Ada Sesuatu Yang Menarik Minat Kanak-Kanak di 34.Bishop Penang - KhatyAiman KhatyAiman: Ada Sesuatu Yang Menarik Minat Kanak-Kanak di 34.Bishop Penang
Textual description of firstImageUrl

Ada Sesuatu Yang Menarik Minat Kanak-Kanak di 34.Bishop Penang

khatyaiman | 7/26/2019 05:36:00 pm | 23 Komen

Menjamu Selera Dengan Gembira Tatkala Ada Sesuatu Yang Menarik Minat Kanak-Kanak di 34.Bishop Penang

Hai semua. Khaty nak kongsi sedikit mengenai tempat makan yang seronok, santai dan sangat sesuai dengan Kanak-kanak. 34 Bishop penang. Bila ada anak kecil, bukan Mudah tau nak buat keputusan untuk makan kat luar. Nak pula cafe yang cantik dan eksklusif kan. Cafe 34Bishop ini  Menyediakan masakan menu barat dengan sentuhan gaya Asia membuatkan setiap menu hadir dengan pelbagai rasa.

Sewaktu kaki melangkah masuk ke cafe 34.Bishop,mata tertumpu disuatu sudut yang sangat menyejukkan mata. Aquarium. Menempatkan beberapa jenis ikan yang unik dan eksotik membuatkan pelanggan yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mendekatinya dengan lebih dekat. Ada di antara ikan tersebut telah mencecah umur 30 tahun. Wau, sangat hebat Dan kagum. Kelihatan ikan tersebut tidak begitu aktif dan sesuailah dengan umur nya itu. Bagus idea pemilik cafe ini dalam mencari kelainan konsep cafe 34 Bishop ini. Kan dah cakap memang sesuai dengan Kanak-kanak. Mereka paling gembira dan teruja mengenai ikan-ikan tersebut. Ibarat seperti mini aquarium untuk mereka. Jadi ibu bapa boleh makan dengan gembira OK.











Sambil itu, boleh la melihat menu yang ada. Wau, Sungguh menggiurkan nafsu makan. Semua Sedap. Eh sekejap, Halal tak? Ye la sebab cafe pork-free kan. Jangan risau jangan ragu sebab pembekal bahan me ntah cafe 34 Bishop ini semuanya Halal dan juga cafe  sudah mendapat sijil Halal  memboleh kan mereka beroperasi dan menghidangkan menu buat pelanggan beragama Islam.

Melihat kan menu pembuka Selera sahaja dan memikat mata dan hati.



mushroom soup + garlic toast
(ini sangat Sedap Dan memang memenuhi citara Selera khaty. Anak-anak pun suka.)



crispy chicken fingers
( ini memang menu memikat hati Kanak-kanak. Tidak pedas dan rasa ayam yang ranggup)



smoke salmon salad
(OK bagi penggemar salad, sangat sesuai dan Sedap. Menu yang ringan untuk pembuka Selera)



buffalo wings
( OK yang ini khaty bagi amara buat yang tidak suka pedas, tapi bagi mereka yang memang kebal bab pedas, super awesome arr rasa dia. Pedas terangkat)

Dah selesai pembuka Selera, jom kita tengok main menu yang memang menjadi pilihan ramai.



signature lamb shank
( isi kambing yang lembut, sos yang pekat dan cukup rasa, akan meruntun segala jiwa Dan rasa anda. Memang ini ada lah menu yang paling laris dan wajib repeat bila anda datang lagi)



signature fried rice with grilled sambal chicken
( OK untuk anda yang memang tak boleh berpisah dengan nasi, taraaa. Nasi yang agak pedas bagi khaty tapi membuatkan khaty mengulang makan.)



french duck confit
( buat penggemar itik, ini dia menu yang menarik buat anda untuk cuba. Walaupun khaty baru pertama kali cuba, tapi rasa dia tidak lah teruk sangat pun itik ni. Sesuai dap macam ayam juga) 



- grilled honey lemon chicken with marinara pasta


surf & turf



- salted egg yolk chicken chop




- creamy fettuccine with chicken and assorted mushroom



- salmon with tomato salsa


Piri-piri chicken

Baverages & Dessert



iced lemon tea



Iced premium chocolate latte 



iced cafe latte



passion mint Mojito & honey lemon 


bananas foster


chocolate sundae


cheesecake


brownie 

Untuk info lanjut :-
Address :
34, Lebuh Bishop, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Tel : 012-405 1784
Google maps :
https://goo.gl/maps/vL7i4nWqW6mmWnYz9


Jadi boleh la anda merancang untuk  bawa anak-anak masa cuti sekolah atau hari minggu nanti. Hiasai pengalaman mereka biar ianya kekal sehingga besar nanti. 

