Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka - KhatyAiman KhatyAiman: Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka
Textual description of firstImageUrl

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka

khatyaiman | 3/08/2019 08:03:00 am | 6 Komen

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka


‘Rasai suasana nya bagai berada di ladang segar dari Negera New Zealand’. Dengar tagline sebegini memang boleh membuat hati memberontak untuk pergi ke kundasang Sabah. Hendak pula sekarang nak pergi tidak lah begitu susah kerana banyak kemudahan yang tersedia. Cuma siapkan poket nya sahaja.

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka



Bagai pucuk di cita ulam mendatang. Eh, bulan March ini bulan Matta Fair kan. Jadi mestilah banyak Matta Fair Promo yang ada. Wah, memang menarik sangat ni. Kebetulan apabila buka laman page Matta Fair 2019 terlihat Negeri Sabah dipilih sebagai destinasi pilihan ramai di Malaysia pada kali ini. Jadi, apa tunggu lagi, kena serbu la Matta Fair ini.


Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka


Terfikir pula dengan cuaca yang panas, jauh pula dari rumah, macam mana nak pergi. Nak bawa anak-anak bersesak-sesak di Matta Fair lagi. Memikirkan tempat letak kereta yang mesti penuh. Di jangka lebih dari 100,000 pengungjung akan hadir ke MattaFair 2019. Sangat ramai dan mesti sangat sesak. Dengan anak-anak yang memang super aktif, mau hilang kesopanan dan santunya masa disana. Boleh jadi singa cantik yang garang kat sana nanti.


Jadi, pilihan yang paling cepat terlintas pula di fikiran sebab takmahu keluar dan nak cepat dan mudah, tiba-tiba Traveloka. Mestilah traveloka pun ada juga tawaran ataupun diskaun yang menarik kan. Kalau hari-hari biasa pun ada diskaun, tak kan lah sempena Matta Fair Promo tak ada kan.


Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka


Benar bagai di duga. Traveloka Sale-Abration Hakuna Matta-Ta Deals. Wah, apa lagi, buat anda  yang suka melancong dan bercuti, ini lah peluang paling tepat untuk merancang perjalanan dengan baik. Kempen Traveloka Sale-Abration Hakuna Matta-Ta Deals pastinya ada satu “ SURPRISE’ buat pelanggan mereka. Mesti lagi banyak penjimatan yang pelanggan dapat. Jadi boleh melancaong dengan gembira dan juga penginapan yang selesa. Traveloka juga kini telah semakin berjaya meningkat naik serta menawan hati pelanggan dengan perkhidmatan yang baik , harga yang dipaparkan juga benar serta tiada sebarang caj atau bayaran tersembunyi. Tidak kurang lebih dari 5 minit pastinya tempahan anda selesai.


Pengalaman khaty menggunakan perkhidmatan traveloka semasa membuat tempahan bilik hotel, sangat mudah. Banyak tempat yang boleh kita buat perbandingan di dalam Traveloka sendiri. Kadang-kadang ada juga masa anda bertuah macam tawaran yang agak gila namate murah di sesetangah tempat penginapan dalam jangka masa yang singkat. Kena cepat dan sesuai dengan Tarikh sahaja.


Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka


Zaman sekarang hanya bermodalkan telefon dan internet, anda sudah boleh memilih untuk ke mana sahaja tempat untuk mengembara. Tambahan pula sekarang Traveloka menyediakan aplikasi apps store buat telefon android untuk memuat naik aplikasi Traveloka,maka banyak perkara dapat di jimatkan. Ianya sama macam konsep on-the-go. Bila-bila masa dan di mana jua ingatlah Traveloka. Melalui apklikasi Traveloka, para pengguna dapat melihat pelbagai tawaran dan diskaun yang hebat dengan cepat. Nampak tak kuasa sekarang hanya di hujung jari sahaja. Jadi janganberi alasan tiada masa untuk memnajakan diri untuk berehat sambil menikmati keindahan alam ini.


