Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang - KhatyAiman KhatyAiman: Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang
Textual description of firstImageUrl

Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

khatyaiman | 4/17/2019 04:26:00 pm | 0 Komen

Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang


Tidak lama lagi seluruh umat islam akan menyambut bulan puasa iaitu buan ramadhan al-mubarak. Boleh nampak pelbagai ragam dan inisiatif sesetengah pihak untuk membuat persiapan awal bagi menyambut kedatangan Ramdhan al-mubarak. Tidak ketinggan pihak Eastin Hotel Penang di mana mereka telah mengumumkan bahawa bagi promosi istimewa Iftar Buffet sempenan Bulan Ramadhan yang mana berkonsepkan Sajian Aneka Rasa. Ada lebih dari 70 menu yang boleh anda pilih semasa berbuka di Easti Hotel Penang nanti.
Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

Apabila masuk ke bahagian buffet, dapat di lihat pelbagai jenis masakan yang begitu lazat dan enak di sediakan buat para tetamu yang hadir. Dengar kata makanan yang paling istimewa  adalah 'Kari kambing Tongkat Ali'. Sangat menarik, tetapi  pada hari tersebut hidangan itu tidak dapat disediakan kerana kekurangan bahan mentah. Memang menjadi lumrah di mana-mana sahaja hidangan yang istimewa ini kadang-kala ianya amat "limited' untuk di rasai. Tidak mengapa, masih ada pelbgai jenis hidangan yang boleh dijamu bersama-sama.

Ada pelbagai jenis menu yang telah disediakan. Anda masuk dan buat pilihan yang menggoda mata dan anak tekak anda. Kadang-kadang kita selalu termakan nafsu serakah mengambil makanan yang keterlaluan, jadi walaupun banyak menu, ambillah secara berhemah. 


Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

Antara menu yang patut anda makan dahulu iaitu pembuka seleranya. Dengan pelbagai jenis buah-buahan diantaranya seperti Tomato, Carrot, Cucumber, Corn Kernel, Onion Ring Lettuce, Thousand Island Dressing, French Dressing, Honey Mustard Dressing, Chef Signature Dressing, Ulam-ulaman, Sambal belacan, Cecalok, Sambai mempelam, Cili Kicap & budu. Acar Buah ,acar rampai . 

Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

Selain itu, terdapat juga aneka kerabu yang disediakan. Bagi yang memang suka akan kerabu memang pastinya akan jatuh cinta. Di sini terdapat beberapa jenis kerabu seperti  Kerabu Daging, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Perut, Kerabu Kacang Botol, Kerabu Jantung Pisang, Kerabu Mangga, Kerabu Thai Glass Noodles.


Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

Hidangan ini pasti akan membuatkan anda tidak senang duduk. Kena sekali mahu lagi. Bau nya pun cukup menggoda. Apatah lagi jika anda mencedoknya ke dalam bekas. Terangkat habis. Pastinya anda perlu cuba  Sup Gear Box Utara, Seafood Scechuan Hot and Sour Soup.


Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang


Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

ROJAK MAMBO
8 Jenis Buah Dengan Kicap Cili, Kuah Rojak, Cili Kicap Manis.

Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang

Sajian Aneka Rasa Iftar Buffet Eastin Hotel Penang


BUBUR LAMBUK DAN SAMPINGAN



HIDANGAN CITARASA












GERAI-GERAI AKSI
Ais Kacang/ Cendol, Penang Char Koey Teaw, Roast Leg Of Lamb with Sos Rosemary/ Sos Lada Hitam, km and Beef Satay with Cindiment






Chef Azni Signature Dish
Gulai Kawah Kambing Kasturi Madu


Chef Syukri Signature Dish
Mee Rebus

JEMPUT-JEMPUT CORNAR
Keropok Lekor, Cucur Jagung, Cucur Bawang, Cekodok Pisang


PENCUCI MULUIT ANTARABANGSA








Pihak hotel akan menyediakan pelbagai jenis hidangan makan malam yang mana ada dari menu tempatan mahupun citara antarabangsa. Pelanggan boleh makan di Swez Brasserie pada harga RM88 nett per person dengan tawaran istimewa minggu pertama dari tarikh 7- 12 /5/2019 . Ianya boleh di tebus melalu Eastin Hotel Facebook Page dan juga anda boleh mencetak voucher untuk mendapatkan harga RM100nett untuk 3 minggu yang seterusnya. Harga asal ialah RM120 oer adult dan RM88 untuk warga emas. Bagi kanak-kanak berumur 6-11 tahun mereka boleh nikmati potongan disakun sebanyak 50% dari harga asal. Jangan lupa datang tau.

Promosi bagi Iftar Buffet Ramadhan bertemakan Sajian Aneka Rasa ini bermula dari 7/5/2019 sehingga 4/6/2019 bermula jam 7.00ptg sehingga 10.00malam. Untuk tempahan boleh menghubungi Sewz Brasserie di talian 04-6121111

No comments:

Post a Comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com