December 2019 - KhatyAiman KhatyAiman: December 2019
Textual description of firstImageUrl

Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir

khatyaiman | 12/31/2019 03:40:00 pm | 7 Komen

Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir 

Pertama kali mendengar tempat 'Sky Mirror", hati terdetik macam mana lah keadaan di sana ya? Setelah menggodek dengan bantuan google, MasyaAllah, indah dan sungguh luar biasa kejadian alam ciptaan Allah di Sky Mirror. Rezeki untuk Khaty, baru-baru ini telah menyertai sekali dengan kumpulan dari tourism yang mana tujuaannya adalah untuk melebarkan sayap mengenai maklumat Sky Mirror kepada orang ramai.
Sky Mirror Kuala Selangor Swafoto Terbaik Di Timbunan Beting Pasir
Textual description of firstImageUrl

KITOHANA | Produk Penjagaan Wajah Untuk Mengekalkan kelembapan Kulit Wajah

khatyaiman | 12/23/2019 05:00:00 pm | 1 Komen

KITOHANA | Produk Penjagaan Wajah Untuk Mengekalkan kelembapan Kulit Wajah

Kulit wajah adalah anggota badan yang paling mudah untuk kelihatan seperti keing,pucat dan mpaling mudah terdedah dengan pelbagai mekanisma yang berlegar-legar di ruang udara. hendak pula apabila kurang minum air, lagi cepat nampak kesan di wajah. Jadi khaty telah bersua muka dengan satu produk iaitu KITOHANA yang mana fokus utamanya adalah untuk melembabkan wajah.
Textual description of firstImageUrl

MALAM PENGHARGAAN KERJASAMA DAN SOKONGAN 2019 BERSAMA MEDIA DAN PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN ANJURAN TOURISM MALAYSIA

khatyaiman | 12/17/2019 08:00:00 am | 4 Komen

MALAM PENGHARGAAN KERJASAMA DAN SOKONGAN 2019 BERSAMA MEDIA DAN PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN ANJURAN TOURISM MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 13 DECEMBER 2019: Tourism Malaysia menganjurkan majlis makan malam istimewa untuk mengiktiraf kerjasama dan sokongan  yang diterima daripada ahli-ahli media dan penggiat industri pelancongan sepanjang tahun 2019. 
MALAM PENGHARGAAN KERJASAMA DAN SOKONGAN 2019 BERSAMA MEDIA DAN PENGGIAT INDUSTRI PELANCONGAN ANJURAN TOURISM MALAYSIA

Textual description of firstImageUrl

Electronics for all generations

khatyaiman | 12/10/2019 03:45:00 pm | 3 Komen

Electronics for all generations


The new year is weeks away, and what better way than to equip ourselves and loved ones with the right gizmos that could help enhance our effectiveness and quality of life. After all, we are always looking to improve our lifestyle. Here are top picks on the gadgets that are suitable for every generation. P/s: They also make great gifts.
Electronics for all generations


Textual description of firstImageUrl

SPAKLEAN | COLLAGEN SCALP SHAMPOO & TREATMENT

khatyaiman | 12/08/2019 08:00:00 am | 3 Komen

BELAI RAMBUT DENGAN PRODUK TERBARU DARI SPAKLEAN | COLLAGEN SCALP SHAMPOO & TREATMENT

Spaklean menapak lagi satu aras di mana mereka telah mengeluarkan produk yang sesuai untuk penjagaan rambut. Spaklean collagen scalp shmapoo dan spaklean collagen treatment. Spaklean  collagen scalp shampoo dan spaklean collagen treatmentdatang nya dari Negara Korea. Kebiasannya produk yang datang nya dari Negara Korea mempunyai nilai unik yang tersendiri. Setiap bahan yang digunakan memang mempunyai kesan yang berbeza. Bagi khaty produk dari Korea kalau dapat memang senyum sampai ke telinga . Sooho Global jika di baca mempunyai pengalaman mengenai dunia farmasi yang luas. Jadi meraka bertindak untuk bekerjasama dengan pengeluar utama Spaklean Amazing Nano Collagen di Korea bagi memasarkan produk ini ke Negara Asia seperti Malaysia.
BELAI RAMBUT DENGAN PRODUK TERBARU DARI SPAKLEAN | COLLAGEN SCALP SHAMPOO & TREATMENT
500ml/$45
Textual description of firstImageUrl

MUNCHY’S Terima Anugerah “Biscuit Brand of the Year” pada acara Anugerah Penjenamaan Dunia

khatyaiman | 12/03/2019 04:16:00 pm | 2 Komen

MUNCHY’S Terima Anugerah “Biscuit Brand of the Year” pada acara Anugerah Penjenamaan Dunia  

