Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang - KhatyAiman KhatyAiman: Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang
Textual description of firstImageUrl

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

khatyaiman | 10/01/2019 03:21:00 pm | 3 Komen

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kepada anda yang gemar mengunjungi Pulau pinang, jangan lupa untuk singgah ke Tech Dome Penang yang berada berdekatan dengan KOMTAR salah satu mercu tanda bagi Negeri Pulau Pinang. Banyak perkara yang anda akan alami dan pelajari apabila terjebak masuk ke dalam Tech Dome Penang. Khaty juga sangat teruja dan tidak menyangka betapa hebatnya mereka-meraka yang bertanggungjawab dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program di dalam Tech Dome Penang tersebut. Ianya juga adalah pusat sains yang pertama di Pulau Pinang. Banggakan.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Apa itu Tech Dome Penang?

Tech Dome Penang adalah inisiatif oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan hub untuk pembelajaran teknologi dan pertukaran idea. Ia akan menjadi kenderaan untuk meningkatkan keupayaan saintifik dan keupayaan teknologi di Malaysia.



Ianya terletak di kubah geodesic KOMTAR yang bersebelahan dengan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town di Pulau Pinang, pengunjung akan melalui dunia teknologi yang menarik dan bagaimana mereka bekerja dengan meneroka pameran bertaraf dunia di galerinya. Program akan kerap dijalankan untuk sekolah, kolej dan keluarga yang direka khas untuk memupuk semangat penyelidikan dan mengajar kanak-kanak dan remaja kemahiran yang diperlukan untuk berkembang maju seiringing dengan zaman berteknologi berasaskan pengetahuan.
  • Untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak dan pelajar untuk menjadi teknolog masa depan dan memupuk minat untuk menggunakan dan mencipta teknologi.
  • Untuk memupuk semangat siasatan dan memupuk semangat untuk berkembang maju dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi.
  • Untuk mempamerkan kemajuan teknologi dan inovasi dunia.
  • Untuk mempromosikan konvergensi teknologi, industri dan orang ramai.
Mereka percaya bahawa pembelajaran adalah perjalanan seumur hidup penemuan dan bukan hanya terhad kepada pelajaran sekolah. Keluarga, orang dewasa muda dan usahawan sentiasa mencari idea baru dan cara yang merangsang dan bermakna untuk menghabiskan masa mereka. Dengan mencipta Tech Dome Penang, mereka akan menawarkan pembelajaran dengan penuh keseronokan  dan tempat untuk berkongsi idea dan inspirasi.


Bagi Pulau Pinang dan Malaysia untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi global, kita mesti terus memupuk dan membangunkan keupayaan kita untuk menggunakan dan  mencipta teknologi. Walau bagaimanapun, Kajian Trend Antarabangsa dalam Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) menunjukkan bahawa piawaian matematik dan sains di kalangan pelajar Malaysia telah menurun sejak 2003 dan berbanding dengan negara-negara lain, Malaysia adalah negara dengan penurunan terbesar dan paling drastik skor dari tahun 1999 hingga 2011.

Menurut Kementerian Pelajaran, semakin berkurangan pelajar mengambil subjek sains di peringkat STPM. Ini menunjukkan bahawa pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian dalam bidang sains, kejuruteraan dan teknologi. Tech Dome Penang bertujuan untuk mengembalikan trend ini dan akan berusaha untuk memupuk rasa ingin tahu dan memupuk semangat untuk berkembang maju dalam bidang ini.

Pulau Pinang STEM 4.0 dilancarkan secara rasminya oleh bekas Menteri Besar Pulau Pinang (sekarang Menteri Kewangan), Yang Berhormat Lim Guan Eng pada Julai 2017 untuk menggabungkan pelbagai organisasi pembelajaran STEM bebas dalam cara yang terselaras untuk bersama-sama mewujudkan ekosistem sinergi di Pulau Pinang.


Tech Dome Penang, @CAT, Penang Digital Library, PSDC, Penang Science Cluster, PMP
Seperti belajar Fizik Dan Kimia.

Semasa berada di dalam pusat Tech Dome Penang, dapat di lihat ianya terbahagi kepada 2 tingkat. Untuk di tingkat bawah, lebih kepada Sains Fizik di mana banyak menggunakan keupayaan anggota tubuh badan. 


