WONDERFLY MELANCARKAN ‘PROJECT SEA’ DALAM USAHA MEMULIHARA KEHIDUPAN LAUT - KhatyAiman KhatyAiman: WONDERFLY MELANCARKAN ‘PROJECT SEA’ DALAM USAHA MEMULIHARA KEHIDUPAN LAUT
Textual description of firstImageUrl

WONDERFLY MELANCARKAN ‘PROJECT SEA’ DALAM USAHA MEMULIHARA KEHIDUPAN LAUT

khatyaiman | 11/14/2019 03:55:00 pm | 3 Komen

WONDERFLY MELANCARKAN ‘PROJECT SEA’ DALAM USAHA MEMULIHARA KEHIDUPAN LAUT
Sertai Wonderfly di Aquaria pada 30 November untuk inisiatif yang berteladan dan menyeronokkan

KUALA LUMPUR, 13 November 2019 – Ekoran pelancaran aplikasi mudah alih mereka, pelantar aktiviti pelancongan Malaysia Wonderfly melancarkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) pertama mereka dengan Project SEA: Save the Environment & Animals. Projek ini merupakan kerjasama bersama Aquaria KLCC dan Boost, yang bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan kehidupan laut. Inisiatif ini juga bertujuan untuk membiayai usaha pemuliharaan yang berterusan oleh Reef Check Malaysia (RCM). 
WONDERFLY MELANCARKAN ‘PROJECT SEA’ DALAM USAHA MEMULIHARA KEHIDUPAN LAUT  Sertai Wonderfly di Aquaria pada 30 November untuk inisiatif yang berteladan dan menyeronokkan
Dengan matlamat sumbangan sebanyak RM10,000, Wonderfly memberikan komitmen untuk mendermakan sebahagian daripada keuntungan jualan tiket Aquaria KLCC pada 30 November bagi menjayakan inisiatif ini. Boost, yang juga merupakan rakan kongsi e-wallet mereka, turut menyediakan jualan tiket ini di dalam aplikasi mereka.

"Kami cukup teruja untuk memperkenalkan inisiatif CSR pertama kami. Pemuliharaan kehidupan laut merupakan suatu isu yang penting dalam industri pelancongan, dan kami amat bersyukur kerana Aquaria KLCC dan Boost turut serta sebagai rakan-rakan seperjuangan dalam usaha ini. Dengan Project SEA, pelawat Aquaria KLCC akan berpeluang mempelajari mengenai pemuliharaan kehidupan laut dan inisiatif hijau yang dipraktikkan sambil menikmati pengalaman Aquaria KLCC. Sebagai langkah inisiatif hijau, Wonderfly menyediakan pembelian tiket masuk ke Auqaria KLCC atas talian tanpa penggunaan kertas,” kata Triston Puah, Ketua Pegawai Eksekutif Wonderfly.

Pemapanan keindahan pantai bersih
Ekopelancongan merupakan sektor penting di Malaysia, namun perbuatan pembuangan sampah merata-rata boleh mencemari pantai dan menjejaskan kehidupan laut. Mujurlah terdapat organisasi-organisasi seperti RCM yang ditubuhkan untuk menangani isu-isu sebegini serta memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan akan kepentingan pemuliharaan alam. 

RCM bertujuan untuk mendidik dan bekerjasama dengan komuniti tempatan untuk mengambil langkah-langkah yang diperlukan bagi melindungi ekologi marin. Pada bulan September 2019, RCM telah mengadakan aktiviti pembersihan di 100 pantai di seluruh negara. Secara keseluruhan, mereka telah mengumpulkan hampir 35,000kg sampah, termasuklah 137,865 botol plastik, 77,075 pembungkus makanan, dan 59,418 puntung rokok. 

“Memang benar bahawa lautan dan pantai kita sangat memerlukan bantuan, apatah lagi dengan kehidupan laut kita yang sedang menderita. Kami amat bersyukur kerana Wonderfly menyandang keyakinan terhadap inisiatif kami dengan matlamat yang sama dan telah memilih untuk memberikan pendorongan melalui Project SEA. Sumbangan yang dikutip akan digunakan dengan baik dalam pelbagai projek konservasi kami di seluruh negara, antaranya program kemasyarakatan dan pengurusan sumber laut,” jelas Julian Hyde, Pengurus Besar RCM.