London, 3 Disember, 2019 – Munchy’s cukup berbangga kerana menjadi jenama dari Malaysia yang menerima pengiktirafan “Biscuit Brand of the Year” (Anugerah Jenama Biskut) pada acara Anugerah Jenama Dunia (World Branding Awards) yang diadakan di Istana Kensington, London baru-baru ini. 
MUNCHY’S Terima Anugerah “Biscuit Brand of the Year” pada acara Anugerah Penjenamaan Dunia

Textual description of firstImageUrl

BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation Membuka Pendaftaran bagi Tawaran Kerusi Kereta Kanak-Kanak Bersubsidi.

khatyaiman | 12/02/2019 08:00:00 am | 2 Komen

Program subsidi bagi kerusi kereta kanak-kanak yang bermula dengan harga serendah RM100 kini telah membuka pendaftaran atas talian, ia terhad kepada 150 unit sahaja. 

Kuala Lumpur, 2 Disember 2019 – BMW Malaysia berhasrat untuk menggiatkan penggunaan kerusi khas kanak-kanak menerusi sebuah program subsidi yang merupakan sebahagian daripada inisiatif BMW Safety 360°. Dengan kolaborasi bersama Childline Foundation dan Safe ‘n Sound, sebanyak 150 unit kerusi kereta kanak-kanak akan ditawarkan dengan harga bersubsidi berjumlah RM100 seunit.


BMW Malaysia, Safe ‘n Sound dan Childline Foundation Membuka Pendaftaran bagi Tawaran Kerusi Kereta Kanak-Kanak Bersubsidi.Program subsidi bagi kerusi kereta kanak-kanak yang bermula dengan harga serendah RM100 kini telah membuka pendaftaran atas talian, ia terhad kepada 150 unit sahaja.

Ia sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak mulai Januari 2020. Untuk menggalakkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak, para pemandu tidak akan didenda sepanjang enam bulan yang pertama setelah peraturan tersebut dikuatkuasakan namun mereka akan diberikan amaran untuk memasang kerusi khas berkenaan.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Statistik menunjukkan hanya 30% pemandu yang menggunakan kerusi khas untuk anak-anak mereka, maka ia menjadi lebih mustahak bagi kami sebagai pengeluar kenderaan untuk memberi penekanan terhadap keselamatan kanak-kanak, dan bersedia untuk mengharungi cabaran dalam usaha untuk mendidik dan meningkatkan aksesibiliti ke atasnya. Kami berasa terdorong melihat Kementerian Pengangkutan mengambil langkah yang tegas untuk mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak pada tahun hadapan, namun pada masa yang sama, menyedari bahawa terdapat golongan ibu bapa yang mungkin mempunyai akses terhad ke atas kerusi khas berkenaan – lantas mereka diberikan pelepasan cukai serta yuran eksais yang lebih rendah untuk memperoleh kerusi ini. Sehubungan itu, kini kami membawakan program subsidi tersebut menerusi kemudahan dalam talian untuk menjadikan kerusi kereta kanak-kanak ini lebih mudah untuk diakses bagi isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.”

BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) snskidz Ace yang setiap satunya bernilai RM100. Kerusi khas tetapan menghala ke belakang, yang bernilai RM199 ini boleh digunakan sejak lahir sehingga berat bayi mencecah 13kg. Produk tersebut juga hadir dengan persijilan ECE R44-04. Ibu bapa boleh mendaftar untuk memperoleh kerusi khas bersubsidi berkenaan di www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak mulai hari ini hingga 15 Disember 2019. Ibu bapa yang layak menerima subsidi tersebut akan dimaklumkan, kemudian bayaran berjumlah RM100 perlu dibuat sebelum kerusi khas berkenaan boleh diambil.

Datin Wong Poai Hong, Childline Foundation berkata, “Para ibu bapa juga akan dididik mengenai kaedah yang betul dalam pemilihan dan pemasangan kerusi kereta kanak-kanak untuk menjamin keselamatan anak-anak mereka setelah kerusi khas tersebut diperoleh. Dengan mendidik mereka, kami berharap mereka juga akan menjadi penaung bagi inisiatif keselamatan kanak-kanak.”

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia berkongsi, “Program BMW Safety 360° ialah program yang telah berjalan sejak lima tahun yang lalu, kami berharap untuk melihat lebih ramai rakan-rakan kongsi memainkan peranan yang aktif untuk menjadikan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak sebagai sebuah norma di Malaysia, sama ada melalui pendidikan mahupun dengan meningkatkan tahap aksesibiliti. Rakan-rakan kongsi juga boleh berganding bahu dengan Childline Foundation untuk mendukung kepentingan keselamatan kanak-kanak dengan lebih berleluasa. Bagi para ibu bapa dan rakan kongsi, inilah waktu yang paling tepat sekali untuk mengambil tindakan dan mereka seharusnya tidak menunggu sehingga penguatkuasaan dilaksanakan untuk mula mempertimbangkan aspek keselamatan kanak-kanak.”
KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com