MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal - KhatyAiman KhatyAiman: MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal
Textual description of firstImageUrl

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

khatyaiman | 5/13/2019 12:05:00 pm | 3 Komen

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal


KUALA LUMPUR, 13 Mei 2019 – Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal.

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal
Mr. Juan Aranols, Chief Executive Officer, Nestlé (Malaysia) Berhad [fifth from left], Ms. Geetha Balakrishna, Business Executive Officer of MAGGI®, Nestlé Malaysia [fourth from left] and Hajah Sharifah Binti Haji Adlan, Founder of Rumah Titian Kaseh (RTK) [third from left] working together with Rumah Titian Kaseh and the MAGGI® team to whip up a pot of tasty and nutritious MAGGI® bubur lambuk for the buka puasa event.


Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa.

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

 Mr. Juan Aranols distributing bowls of MAGGI® bubur lambuk to the children of RTK, flanked by Ms. Geetha [left] and Hajah Sharifah [right].

Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut.

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal
Mr. Juan Aranols distributing bowls of MAGGI® bubur lambuk to the children of RTK, flanked by Ms. Geetha [left] and Hajah Sharifah [right].


Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.”

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

 Children participating in the interactive nutrition session led by Nurul Iliani Ahmad, Category Nutrition Manager, Nestlé Malaysia

Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.”


MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

Joyful Smiles: MAGGI® team and the children from RTK showcasing their decorative items and toys made out of recycled materials! 

Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan.

Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik.

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

Joyful Smiles: MAGGI® team and the children from RTK showcasing their decorative items and toys made out of recycled materials! 

MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut.  Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan.

Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.”

Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/.

3 comments:

  1. good job maggi! murah rezeki anak2 tu..

    ReplyDelete
  2. salah satu usaha murni dalam kebajikan

    ReplyDelete
  3. Tahniah Maggi atas keprihatinan pada mereka yg kurang bernasib baik.

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com