Mudahnya Masak Spaghetti 3 Minit Dengan Master Pasto - KhatyAiman KhatyAiman: Mudahnya Masak Spaghetti 3 Minit Dengan Master Pasto
Textual description of firstImageUrl

Mudahnya Masak Spaghetti 3 Minit Dengan Master Pasto

khatyaiman | 4/06/2019 09:33:00 pm | 0 Komen
Mudahnya Masak Spaghetti 3 Minit Dengan Master Pasto

Apabila anda terasa nak makan spaghetti, apa yang terlintas di fikiran anda. Mesti terasa macam ala lamanya nak masak, mahal pula bahan nya. Jangan risau sebab sekarang ini, dengan Master Pasto masa masak lagi cepat dan harga yang sangat murah akan membuatkan anda lagi teruja untuk mencuba. Mana nak cari kan spaghetti siap dalam 3 minit.


Pertama kali tengok bungkusan Master Pasto  memang terasa, wauu. Cantik dan ianya bukan sahaja boleh di beli bawa balik rumah dan masak, tetapi kalau anda ketandusan idea untuk memberi hadiah atau buah tangan kepada sesiapa yang berkenaan, maka pilih lah Master Pasto sebab sangat sesuai. Kita buat kelainan sikit. Memang nampak western kan, tapi ianya adalah dari Malaysia. Bangga sekejap.



Produk Master Pasto Spaghetti ini adalah HALAL dan ianya 100% keluaran bumiputera Malaysia. Syarikat pengeluar adalah Lioco Food Industries Sdn. Bhd yang terletak di Pulau Pinang. Apa yang paling penting produk ini TIADA bahan pengawet dan TANPA MSG. Dari segi rasa dan tekstur nya masih dikekalkan dan pastinya ianya sangat sedap.


Cara penyediaan Master Pasto

Cara nak masak spaghetti master pasto ini paling seronok. Anak-anak pun boleh buat ya dengan pemantaun ibu ayah.  Memang ianya adalah produk spaghetti yang paling pantas dan mudah untuk disediakan. Kiranya kalau termengidam atau teringin,usah ragu usah risau,pastikan stock dirumah ada,pastinya anda tidak akan mengeluh lagi.

1. Masak air biar sehingga mendidih
2.Masukkan paket kedap udara master pasto dan biar selama 3 minit
3. Angkat dan sedia untuk di hidang.

Kepada anda yang memang yang berminat untuk dapat Master Pasto Spaghetti 

1. SPAGHETTI BOLOGNESE WITH CHICKEN

2. SPAGHETTI MUSHROOM CREAM SUACE

3. SPAGHETTI OGLIO OLIO WITH CHICKEN

boleh layari laman media sosial di bawah :-


Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com