itu mudah, jangan anda susahkan dengan cara yang membebankan.  Selamat mencuba.

Anda boleh lawati laman sosial media di bawah untuk info lanjut :-

No comments:

Post a Comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com