Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada - KhatyAiman KhatyAiman: Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada
Textual description of firstImageUrl

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun Ke-7 untuk Lazada

khatyaiman | 3/27/2019 04:50:00 pm | 4 Komen

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun
Ke-7 untuk Lazada
Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan

Gombak, 27 Mac 2019 – Domino’s Pizza baru-baru ini menganjurkan parti hari jadi sempena ulang tahun ke-7 Lazada! Untuk memperingati hari yang penuh istimewa ini, kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha, tokoh media sosial dan juga peminat setia dijemput untuk menyertai sambutan.
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun  Ke-7 untuk Lazada  Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan
Happy 7th Birthday, Lazada! Elaine Tibok, General Manager, Digital, Domino's Pizza Malaysia [Centre left, in blue] and Farah Zulkefly, Public Relations and Communications Manager, Lazada Malaysia [Centre right, in black] celebrating Lazada’s 7th birthday with children from Rumah Perlindungan al Nasuha.


Suasana riang ria menceriakan sambutan apabila kanak-kanak dan tetamu jemputan menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi untuk Lazada, dan seterusnya menikmati kek hari jadi yang lazat serta pelbagai sajian makanan yang disediakan oleh Domino’s Pizza. Selain piza, tetamu disajikan berbagai-bagai hidangan sampingan termasuk tawaran terbaru Royale Chicken Wings daripada Domino’s Pizza, yang membawakan ayam kuning telur masin dan pencuci mulut seperti Blueberry Cheesecake Lava Cake yang menjadi kegemaran ramai. Para tetamu jelas teruja apabila Lazzie, mascot Lazada, muncul untuk meluangkan masa pada petang itu bersama kanak-kanak dan tetamu lain.
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun  Ke-7 untuk Lazada  Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan
Thumbs Up: The teams from Domino's Pizza and Lazada delighted to celebrate Lazada's 7th birthday together with children from Rumah Perlindungan al Nasuha.


Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Kami amat teruja untuk merayakan ulang tahun ke-7 Lazada bersama dengan semua tetamu kami pada hari ini. Kami percaya kerjasama kami yang utuh ini membawa nilai dan pengalaman yang amat bermakna bagi para pelanggan kami. Oleh itu, kami benar-benar menghargai sokongan dan kerjasama kami dengan Lazada selama ini. Berpegang teguh kepada janji kami ‘It’s All About You’, kami percaya penghargaan bukan sahaja patut diberikan kepada pelanggan kami, tetapi juga kepada rakan-rakan kerjasama kami yang dihargai atas dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi. Kami harap perkongsian dengan Lazada ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun akan datang!”
Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun  Ke-7 untuk Lazada  Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan
Children from Rumah Perlindungan al Nasuha participating in fun games during the celebration

Andrew Gnananantham, Ketua Pegawai Pemasaran Lazada Malaysia, berkata, “Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Domino’s Pizza kerana menganjurkan parti hari jadi ke-7 Lazada. Dengan transformasi Lazada kepada destinasi gaya hidup setempat, kami ingin menyatukan pelanggan menerusi pengalaman yang lebih menyeronokkan dan boleh dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan, menerusi hiburan, permainan dan sudah tentu piza! Lazada membawakan tawaran eksklusif Domino’s untuk pelanggan kami sambil merayakan parti hari jadi ini, untuk anda!"

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun  Ke-7 untuk Lazada  Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan
Children from Rumah Perlindungan al Nasuha participating in fun games during the celebration
Selain menjamu selera, tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai permainan dan kuiz yang menyeronokkan, dan memenangi baucar daripada Domino’s Pizza dan Lazada. Kanak-kanak dari Rumah Perlindungan al Nasuha juga menerima beg hadiah yang disediakan khas untuk mereka sebagai tanda penghargaan kerana menghadiri parti hari jadi Lazada.

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun  Ke-7 untuk Lazada  Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan
Guests enjoying the delightful feast prepared for them by Domino's Pizza to commemorate Lazada's 7th birthday
Sempena ulang tahun ke-7 Lazada, Domino’s Pizza akan menawarkan peluang kepada pelanggan di seluruh Malaysia untuk merayakannya menerusi Set Parti Hari Jadi Lazada, yang meliputi 8 tawaran berharga RM77.70 dan ke atas. Pelanggan boleh jimat RM63.65 apabila mereka membeli set ini yang mengandungi 4 Piza saiz Regular (Biasa), 1 Crazy Chicken Crunchies (Original/Tomyam), 1 roti Breadstix/Cinnastix, 1 Botol Minuman dan 1 Chocolate Lava Cake PERCUMA. Untuk setiap Set Parti Hari Jadi Lazada yang dibeli, pelanggan akan menerima kod baucar daripada Lazada.

Domino’s Pizza Anjur Sambutan Ulang Tahun  Ke-7 untuk Lazada  Tawarkan Promosi Bersama Eksklusif untuk Pelanggan
[From left to right] The team from Domino’s Pizza – Chrissie Chong, Senior Manager, Public Relations & Events; Elaine Tibok and Rachel Chen, Senior Assistant Manager, E-Commerce; together with Lazada Malaysia’s team – Farah Zulkefly, Vaidehi Joshi, Head Partnerships; Syafiqah Amalina, Associate Partnerships and Jeswena Jagjit, Associate, Public Relations and Communications coming together for Lazada’s 7th birthday bash. 
Untuk merayakan dan mengukuhkan pakatan antara Lazada dan Domino’s Pizza, Lazada juga akan mengagihkan 7,000 kupon diskaun kepada pelanggan setia Domino’s bernilai RM84,000. Di samping itu, Lazada juga akan menawarkan 7 jenis Tawaran Kupon Hari Jadi Domino’s bagi peminat setia Domino’s. Tawaran ini boleh didapati dari 27 Mac 2019 hingga 27 April 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran Domino’s Pizza Malaysia menerusi Lazada dan juga promosi lain, sila layari laman http://www.dominos.com.my/ atau https://www.lazada.com.my/

4 comments:

  1. mmg murah sgt pizza dia mama almost beli semalam tapi perut kenyang la

    ReplyDelete
  2. bestnyaa dominos. lama tak makan

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, good job dominos..

    ReplyDelete
  4. tgk dominos ni rasa lapar pula, fav kami ank beranak ni

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com