MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal
KUALA LUMPUR, 13 Mei
2019 – Sempena bulan Ramadan
yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan
menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh
(RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang
upaya dan ibu tunggal.

Mr.
Juan Aranols, Chief Executive Officer, Nestlé (Malaysia) Berhad [fifth from
left], Ms. Geetha Balakrishna, Business Executive Officer of MAGGI®,
Nestlé Malaysia [fourth from left] and Hajah Sharifah
Binti Haji Adlan, Founder of Rumah Titian Kaseh (RTK) [third from left] working together with Rumah Titian Kaseh and
the MAGGI® team to whip up a pot of tasty and nutritious MAGGI® bubur lambuk
for the buka puasa event.
Kakitangan daripada
MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk
inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal
oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI®
‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan
pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk
menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa.
Untuk membantu membersihkan
rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk
pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan
yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal
tersebut.
Mr. Juan Aranols distributing bowls of MAGGI® bubur lambuk to the
children of RTK, flanked by Ms. Geetha [left] and Hajah
Sharifah [right].
Puan Geetha Balakrishna,
Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha
memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat
mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak
positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan
tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah
Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan
istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan
peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.”
Mengulas mengenai majlis
berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé
(Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat
berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis
hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan
kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di
rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para
penghuninya.”
Joyful Smiles: MAGGI® team and the children from RTK showcasing their
decorative items and toys made out of recycled materials!
Di samping itu, demi
memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah
dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad,
Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang
kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan.
Sejajar dengan komitmen
Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di
RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan
kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka
untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan
bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik.
Joyful Smiles: MAGGI® team and the children from RTK showcasing their
decorative items and toys made out of recycled materials!
MAGGI® akan bekerjasama
dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan
kitar semula di rumah amal tersebut. Hasil kerja tangan ini akan dijual
dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual
biskut dan kuih sempena musim perayaan.
Menurut Hajah Sharifah
Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan
dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami,
disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini
ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa
dan kami amat menghargainya.”
Untuk belajar cara
menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/.
good job maggi! murah rezeki anak2 tu..
ReplyDeletesalah satu usaha murni dalam kebajikan
ReplyDeleteTahniah Maggi atas keprihatinan pada mereka yg kurang bernasib baik.
ReplyDelete