Dapat dilihat pelbagai jenis permainan yang perlu mengeraakan tubuh badan anda bagi menghabiskan sesuatu permainan. Jok kita tengok beberapa aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Tech Dome Penang yang sempat khaty buat sebab ada yang tak mampu khaty buat kerana terlalu mencabar.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Siapa nak uji keberanian dan ketahan fizikal boleh cuba .

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Ini macam rock climbing tau, tapi tahap susah lah. Bagi khaty, mungkin anda yang sudah biasa macam cool kan.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Ini jambatan yang dibina tanpa tiang. hebat kan

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Ini pun menarik juga sebab nya pergerakan dalam gambar akan bergerak mengikut tubuh badan kita. 

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Sapa nak cuba jadi matrik boleh datang sini. Ada 3 level. Uji kemampuan anda dalam bergerak secara selamat.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Ini view dari tingkat 2. nampak tak, memang khaty tak naik permainan tu, dengan dayat dan takut tinggi. Tapi tengok orang naik nampak mudah saja.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Di tingkat atas pula, anda akan mengalami seperti subjek Sains Biologi. Di mana banyak didedahkan ruangan dalam anggota manusia dan juga penghasilan tenaga dari pelbagai sumber. Apa yang menarik disini, seiring dengan zaman teknologi yang semakin meningkat, dapat di lihat keupayaan dalam membuat sesuatu aktivit supaya ianya menjadi lebih menarik perhatian para pengunjung.


Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Ok ini adalah permainan yang memang akan menguji minda. Tapi bagusnya ada tips macam mana nak habiskan permainan tersebut. Tips nya, pastikan anda pindah mengikut warna yang berlainan. Bunyi senang bila buat pening.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Ini adalah sesuatu yang sanat menarik. Anda perlu letakkan hujung jari anda supaya aliran letrik tersebut di rasai. Nampak tak lampu juga boleh menyala apabila ada 2 sentuhan tapak tangan di tempot jana kuasa tersebut. bagi khaty sangat kagum.

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Khaty kongsikan harga  tiket untuk masuk ke Tech Dome Penang bagi anda yang ingin mencuba.

MENGGUNAKAN MYKAD

Kanak-kanak ( bawah 5 tahun )           FREE
Kanak-kanak ( 5-12 tahun  )                  RM 16
Pelajar           ( dengan kad ID )             RM 22
Dewasa         ( 13 tahun ke atas )           RM 28
Warga Emas  ( 60 tahu ke atas )          RM 12
Keluarga        ( 2 dewasa+1 kanak2 )   RM 72

OKU
Kanak-kanak ( bawah 5 tahun )           FREE
Kanak-kanak ( 5-12 tahun  )                 RM   7
Pelajar           ( dengan kad ID )            RM 10
Dewasa         ( 13 tahun ke atas )          RM 14
Warga Emas  ( 60 tahu ke atas )          RM   6

ANNUAL PASS ( terhad untuk masuk Tech Dome Penang untuk setahun )
Kanak-kanak ( 5-12 tahun  )                RM  80
Pelajar                                                      RM 118
Dewasa                                                     RM 150

HARGA BIASA

Kanak-kanak ( bawah 5 tahun )           FREE
Kanak-kanak ( 5-12 tahun  )                 RM  32
Pelajar           ( dengan kad ID )            RM  44
Dewasa         ( 13 tahun ke atas )          RM  56
Warga Emas  ( 60 tahun ke atas )       RM  24
Keluarga        ( 2 dewasa+1 kanak2 )   RM144

OKU
Kanak-kanak ( bawah 5 tahun )           FREE
Kanak-kanak ( 5-12 tahun  )                 RM 14
Pelajar           ( dengan kad ID )            RM 20
Dewasa         ( 13 tahun ke atas )          RM 28
Warga Emas  ( 60 tahu ke atas )          RM 12

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Kembara Dunia Sains Di Techdome Penang

Jadi jangan berlengah lagi, rasai pengalaman yang menarik apabila anda berada di Tech Dome penang. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari di :-

KOMTAR Geodesic Dome,
Jalan Penang,
10000 Georgetown,
Pulau Pinang,
Malaysia
Email: info@techdomepenang.org
Phone: +604 2626 663 / +604 2519 915

3 comments:

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com