EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth BAHARU
Mengembalikan
Keremajaan Wajah dalam masa 3 Hari
Wanita Jepun
mempunyai raut wajah seolah-olah tidak menjangkau usia. Rejim penjagaan wajah
serta amalan pemakanan yang sihat harus dikreditkan kepada kulit halus, anjal dengan
kompleksi selicin porselin. Kini anda juga boleh memiliki kulit wajah yang muda
remaja tanpa cela bagaikan wanita Jepun dengan rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth.

Kesemua
produk di bawah rangkaian EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth
mengandungi 100% ekstrak tumbuhan yang membantu melawan tanda-tanda penuaan. Ume, turut dikenali sebagai Aprikot
Jepun, digunakan secara tradisional dalam perubatan Jepun untuk melembutkan
serta menyamaratakan tona kulit disebabkan anti-glycation yang terkandung,
menentang kesan penuaan sehingga ke lapisan sel kulit seperti kedutan,
kehilangan keanjalan, perubahan warna, dan fungsi pertahanan kulit terjejas. Wakame Seaweed, yang kaya dengan
Phyto-collagen pula membantu mengurangkan kedutan dan garis halus, manakala Minyak Rosehip berupaya untuk
menguatkan lapisan pertahanan kulit, mengekalkan lembapan, serta mengurangkan
bintik hitam.
Rangkaian EVERSOFT SKINZ Timeless Youth
mengandungi 5 jenis produk berfungsi bagi tujuan anti penuaan dan amat berkesan
apabila digunakan mengikut aturan:
EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective
Cleansing Foam - (100ml RM20.90*)
Pembersih buih ini bebas-sabun, mengandungi
kadar pH seimbang, dan lembut pada kulit. Ia menanggalkan kotoran, menghindari
pencemaran berbahaya dan mengekalkan kelembapan kulit. Kulit tetap licin dan
lembut.
EVERSOFT SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Toning Lotion – (100ml RM29.90*)
Toner berasaskan air ini ringan, dan cepat meresap ke dalam kulit. Ia
memberikan 2x penghidaratan segera, mengunci lembapan sepanjang 24 jam,
mengecilkan pori, serta menggalakkan penghasilan pertahanan kult untuk
penghidratan kulit wajah dari dalam.
EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective Replumping Repair Serum – (30ml RM69.90*)
Produk
penting untuk rejim penjagaan kulit wanita, terbukti untuk mengurangkan kedutan
agar kulit tampil licin dan anjal dalam masa 3 hari. Tidak berminyak, pantas
meresap, dan mempunyai sentuhan sehalus baldu direka khas untuk meningkatkan
penghasilan kolagen, mengurangkan kedutan, menguatkan pertahanan kulit, dan
menghindar dari kehilangan lembapan. Sesuai digunakan pada muka dan sekitar
kawasan mata.

EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective
Day Defence SPF 30 PA++ – (40g RM45.90*)
Pelembap
bertekstur ringan, tidak melekit dan pantas meresap dengan 3x kesan pelembap
dengan SPF30 PA++ untuk perlindungan sepanjang hari daripada sinaran UV berbahaya
yang menyumbang kepada penuaan kulit. Penggunaan pelembap ini akan meningkatkan
keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.

EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth Multi-Corrective
Night Solution – (40g RM49.90*)
Rawat dan baiki kulit wajah yang rosak dengan pelembap berasaskan air yang tidak melekit ini, selepas terdedah kepada faktor alam sekitar yang berbahaya sepanjang hari, seperti pencemaran, suhu lembap, dan udara kering dari penghawa dingin. Selain itu, tekanan kerja harian juga merupakan faktor penyumbang kepada penuaan kulit. Pelembap Malam ini mampu mengekalkan lembapan kulit sehingga 12 jam dan meperlahankan proses penuaan. Pengguna akan dapat mengalami kulit yang anjal, halus, licin, serta liang pori semakin mengecil.
Gaya hidup yang terdedah kepada panas terik dan sinaran ultra ungu yang merupakan punca kepada penuaan kulit pramatang menjadi penyebab kebimbangan ramai. Selain itu, perubahan suhu dan cuaca turut memberi kesan kepada keanjalan kulit kita, menjadikan EVERSOFT SKINZ Timeless Youth ini penyelesaian terbaik bagi mengurangkan semua masalah dan kebimbangan terhadap penuaan kulit pramatang. Dengan penggunaan berterusan rangkaian lengkap penjagaan wajah EVERSOFT SKINZ Timeless Youth, anda akan dapat menyaksikan perubahan pada kontur wajah yang kelihatan lebih anjal, tegang, sihat dan berseri dalam masa 3 hari!
Rangkaian penjagaan wajah EVERSOFT
SKINZ Timeless Youth boleh didapati di semua farmasi utama dan pasaraya
terkemuka seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook
rasmi EVERSOFT SKINZ di https://www.facebook.com/EversoftSkinz/
*Harga
tertera adalah termasuk 6% SST.
Superbly written article, if only all bloggers offered the same content as you, the internet would be a far better place. Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802