Matta Fair 2019 dan juga Traveloka Sale-Abration Hakuna Matta-Ta Deals sebenarnya mempunyai tujuan yang sama. Untuk mencuba berikan tawaran dan diskaun  yang sehabis baik selain daripada perkhidmatan serta pulangan wang yang berbaloi kepada pelanggan. Pilihan di tangan anda.  Kalau keluar ke Matta Fair sudah pastinya akan jem, sesak dan jangan cakap la cuaca sekarang akan membuatkan anda mudah berubah mood. Ataupun  bersenang lenang di rumah atau di mana sahaja dengan aplikasi Traveloka. Tapi pastikan line internet ada ye.


Apa yang menarik pasal Kundasang Sabah ini sampai membuat ramai yang tertarik sehingga membuat pengunjung dating tanpa henti? Jom inta sikit.


Desa Cattle Dairy Farm

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka

Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu adalah New Zealand di negara Malaysia, Desa Cattle Dairy Farm. Pemandangan sekitarnya sangat menyejukkan mata. Ladang lembu yang berkeluasan 199 hektar ini juga dipenuhi dengan baka-baka lembu yang didatangkan dari New Zealand.


Anda boleh mendekati lembu-lembu ini dengan memberikan mereka susu di dalam botol dan belajar bagaimana susu lembu diperah. Bukan sahaja lembu yang ada di sini, kambing pun ada untuk anda cuba berikan makanan. Pasti akan menjadi memori yang indah untuk anda sekeluarga.

Sudah puas melihat pemandangan dan beraktiviti, jangan lupa untuk mencuba susu segar, ais krim dan juga yogurt yang dihasilkan di ladang ini. Dapat rasa kesegarannya di lidah anda. Memang cool!

Rumah Terbalik Tamparuli

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka

Bagaimana rasanya kalau segala di dunia ini terbalik kecuali badan kita? Terasa seperti diawang-awangan sebaik anda melangkah masuk ke dalam Rumah Terbalik Tamparuli. Semuanya yang terdapat di dalam rumah ini terletak di dalam keadaan terbalik. Beginilah agaknya kalau berumah di angkasa lepas.

Kolam Air Panas Poring

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka

Terletak di kawasan tanah rendah, Kolam Air Panas Poring bukanlah kolam air biasa, kolam air panas ini kaya dengan kandungan sulfur yang dikatakan baik untuk kesihatan dan dapat memberikan kesegaran badan serta melegakan sendi yang lenguh. Kolam ini cukup sesuai bagi mereka yang telah penat mendaki Gunung Kinabalu, boleh hilang sengal-sengal badan. Untuk pengetahuan anda, kawasan kolam air panas ini dibina oleh penjajah Jepun, lihat sahaja kawasan di sekitarnya yang ditumbuhi pepohon buluh seperti yang banyak terdapat di Jepun.

Dream World Resort Kundasang

Impian Bercuti Ke kundasang Sabah Bersama Traveloka

Terletak berhadapan dengan destinasi pelancongan terkenal, Desa Dairy Farm adalah sebuah penginapan cukup indah, Dream World Resort Kundasang. Penginapan di sini membuatkan hati anda sentiasa terbuai-buai dengan keindahan alam sekeliling, dari bilik anda dapat melihat Gunung Kinabalu sambil menghirup udara segar. Pada waktu pagi dan petang pula anda dapat menyaksikan pemandangan indah matahari naik dan terbenam, apa lagi yang anda inginkan untuk sebuah percutian yang sempurna?
( sumber : google)


Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik. Khaty suka yang ada pemandangan yang cantik dan sejuk. Baru ada feel nak bercuti. Dengan kempen Traveloka Sale-Abration Hakuna Matta-Ta Deals, rebut lah peluang supaya anda dapat meluangkan masa dan mencipta kenangan yang terindah apabila bercuti bersama-sama.  Semoga impian untuk ke Sabah menjadi nyatakan .

6 comments:

  1. SA pun impi bercuti ke Kundasang...bestnya kan..dengan cuaca sejuk..latarbelakang gunung kinabalu..eh...jom la check traveloka....

    ReplyDelete
  2. Tak pernah sampai Sabah lagi bah..

    ReplyDelete
  3. huhu akak mmg teringin nak ke kundasang

    ReplyDelete
  4. Cantiknya pemandangan di Desa Cattle Dairy Farm.. betul macam di New Zealand dah

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Teringin juga.... Namoak segar n relax kawasan ni

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com