Safi Balqis │Biarkan Udara Halus Menerokai Wajah Dengan Gembira - KhatyAiman KhatyAiman: Safi Balqis │Biarkan Udara Halus Menerokai Wajah Dengan Gembira
Textual description of firstImageUrl

Safi Balqis │Biarkan Udara Halus Menerokai Wajah Dengan Gembira

khatyaiman | 7/14/2019 08:00:00 am | 3 Komen

Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection Biarkan Udara Halus Menerokai Wajah Dengan Gembira 

Masalah kulit kering, kusam, tidak bermaya, berminyak dan tidak sihat akan menyebabkan tekanan perasaan dalam diri seorang wanita khususnya dalam melakukan aktiviti seharian. Di tambah pula apabila anda memang berhadapan dengan orang ramai sepanjang hari, ini akan menyebabkan anda  berasa kurang yakin untuk tampil berinteraksi dengan mereka. Adakah anda mahu menunggu lagi sehingga masalah ini semakin serius? Khaty nak kongsi satu produk yang mana khaty telah guna dan ianya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menggunakannya dan hasilnya serius sangat bagus. Memperkenalkan Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection untuk membantu anda mendapatkan kembali senyuman di wajah anda.

Seperti biasa, apa jua produk yang kita guna, biarlah ianya secara sederhana dan konsisten dalam tempoh yang panjang. Nak cantik bukan sehari dua, tetapi biarlah sehingga ke hujung nyawa. Jadi jaga dan lindungi kulit wajah sehingga tempoh itu.

Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection merupakan satu produk terbaru keluaran Safi untuk menemui anda yang menghadapi masalah di atas dan iana telah diuji secara dermatologi.  Penggunaan 2 kali sehari dapat membantu memberikan kesegaran dan 2x kali penghidratan pada kulit wajah. Malahan ianya cepat meresap ke dalam kulit wajah tanpa meninggalkan kesan melekit. Seterusnya ianya juga boleh mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infared ( IR ) dengan pelindung IR. Selain itu juga ianya bertindak sebagai perisai yang bagus untuk melindungi kulit dan mengunci tahap kelembapan secara mendalam dan optimun sepanjang hari dengan bantuan dari 5 jenis Hydraulik asid seperti :-
  1. Macro Hyaluronic Acid
  2. Bio- Hyaluronate
  3. Oligo-Hyaluronic Acid
  4. Nano Hyaluronic Acid
  5. Super Nano Hyaluronic Acid

Cara penggunaan Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection

Ok senang sahaja cara nak guna. Selepas anda cuci muka dengan pembersih muka, tuang sedikit Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection ke tapak tangan dan sapu serta tepuk-tepuk lembut keseluruh wajah biar cepat sedikit proses penyerapan itu terjadi. Pakai 2 kali sehari, kiranya afdal selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Ini masa yang khaty selalu buat sebab masa tu belum terasa nak pakai apa-apa produklagi. Biar segar muka. Tak ada lah nak nampak macam muka kak limah balik rumah kan.

Khaty dah guna Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection hampir 2 minggu. Dan yang paling seronok sebab tak perlu nak bawa lagi penyegar atau pelembab sebab Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection dan memenuhi bahagian mereka. Kiranya macam 2 in 1 Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection

Anda yang nak cuba, boleh cari di pasaraya atau pun pembelian di shopee mahupun lazada. Jadi mengapa perlu banyak item sedangkan Safi Balqis XY Whitening Hydration Lotion With IR Protection sudah melengkapkan hari anda. Boleh juga layari  www.safi.com.my untuk info lanjut.

3 comments:

  1. safi ni dah ada dari dulu lagi. Boleh dipercayai...

    ReplyDelete
  2. Best 2 in 1 senang pakai, senang bawa travel

    ReplyDelete
  3. cantiknya muka Khaty.. Safi balqis memang terbaik

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com