Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif - KhatyAiman KhatyAiman: Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif
Textual description of firstImageUrl

Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif

khatyaiman | 5/20/2019 07:12:00 pm | 6 Komen

Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif

Produk baru datang lagi. Suka tau althea korea buat produk yang sangat comel. Dah cantik, murah kadang dah beli sayang tau nak guna. Kali ini Althea ada keluarkan produk Althea Eksklusif iaitu Althea Abloom Product. Nak manjakan wajah, nak buang bitnik hitam yang degil dan nak buat basic makeup semua ada dalam satu produk. Kiranya macam resepi rahsia cantikkan wajah paling cepat dan pantas. yang pasti nampak boommm.

Resepi Rahsia Cantikkan Wajah Paling Mudah Bersama Althea Abloom Eksklusif

RECEPI FOR SPARKLING SKIN ( RM2/ 1 sheet )


Jika di lihat terdapat 4 jenis mask yang berlainan objektif nya terhadap kulit wajah. Diantara adalah seperti : 

Water-Me-Long
-Ini sangat sesuai kalau kulit wajah macam terasa kering. Mungkin sebab cuaca panas, jadi apabila anda pakai, akan terasa sejuk, segar ibarat macam anda makan buah tembikai. Buah tembikai juga membantu badan kita tambah air. Jadi fungsinya di mask juga sama.


Sparkle-Me-Right
-Pertama kali pakai mask yang baunya lemon agak tajam. kalau ada kulit wajah yang luka akibat jerawat atau anda garu, mesti semasa pakai anda akan merasa sikit pedih tetapi bukan lah teruk. Sikit sahaja. Fungsi nya adalah untuk membantu mecerahkan kulit. So siapa suka angkat tangan???

Avo-Cuddle-Me
- ini kiranya 1st time cuba mask yang berasaskan Avocado. Selalu tengok orang makan dan buat masker guna avocado pure lah. Yang pastinya semasa khaty pakai ianya sangat halus, bau macam herba sikit. Tetapi selepas guna kulit wajah jadi lagi halus dan lembut.


Ac-Me-Peach
- Ini juga khaty suka kerana ianya bau sangat lembut. Masa pakai terasa segar dan macam comel ja wajah. Fungsi Peach ini sendiri adalah untuk menyerikan wajah. Sebab tu terasa cantik.


Cara penggunaan mask.
Cuci muka kemudian pakai mask di wjaha. Hindarkan di bahagian mata dan juga mulut.Kemudian pakai mask di wajah, hindarkan di bahagian mata dan juga mulut Biarkan selama 10-20 minit dan kemudian tanggalkan. Selepas itu buat urutan di wajah dengan jari-jemari ajaib anda untuk melengkapkan proses nya.



BHA BLACKHEAD BLASTER
Kebiasannya nak hilangkan blackhead ni selalu tak tahan dengan sakit nya tu, tapi nak hilangkan. Macam mana tu??? Apa kata anda cuba BHA BLACKHEAD BLASTER (BBB) dari A'Bloom.

Untuk pengetahua. Anda, BHA Blackhead Blaster ni merupakan cara yang paling senang dan cepat untuk merawat masalah blackheads, whiteheads dan juga kulit mati dekat muka kita. Ye la kan, bukan boleh duduk senang bila dia naik macam seronok pula timbul kat wajah kan. 


Ianya diformulasi dari bahan semulajadi seperti arang, apricot seeds, tea tree leaf oil dan natural BHA, BBB membantu secara lembut membersih pori hingga ke akar tanpa meninggalkan kesan merah pada wajah. Lembut ja kita singkirkan dia OK.

Cara nak guna BHA BLACKHEAD Baster
1.  Bersihkan wajah biar dia basah2 lembab gitu.
2. Sapu pada kawasan yang bermasalah dan urut secara membulat selama 30 saat.
3. Bilas dengan air bersih atau pun nak cepat khaty guna wet tisu untuk wajah. Pun boleh.


RM16/ 8g


MERINGUE PUFF

Ini paling khaty suka. Meringue Puff . Ada 2 jenis meringue puff. Giant dan Baby puff. Memang jatuh hati sewaktu guna meringue puff, tak kira baby atau punn giant. Kelabihan Meringue Puff adalah:-
  •  Ianya sangat sesuai buat anda yang baru nak berjinak-jinak nak belajar makeup
  • Cepat dan mudah di gunakan berbanding tool makeup yang lain.
  • Ianya akan membantu meratakan foundation ke seluruh wajah
  • Ianya boleh di basahkan untuk mendapatkan hasil wajah yang lembab dan segar. Kalau nak kelihatan matte boleh guna tanpa basahkan Puff tersebut.
  • Paling penting sangat versetile Puff.

RM8 / 1 puff

Giant puff adalah untuk meratakan foundation. Bahagian bucu nya boleh capai ke bahagian yang kecil seperti di celahan hidung dan bawah mata. Baby Puff boleh di gunakan untuk concealer. Sangat cepat bekerja.

Sebaik nya tukar Puff selepas 3 bulan untuk menjaga kulit wajah. Ianya mudah di cuci. Boleh gunakan sabun basuh tangan atau pencuci baby di rumah dan keringkan di tempat yang sesuai. Puff ini di perbuat daripada High Density non toxic + latex free foam.

RM11 / 3 puff


Ini wajah selepas guna A'bloom produk. Lagi senang nak makeup sebab kulit dah lembut halus, jadi ini hasil nya. Cantik ke tidak?? 🥰🥰


Untuk maklumat lanjut mengenai produk althea boleh layari :-

6 comments:

  1. i can never get enough of the cuteness. grammmm

    ReplyDelete
  2. Comel² je semuanya. Best pula tu produk baru Althea kali ni

    ReplyDelete
  3. Alahaiii comelnyaaaaaa cover bungkusan mask sheet & meringue puff pinky tu! Haihhh kalau ada depan mata, akan ku picit picit hahaha.

    ReplyDelete
  4. Kita suka yg utk remove black head tu.. Best kan... Senang pakai yg mcm tu

    ReplyDelete
  5. Giant Meringue Puff & Baby Meringue Puff tu nmpk mcm cookies je..gerammmm nk ngap haha

    ReplyDelete
  6. Wahh face mask setiap malam .hehe . Tpi nampak comel je puff tue .

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com