ID.AZ Fit-Mask | Menegangkan, melambabkan dan mencerahkan kulit wajah.
Penggunaan mask khaty lebih suka menetapkan ianya pada waktu malam kerana pada masa itu adalah waktu yang paling tenang. Kurang 2 jam dari waktu tidur memang sangat sesuai. Khaty suka mencuba pelbagai jenis mask kerana ianya mempunyai kesan yang tersendiri kepada emosi dan ketenangan wajah. Ye lah kan, seharian penat bekerja tidak kisahlah di rumah mahupun di mana sahaja, kena belai wajah dengan baik kan.Terbaru khaty telah mencuba mask dari keluaran ID.AZ dari negara korea. Apa istimewa yang Mask ID.AZ ini, khaty akan kongsikan bersama dengan anda.
