Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab - KhatyAiman KhatyAiman: Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab
Textual description of firstImageUrl

Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab

khatyaiman | 8/16/2019 01:06:00 pm | 4 Komen

Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab 


Assalamualaikum hai semua
Kegatalan serta kulit kepala yang sentiasa berminyak membuatkan kita jadi rimas dari sehari ke sehari. Ditambah lagi dengan kelemumur yang semakin menebal di kulit kepala.Itulah masalah rambut utama yang sering dialami wanita bertudung. Yup! Lebih parah lagi apabila rambut gugur. Terus hilang keyakinan diri kan? Macam mana nak jaga rambut berkelemumur terutamanya bagi wanita muslimah yang berhijab?


Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab Dengan Safi Shayla

Dizaman era teknologi yang serba canggih ini, banyak maklumat yang boleh di cari dengan hanya menggunakan jari jemari yang comel ini. Jadi akan terpaprlah pelbagai maklumat, fakta dan sebagainya mengenai permasalahan yang di cari iaitu Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab. Jadi dah tahu kan, mai nak kongsi sedikit bersama anda. Sebelum itu,walau sesibuk mana pun kita berkerja mahupun melakukan apa jua aktiviti, janganlah diabaikan penjagaan rambut meskipun ia ditutup dengan helaian tudung dan selendang sepanjang  hari. Jika jarang dicuci, kerak kepala seperti kelemumur dan peluh mula berdaki di kulit kepala membuatkan kepala kita berbau dan kesihatan rambut juga terjejas sekaligus membuatkannya jadi rapuh dan tidak bermaya.

Untuk itu, jom khaty kongsikan beberapa tips untuk penjagaan rambut berkelemumur bagi wanita muslimah yang berhijab.

1. Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran dan berkelemumur lebih tinggi. Pastikan anda menyikat kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut di kulit kepala untuk seketika.

2. Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya takut boleh  membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah. Bagi yang rambut jenis kerinting, baik anda amalkan sebab memang senang bergumpal kan rambut. 

3. Guna syampu yang sesuai. Sila dapatkan nasihat pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif. Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas dirumus untuk wanita bertudung -dipilih mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut. Ini khaty nak rekomen sedikit mengenai syampu dari Safi Shayla. Yang mana pihak Safi Shayla telah mengeluarkan beberapa item syampu yang sesuai unuk beberapa jenis masalah kulit kepala khususnya kelemumur bagi wanita muslimah yang berhijab.


Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab Dengan Safi Shayla

Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab Dengan Safi Shayla

Syampu safi shayla ini sangat bagus. memang sesuai dengan tagline nya, pakar rambut wanita bertudung. Di astrak dengan gabungan bahan yang terdiri daripada micro bamboo charcoal, habbatus sauda dan micro ZPT complex berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan keharuman segar sehingga 48 jam

Micro Bamboo Charcoal
Arang buluh Mikronisasi adalah bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau masam dari kulit kepala dan rambut

Habbatus Sauda
Menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikan rambut

Micro ZPT Complex
Agen anti-kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur 

Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab Dengan Safi Shayla

Ok ini memang baru tahu. Mask untuk kulit kepala. lain kan. Selalu guna dekat wajah sahaja. Ok masker penyegar kulit kepala untuk kawalan kelemumur di kepala terdiri daripada bahan micro bamboo charcoal, minyak organik habatussauda dan menthol. Ianya bertindak untuk 100 subjek bagi  cucian yang pertama dimana tiada lagi kulit gatal, bau masam dan menyerap minyak agar kulit kepala sihat dan segar. Tahan sampai 48 jam, wauu lamakan.

Micro Bamboo Charcoal
Menghilangkan minyak dan bau masam dari kulit kepala dan rambut

Minyak Organik Habbatus Sauda
Kaya dengan nutrien yang membantu melindungi dan menyuburkan kulit kepala

Menthol
Menyegarkan dan menyamankan

Penjagaan Rambut Berkelemumur Bagi Wanita Muslimah Yang Berhijab Dengan Safi Shayla

Macam biasa, minyak rambut memang khaty akan guna selepas dah selelai keringkan rambut. Ye lahnak bagi rapi, lembut dan kelihatan berkilau dan menawan gitu. Miinya rambut anti kelemumur dari safi shayla ini juga sangat wangi dan mudah meresap ke setiap helaian rambut. Boleh jadikan lotion tangan juga sebab wangin dan lembut. Patut la segar dan wangi sebab ada menthol dan juga Minyak Organik Habbatus Sauda.

4. Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.

5. Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!

6. Sila pakai anak tudung yang berasaskan material kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau kurang enak. 
Pakai material tudung yang nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat melekap di kepala. Ini bagi memberi pengaliran udara yang sempurna buat rambut dan kulit kepala.

Sebenarnya ada pelbagai dan banyak tips, tapi suka khaty nak kongsi bersama anda tips yang seperti ini. Sekali sekala boleh juga manjakan diri dengan pergi spa rambut, ada tak? Ataupun pergi ja mana-mana tempat yang boleh rawat rambut yang juga merupakan mahkota penting bagi seorang wanita.



Ok , nak kongsi berita baik mengenai satu promosi dari Safi Shayla di mana, dengan pembelian bernilai RM35 , anda layak mendapat salah satu beg comel bertema kan We Bare Bears limited edition. Cara nak dapatkan pun agak mudah sahaja, anda pergilah ke mana-mana farmasi dan pasaraya terpilih berdekatan atau pun terus ke laman web : safi.com.my/ . Jangan tunggu lama-lama nanti tak dapat beg yang comel tu.

4 comments:

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com