NESCAFÉ GOLD Perlihatkan Wajah dan Konsep Baharu - KhatyAiman KhatyAiman: NESCAFÉ GOLD Perlihatkan Wajah dan Konsep Baharu
Textual description of firstImageUrl

NESCAFÉ GOLD Perlihatkan Wajah dan Konsep Baharu

khatyaiman | 4/10/2019 02:34:00 pm | 0 Komen

NESCAFÉ GOLD Perlihatkan Wajah dan Konsep Baharu


KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2019 – Sebagai jenama kopi terkenal dan digemari di dunia, NESCAFÉ sentiasa komited untuk kekal relevan dalam kehidupan pengguna dengan mencipta detik-detik indah yang menjadi kenangan menerusi kopi selama lebih 80 tahun di Malaysia. Dengan demikian, hari ini jenama antarabangsa ini memperlihatkan wajah dan konsep baharu untuk rangkaian NESCAFÉ GOLD di The Square, Publika, seterusnya mengukuhkan daya tarikan, keaslian dan keterbukaan, bagi memastikan dan meneruskan kerelevanannya dengan pengguna.
(from left to right) Mr Othman Chraibi, Business Executive Officer of NESCAFÉ Malaysia, Mr Juan Aranols, Chief Executive Officer of Nestlé Malaysia and Mr Chew Soi Ping, Executive Director, Sales of Nestlé Malaysia kicking off the launch of the all-new look for the NESCAFÉ GOLD Range & unveiling the Experiential Container Café.
NESCAFÉ GOLD terus dihasilkan secara teliti; daripada pemilihan biji-biji kopi Arabica yang ditanam di pergunungan yang dipilih dengan rapi, untuk menjalani proses pemanggangan yang menerbitkan aroma dan perisa kopi terbaik. Proses ini menghasilkan adunan dan aroma yang menjadi lambang Keemasan dan perisa yang digemari oleh pengguna Malaysia. Pelancaran wajah baharu ini dipacu oleh komitmen jenama untuk memastikan produknya yang bermutu tinggi dihasilkan dengan teliti.

(from left to right) Mr Othman Chraibi, Business Executive Officer of NESCAFÉ Malaysia, Mr Juan Aranols, Chief Executive Officer of Nestlé Malaysia and Mr Chew Soi Ping, Executive Director, Sales of Nestlé Malaysia kicking off the launch of the all-new look for the NESCAFÉ GOLD Range & unveiling the Experiential Container Café.

Untuk melengkapi pelancaran, NESCAFÉ telah mereka cipta sebuah kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD serba baharu yang bukan sahaja memberikan pengalaman yang merangsang deria, tetapi juga memperlihatkan kepakaran jenama dalam mengadun kopi bermutu tinggi untuk detik-detik penting yang sangat bermakna kepada para pengunjung.

Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Inovasi yang kita lihat dalam perniagaan kopi adalah lebih hebat daripada yang diramalkan. Inisiatif dan trend yang kita lihat sekarang adalah lebih daripada secawan kopi; tumpuan lebih kepada pengalaman yang memberikan sentuhan peribadi untuk setiap pelanggan. Inilah yang membuat pasukan NESCAFÉ bekerja keras untuk lebih memahami dan mendalami trend kopi premium di Malaysia untuk mengetengahkan tawaran serba baharu.”

Mr Othman, Mr Juan and Mr Chew, commemorating the new look of the NESCAFÉ GOLD Range in the Experiential Container Café, flanked by popular local influencers, Nazim Othman, Weon & Boey

Encik Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi NESCAFÉ, mengulas, “Sebagai jenama kopi runcit premium yang terkenal di negara ini, kami dengan bangganya memperkenalkan tawaran baharu ini daripada NESCAFÉ GOLD. Ia dicipta dengan sentuhan kepakaran yang mengekalkan keunikan, kelicinan dan kehalusan jenama. Ini menghasilkan secawan kopi dengan keseimbangan yang sempurna. Keseimbangan dan pembaharuan ini juga digambarkan dengan wajah baharu NESCAFÉ GOLD yang diperlihatkan menerusi rekaan pembungkusannya yang menarik. Disertakan corak grafik Emas digilap yang lebih sederhana dan menarik; wajah baharu Tanda Pengenalan ini mencerminkan pengalaman minum kopi NESCAFÉ GOLD yang unik, menggabungkan kelembutan, keseronokan dan kepuasan deria rasa.”

“Kami bukan sahaja menekankan kualiti produk yang kami cipta, tetapi juga hubungan dengan mereka yang bermakna dalam hidup kita. Kami memberikan perhatian kepada keperincian dalam setiap proses; supaya kami dapat mencipta detik-detik yang memberi pengalaman manis kepada anda. Selari dengan usaha untuk menambah baik pengalaman minum kopi pelanggan kami, kami turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perjalanan mereka menerusi pelbagai titik sentuhan. Ini termasuk kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman yang merangsang deria dan menonjolkan ketelitian dan kualiti tinggi yang terdapat dalam cawan kopi pengguna,” tambah Encik Chraibi.

(from left to right) Mr Juan, Mr Chew and Mr Othman, savoring the signature taste and aroma of NESCAFÉ GOLD. 


Serentak dengan pelancaran itu, hadirin telah juga diperkenalkan kepada “NESCAFÉ GOLD experiential café”, membolehkan mereka menyelami pengalaman minum kopi yang unik dan lebih memahami kepakaran NESCAFÉ GOLD dalam seni pembuatan kopi. Tetamu jemputan juga berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif seperti ‘Barista of the Day’ dengan Mesin Barista NESCAFÉ GOLD yang turut dipamerkan, untuk menyenangkan mereka membuat dan menikmati kopi gaya kafe di rumah dengan cara yang sangat mudah.

Kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD ditempatkan di The Square, Publika hingga 14 April, sebelum dipindahkan ke MyTOWN, Cheras, dari 19 April hingga 5 Mei untuk membolehkan pengunjung mengalami kelainannya, dan seterusnya ke banyak lokasi lain pada minggu-minggu yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com