Chu char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C'est Si Bon - KhatyAiman KhatyAiman: Chu char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C'est Si Bon
Textual description of firstImageUrl

Chu char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C'est Si Bon

khatyaiman | 11/04/2019 10:00:00 am | 0 Komen

Chu char Ikan Bakar Semi Buffet Dinner By C'est Si Bon Di Vouk Hotel

C'est Si Bon restoran di vouk hotel menawarkan  Chu Char Ikan Bakar Semi buffet Dinner di Vouk hotel yang memperlihatkan pelbagai makanan lazat yang dibuat dari makanan laut mewah dalam gaya memasak asia tenggara untuk menggelitik lidah anda, membawa anda pengalaman makan yang terkemuka

Mengetengahkan seabass dan live crabs, pengunjung di bawa untuk merasai kesegaran dari ikan ke kerang. Anda mesti cuba  hidangan kukus termasuk beras putih wangi, Soup of The Day, menu  asian dan barat seperti ulam dengan pelbagai bumbu untuk perasa tambahan, salad kentang, salad pasta dan salad pesto.







Dari laut akan dihidangkan ke meja anda, hanya makanan laut yang segar sahaja akan dibawa masuk ke dalam menu. Menawarkan jenis masakan yang pelbagai sepeti Deep Fried fish Nyonya Style, Teochew Style Steamed Fish, Kam Heong Clams dikalangannya antara lain yang disesuaikan dengan selera yang berkhasiat.



Dimulakan dengan menu yang pernah memenangi award chef signature adalah Three flavoured Sauce deep fried fish. Untuk menambah lagi sensasi kesegaran menu ini, mereka mencadangkan menu yang paling popular iaitu Deep Fried fish with Kerabu Salad. Selain itu, termasuk juga Ikan Bakar, Garlic Butter Prawns di kalangangnnya.Tidak dilupakan juga untuk anda mencuba hidangan sampingan seperti Egg and Vegetables dimasak dengan pelbagai cara.



C'est Si Bon restoran di vouk hotel telah melengkapkan dan memudahkan kepada sesiapa sahaja untuk memilih menu yang ada. Ianya juga sesuai untuk yang membawa keluarga ataupun sabahat handai.Untuk set KELUARGA 2-4 orang, akan termasuk sekali adalah SeaBass, dimasak ikut cara yang di minta. 1 pinggan sayur campur, telur dadar dan tidak dilupakan pilihan ramai Deep Squid yang lembut.Semua dalam satu harga sahaja RM88/nett.






Satu menu untuk kumpulan yang besar 6-8 orang, terdapat  ingray ( ikan  pari ) and SeaBass, di masak  mengikut keinginan pelanggan. Telur goreng thai dan sotong goreng yang rangup diluar lembut didalam pada harga yang berpatutan Rm118.00nett.Untuk tetamu lingkungan 10-12 orang, mereka juga menawarkan Sea Bass dan Ikan pari mengikut cara masakan yang di pilih oleh tetamu. Kam Heong Clams, brokoli ikan masin, telur Bistik, dan Sotong Goreng pada harga RM158nett. Menu juga dilengkapkan dengan beberapa jenis buah-buahan seperti nenas, betik tembikai dan Home Made Jellies untuk pemanis mulut.







C'est Si Bon Restoran di Vouk Hotel Suites Penang's 'Chu Char Ikan Bakar' Semi buffet Dinner boleh didapati pada setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 7.00pm sehingga 10.00pm sehingga akhir tahun. Boleh buat bayaran menegikut yang disediakan.

Untuk tempahan dan sila hubungi +604 3708333.

Untuk maklumat lanjut:-

Vouk Hotel Suites
Email : marcon@voukhotelsuites.com.my
Tel : +604 229 9333 extn 401
Fax : +604 229 5555
Website : voukhotelsuites

No comments:

Post a Comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com