Selain daripada menyumbang secara kewangan, pasukan Wonderfly juga akan mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai di Pantai Tanjung Piai bersama RCM pada bulan November ini. Di sini, mereka akan dapat melihat dan memahami situasi pencemaran pantai secara langsung. Project SEA bukan sahaja memberi pasukan Wonderfly dan orang ramai peluang untuk memahami pencemaran laut dengan lebih baik, malah membantu mereka menyemai sikap kesedaran terhadap alam sekitar. 

Sertai kami pada 30 November!
Sebagai ganjaran kerana membeli tiket khas untuk melawat Aquaria KLCC pada 30 November, Wonderfly juga akan mengadakan pelbagai jenis acara mesra keluarga yang menyeronokan termasuklah persembahan oleh maskot kartun Didi & Friends dan sesi perkongsian bersama RCM serta tetamu selebriti, Yasmin Hani. 

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wonderfly dalam Project SEA yang merupakan suatu inisiatif yang sangat relevan bagi Aquaria. Di samping meneroka, belajar dan mengenali keistimewaan kehidupan laut di fasiliti kami, kami juga ingin menegaskan kepentingan melindungi lautan yang memulihara pelbagai kehidupan laut. Kami mengalu-alukan kehadiran semua orang, terutamanya keluarga dengan anak-anak kecil, untuk turut serta pada 30 November dan mengetahui cara-cara anda boleh menyumbang kepada usaha pemuliharaan melalui Project SEA,” kata Dato’ Simon Foong, Pengarah Urusan Kumpulan Aquawalk Sdn Bhd.   

Mereka yang berminat boleh membeli tiket khas untuk melawat Aquaria KLCC dan mengambil bahagian dalam acara pada 30 November melalui aplikasi Wonderfly (boleh didapati di iOS dan Android), di https://www.wonderfly.asia, dan juga melalui aplikasi Boost. Sebagai acara eksklusif untuk pelanggan Wonderfly, pelanggan-pelanggan yang belum lagi berdaftar, boleh membeli tiket dari Wonderfly juga. 

"Project SEA hanya merupakan inisiatif pertama kami. Kami berharap untuk memperkenalkan lebih banyak program bagi menangani isu-isu lain yang mempengaruhi sektor pelancongan kami sambil membolehkan pelanggan kami melawati tarikan menarik pada harga mampu milik dengan mudah melalui platform digital Wonderfly,” tambah Puah lagi. 

Tentang Wonderfly
Ditubuhkan pada tahun 2017, Wonderfly adalah platform aktiviti pelancongan berpangkalan di Malaysia. Wonderfly membolehkan para pelancong untuk mencari dan menempah lawatan untuk pengalaman tempatan yang menyeluruh di Asia Tenggara dengan mudah di aplikasi mudah alih Wonderfly (boleh didapati di iOS dan Android) atau melalui laman web. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.wonderfly.asia/.

Tentang Aquaria KLCC
Terletak di tengah-tengah Segitiga Emas di bawah Pusat Persidangan Kuala Lumpur, Aquaria KLCC adalah sebuah akuarium hebat yang menempatkan lebih 5,000 pameran hidupan akuatik dan darat dalam habitat semula jadi mereka dalam kawasan 60,000 kaki persegi.

Antara tarikan termasuklah Living Ocean, laluan tangki terowong lutsinar sepanjang 90 meter di mana anda boleh melihat 7 jenis spesis ikan jerung seperti Sand Tiger, ikan pari gergasi, penyu laut dan hidupan laut yang lain. Pengunjung akan dibawa untuk belajar mengenai kepelbagaian biosfera yang terdapat di Malaysia dan kawasan di luarnya, seperti sungai dan hutan bakau, dan juga persisiran pantai dan lautan yang paling dalam.

Tentang Reef Check Malaysia
Reef Check adalah sebuah organisasi yang komited untuk melindungi dan memelihara terumbu karang Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1996, Reef Check adalah program pengawasan terumbu karang antarabangsa terbesar di dunia yang melibatkan penyelam rekreasi sukarelawan dan saintis marin. Cawangan tempatan mereka Reef Check Malaysia (RCM), telah didaftarkan sebagai pertubuhan tidak beruntung pada tahun 2007 untuk bekerjasama dengan pemegang amanah harta bagi melindungi, memelihara, dan memulihkan terumbu karang di Malaysia. Mereka juga mempunyai program jangka panjang dengan komuniti di 3 pulau yang membantu menguruskan sumber-sumber mereka. 

3 comments:

  1. bagus purpose mereke semoga projek berjaya

    ReplyDelete
  2. Hah baguslah diadakan projek sebegini untuk memulihara hidupan laut kan

    ReplyDelete
  3. Excellent read, Positive site, where did u come up with the information on this posting? What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com