NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI - KhatyAiman KhatyAiman: NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI
Textual description of firstImageUrl

NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI

khatyaiman | 4/01/2019 12:41:00 pm | 4 Komen

NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI#siapacepatdiadapat


PETALING JAYA, 13 Mac 2019 hurr.tv kembali membawakan kepada penonton setianya sebuah rancangan beli-belah barangan pre-loved eksklusif, Nak Beli 2.0. Program 10 episod web ini memberikan peluang kepada penonton atau peminat untuk mendapatkan koleksi barangan peribadi milik influencer dan selebriti dengan harga menarik di laman web Beli@hurr iaitu http://shop.hurr.tv. Nak Beli 2.0 akan disiarkan secara langsung pada jam 8.30 malam setiap hari Rabu bermula 13 Mac 2019 di laman web dan aplikasi telefon pintar hurr.tv.
NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI #siapacepatdiadapat


Program ini akan dihoskan secara bergilir oleh Nana Al-Haleq dan Nisha Ezzati bersama tetamu jemputan setiap minggu yang terdiri daripada influencer atau selebriti jemputan antaranya Tasnim Shah, Sharifah Rose, Adriana Adnan, Shalma Aainaa, Syada Amzah dan Umaira Wafa. Setiap episode web akan menampilkan beberapa barangan pre-loved dan personalised eksklusif yang dijual dengan harga mampu milik. Mereka yang menonton siaran secara langsung program ini juga berpeluang untuk mendapatkan baucar atau diskaun khas bagi koleksi ditampilkan apabila membeli pada waktu siaran dijalankan.

NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI #siapacepatdiadapat

Nak Beli 2.0 juga akan menampilkan segmen Happy Hour bagi jualan produk penjagaan wajah dan kulit, muca. Diskaun bermula 30 peratus sehingga 50 peratus bakal dinikmati oleh penonton yang menyaksikan program ini secara live bagi mendapatkan beberapa produk terpilih serta set lengkap. Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki set penjagaan wajah dan kulit rasmi yang digunakan  oleh peserta Miss Universe 2018.

NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI #siapacepatdiadapat


Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly berkata, “Nak Beli musim pertama mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton setia hurr.tv apabila kesemua barangan yang ditampilkan berjaya dijual ketika program bersiaran langsung. Ini membuktikan bahawa koleksi peribadi influencer dan selebriti sentiasa menjadi buruan peminat untuk dimiliki. Program ini adalah satu platform unik dalam  mendekatkan peminat dan personaliti kegemaran. Malah, beberapa kejutan juga mungkin dibuat bagi  peminat bertuah. Jadi, jangan lupa saksikan Nak Beli 2.0 di laman web dan aplikasi telefon pintar yang  boleh dimuat turun menerusi App Store dan Google Play.”

NAK BELI 2.0 – BELI-BELAH BARANGAN PRE-LOVED OLEH INFLUENCER DAN SELEBRITI #siapacepatdiadapat

Menerusi Nak Beli 2.0, penonton tidak perlu risau mengenai kos penghantaran kerana ia dijamin percuma dengan pembelian minimum. Pada siaran secara langsung program berkenaan, penonton dapat melihat sendiri personaliti kegemaran mereka berkongsi lebih lanjut mengenai barangan yang akan dijual. Pastinya, setiap barangan mempunyai keistimewaan yang tersendiri, dan penonton boleh mendapatkannya secara eksklusif di laman webBeli@hurr, http://shop.hurr.tv. Program ini dibawakan  oleh produk penjagaan wajah dan kulit, muca.
Saksikan Nak Beli 2.0, Live setiap Rabu, 8.30 malam di hurr.tv.
Episod#1
https://www.youtube.com/watch?v=r4fU9FOPeEw
Maisarah Preloved Item: https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-1
Aireenscarfs : https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-1/products/aireenscarfs

Episod#2
https://www.youtube.com/watch?v=xTd_wM8cT_s
Nurlynn Azureen Preloved Item: https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2
Lynn Mascara: https://shop.hurr.tv/collections/nak-beli-2-0-episode-2/products/lynn-mascara
Untuk Eps#3, saksikan Live malam ini, 27 March @ 8.30 malam di www.hurr.tv atau di app hurr.tv.
Dapatkan barangan exklusif hanya di Beli@Hurr Online Store: https://shop.hurr.tv.
Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti kami di:

Website Facebook YouTubeInstagramTwitter

4 comments:

  1. murah2 diorang jual.. bagus juga konsep macam ni..

    ReplyDelete
  2. bagus usaha diorang ni...kurangkan pembaziran dan juga bantu orang lain yang lebih perlukan barangan preloved tu pada harga berpatutan..

    ReplyDelete
  3. wow barangan artis tu

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com