RAMADHAN 2019 BUFFET DINNER KAMPUNGKU KU │IXORA HOTEL PENANG - KhatyAiman KhatyAiman: RAMADHAN 2019 BUFFET DINNER KAMPUNGKU KU │IXORA HOTEL PENANG
Textual description of firstImageUrl

RAMADHAN 2019 BUFFET DINNER KAMPUNGKU KU │IXORA HOTEL PENANG

khatyaiman | 4/26/2019 04:34:00 pm | 2 Komen

 RAMADHAN BUFFET 2019 KAMPUNGKU KU │IXORA HOTEL PENANG

Ramadhan Buffet kali ini bertempat di Ixora Hotel Penang. Dengan bertemakan Kampung Ku, dapat dilihat ianya bersesuaian dengan menu yang ada. Lebih kurang 70 menu yang ada untuk santapan para tetamu yang hadir untuk menikmati  bersama juadah berbuka puasa nanti. untuk makluman anda, The Strait Cafe dan Baba Nyonya Hall akan bermula dari 7 May sehingga 3 June 2019 dari jam 7.00petang sehingga 10.00 malam.
RAMADHAN BUFFET 2019 KAMPUNGKU KU │IXORA HOTEL PENANG

Dapat dilihat apabila masuk ke dalam dewan yang disediakan, ternampak jelas satu ruang kecil untuk si cilik bergerak aktif. Ini memang berita gembira buat ibu bapa yang memang berhasrat untuk berbuka puasa tanpa perlu susah hati untuk menjaga anak ketika hendak mengambil makanan serta waktu menjamu selera. Kadang-kadang di tempat terbuka mood akan tiba-tiba swing ok dengan telatah anak-anak kecil. Sang kancil pun boleh bertukar jadi singa tau. ini merupakan satu inisiatif yang sangat bagus dari pihak Ixora Hotel Penang kepada para pelanggannya dalam menjaga keharmonian suasana ketika para tetamu sedang menikmati juadah di atas meja.


Kanak-kanak dengan tempat mainan memang seperti magnet. Tak suruh pun memang mereka akan terus pergi dan main. Jadinya, apa yang perlu anda bimbang. Dah kalau ada tempat untuk anak-anak berseronok, mengapa perlu anda menidakkannya. Pergilah menjamu selera dengan gembira. bukan lah sehingga lupa anak, tetapi ianya memberi sedikit ruang untuk kita menjamu selera dengan tenang. 


Ok sekarang jom kita tengok beberapa jenis menu yang telah pihak Ixora Hotel sediakan untuk Ramadhan 2019 buffet dinner bertemakan Kampung Ku .


Ini merupakan bahagian permulaan untuk anda cuba. Kira macam baru nak start enjin, makan makanan berasaskan ulam-ulaman, buah-buahan dan juga soup. Kena atur cara pemakanan agar perut anda tidak terkejut ya.










Ini merupakan gabungan yang meletop dan cair di mulut. Anda kena cuba sebab rasanya sangat sedap. Bagi penggemar kambing, jangan lepaskan peluang ya. Memang kalau dah duduk di penang, cicah roti dengan soup memang cara dia. Selalu cicah dengan kari kan.  Jadi jangan pelik na. 













Mengikut kata rakan-rakan yang hadir, nasi minyak pelangi memang macam signature la kat Ixora Hotel penang ni. Tak nampak macam pelangi, tapi bila makan, rasa yang hadir itu lah ibarat macam pelangi. Nak cakap pun macam tak tercapai hasrat tu, kena makan sendiri baru tahu.






Ini yang paling menggoda para tetamu. Bau nya sahaja dan buat perut bernyanyi keriangan macam anak kecil. Apatah lagi rasa yang memang sangat sedap. Paling rekemen untuk anda kalau datang untuk mencuba menu yang ada di Ixora Hotel Penang.




 


 










 

Selain makanan, minuman yang paling sedap kat Ixora Hotel Penang adalah Tea Tarik dengan Nescafe tarik. Padu baq hang. Cukup rasa. Lemak manis berkrim dan lazat. Sama juga air jagung nya, lemak manis berkrim tidak terkata.

















Sempat bergambar dengan Marketing executive Foo Sze Wei yang sangat peramah dan cantik.

 Baba & Nyonya buffet adalah RM60/adult nett dan RM46/child nett

 The Straits Cafe pula bermua dari RM88/adult nett dan RM58/ child nett

buffet akan bermula dari jam 7.00ptg sehingga 10mlm bermula dari tarikh 7/5/2019 sehingga 3/6/2019

Tempahan awal boleh di lakukan dari sekarang sehingga 6/5/2019 untuk dapatkan harga promosi. Seperti Beli 10 dapat percuma 1 untuk dewasa sahaja.

Jadi kepada anda yang ingin membuat tempahan bagi merancang awal untuk majlis berbuka puasa, boleh dapat kan info lanjut di sini :-

No Tel : 04-3828888
Email : info@ixorahotel.com
Website : www.ixorahotel.com
FB : Ixorahotel
IG : Ixorahotel

2 comments:

  1. Nampak sedap semua makanan..package pun murah dan berpatutan...siap ada tempat mainan lagi untuk anak2..kalau dekat SA dh tempah dh ni

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com