23 comments:

  1. Menarik sangat ha...semua menu buat SA yg tengah pantang makan ni menggelupur..sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  2. macam mana rasa makanan ini? sedap ke? and harga dia affordable ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan memang sedap mengikut citarasa sendiri, harga memang affordable dan ada menu yang portion besar.

      Delete
  3. so tempting.. i feels hungry liao.. the environment looks very cosy and comfy too.. great choice of food available.. yummy!

    ReplyDelete
  4. menu dia sangat-sangat menarik. harga dia okay tak? kedai nampak macam sempit je bila ramai orang. tapi nampak kemas.

    ReplyDelete
  5. Menariknya tempat dia. Menu dia pulak aduhhhh sedap2 kena dengan tekak nora ni. Tapi suami mesti tak suka. Hahahah.. Kalau ada rezeki ke penang nak carilah kafe ni.

    ReplyDelete
  6. alahaiii...terasa lapar pulak tengok hidangan tu dah la tengah hujan kat sini dan paling menarik pastinya mushroom soup yang jadi fav sy

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap semua menunya. Tambah2 desert ya. Dah lama jugak saya tak makan makanan manis. Haha terima kasih atas perkongsian ya

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. hehe. Terima kasih sudi bekongsi tempat yang menarik. Tidak sangka di Pulau PInang ada tempat yang cantik dan menarik sebgini. Insha Allah jika ada peluang Naim akan mencuba makanan di sini,

    ReplyDelete
  9. Terlioq tengok makanan dia, nampak sedap2. Kalau ada peluang ke sana nanti boleh le sis singgah

    ReplyDelete
  10. Ini bukan anak-anak, mak anak iaitu Syaza lagi suka melompat nampak hahaha. Sedapnya semua makanannya :)

    ReplyDelete
  11. Banyak makanan2 menarik di bishop ni ye. Lamp tu nampak mcm sedap. Mesti mahal kan 100 lebih ? Nampak mcm mak anak lg seronok dpt makanan ni je 😬😬

    ReplyDelete
  12. Mesti anak2 seronok pegi ke cafe ni....disamping makanan yg sedap2 tu, ada pula sudut pandangan yg dihias cantik...

    ReplyDelete
  13. Uishhh... tengok post ni pagi-pagi terus terliur. Bestnya tengok makan-makanan yang ada di kedai ni. Environment pun macam best je. Harap harga berpatutan la.

    ReplyDelete
  14. Adudu.. Sedapnya semua menu2 dia.... Yg pasta tu.. Aduhhhhh sedapnyaa AA khaty

    ReplyDelete
  15. sesekali bawa anak keluar makan kat cafe g mcm gini best kan? menu sedap... suasana pun okay... sedap tu tengok semua menu dia... ohsem!!

    ReplyDelete
  16. Ya Allah nie memang menarik sangat nie. Nampak sedap betul menu yg dihidangkan di sni. Meriah ! Harganya quite okay. Mampu untuk ditelan lah. Okay nanti nak singgah kalau berkesempatan ke sana ya

    ReplyDelete
  17. Tempat dia nampak best..makanan pun semua nampak sedap..kalau ke penang boleh la datag sini cuba..

    ReplyDelete
  18. menu nampak menarik...terlioq k mid...hahaha...yang penting klu bawak anak2 depa enjoy...kita pun enjoy kan..kalau depa tak suka...alamat tak bestlah kan...

    ReplyDelete
  19. dududuud, tengok makanan masa ni be like... hehhe, tapi best jugak kan. next trip boleh plan ke sini.

    ReplyDelete
  20. Wah cantiknya cafe ni sis. tengok menu dia pun betul betul menyelerakan tu. nanti kalau ke Penang boleh singgah ni.

    ReplyDelete
  21. Nampak kemas je susun atur cafe ni kan..yang buat saya kagum tu tengok aquariumnya yang bersih dan cantik. Menu pula boleh tahan sedapnya :) Thnaks review..

    ReplyDelete
  22. Sedap betul makanan-makanan tu. Rasa nk fly je ke penang skang!hehehe. Suke konsep restoran ni. Tenang jer..

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com