January 2020 - KhatyAiman KhatyAiman: January 2020
Textual description of firstImageUrl

Kayu Tiga | Cabar Tahap Kepedasan Anda Dengan Sambal Mook Dan Larva Crunchy

khatyaiman | 1/30/2020 02:43:00 pm | 5 Komen
Kayu Tiga | Cabar Tahap Kepedasan Anda Dengan Sambal Mook ( pedas manja ) Dan Larva Crunchy ( pedas membakar) .

Sila Cabar Tahap Kepedasan Anda Dengan Sambal Mook ( pedas manja ) Dan Larva Crunchy ( pedas membakar) keluaran kayu Tiga untuk melengkapkan selera anda. Tapi  awas dengan setiap tahap kepedasannya, jangan sampai terlebih. Merana bibir, tekak dan perut tanggungjawab masing-masing.
Kayu Tiga | Cabar Tahap Kepedasan Anda Dengan Sambal Mook ( pedas manja ) Dan Larva Crunchy ( pedas membakar)
Textual description of firstImageUrl

BMW Malaysia Menggesa Lebih Ramai Pihak Menyokong Program Subsidi Kerusi Kereta Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation.

khatyaiman | 1/22/2020 04:33:00 pm | 3 Komen

BMW Malaysia Menggesa Lebih Ramai Pihak Menyokong Program Subsidi Kerusi Kereta Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation.


Lebih daripada 25,000 individu yang terdiridaripada golongan ibu bapa telah membuat pendaftaran bagi fasa pertama pemberian subsidi kerusi kereta kanak-kanak hanya dalam masa dua minggu, lantas mendemonstrasikan keperluan segera ke atas subsidi kerusi kereta kanak-kanak untuk isi rumah yang berpendapatan rendah.
BMW Malaysia Menggesa Lebih Ramai Pihak Menyokong Program Subsidi KerusiKereta Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation.
Textual description of firstImageUrl

ECOSTORE - Safer for you, your family and our world

khatyaiman | 1/22/2020 03:04:00 pm | 1 Komen

ECOSTORE - Safer for you, your family and our world

ECOSTORE, no 1 ECO BRAND in New Zealand. Their goal is to be the most trusted and sustainable brand for the world. From biodegradable ingredients, to carboNZero certified manufacturing and sugar plastic packaging, they are constantly working on ways to save energy and resources, and reduce waste.
ECOSTORE - Safer for you, your family and our world
Textual description of firstImageUrl

Resepi mudah membuat tapai

khatyaiman | 1/21/2020 09:00:00 am | 5 Komen

Resepi mudah membuat tapai  memikat hati tetamu di majlis perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t 
Setiap kali menghadiri jemputan majlis perkahwinan, sudah pasti kita akan menanti manisan yang yang di sediakan. mat saleh kata dessert. Lain tempat lain menunya. Akan tetapi apabila jejak kaki ke perkampungan biras, memang seronok. Suasana dan kemeriahannya masih ada sehingga sekarang. Amalan gotong-royong yang masih di teruskan mengeratkan lagi jalinan ukhuwah di antara penduduk kampung tersebut.

Resepi mudah membuat tapai  memikat hati tetamu di majlis perkahwinan
Textual description of firstImageUrl

Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco

khatyaiman | 1/17/2020 08:00:00 am | 8 Komen

Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco


Tular di media sosial mengenai penggunaan serai sebagai pengganti straw, maka selepas ini akan terjadi permintaan serai semakin tinggi. Peluang baik buat para petani untuk meluaskan lagi tanaman serai yang sedia ada. Boleh meningkatkan jumlah pendapatan kan. Jika kebiasannya serai di letak dalam masakan, kini ianya muncul penyelamat untuk menyedut minuman. Sesuatu yang sangat baru dan segar. 
Serai Bukan Lagi Di buat Tom Yam, Tetapi Menjadi Penyedut Minuman Eco
Textual description of firstImageUrl

GARAM..betapa pentingnya dalam kehidupan seharian kita...

khatyaiman | 1/16/2020 09:00:00 am | 1 Komen

GARAM..betapa pentingnya dalam kehidupan seharian kita...

Garam mempunyai pelbagai fungsi yang penting kepada tubuh badan. Ia bukan sahaja tertumpu kepada menetapkan kadar air didalam tubuh tetapi pelbagai fungsi yang berkesan untuk kesihatan secara keseluruhan. 
GARAM..betapa pentingnya dalam kehidupan seharian kita...


Fungsi Garam Kristal Hiamalaya.

Antara fungsi-fungsi penting garam ialah:

1. Garam sangat penting dalam menstabilkan degupan jantung yang tidak tetap. Terdapat tanggapan yang salah dimana garam menyebabkan tekanan darah tinggi. Sebenarnya garam penting dalam tekanan darah bersama air.

2. Garam penting untuk mengeluarkan asid yang berlebihan daripada sel-sel didalam tubuh terutama sel-sel otak.

3. Garam penting untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah, elemen yang diperlukan oleh pesakit diabetes.

4. Garam sangat penting untuk menjana tenaga hidroelektrik dalam sel-sel tubuh. Ia digunakan untuk menjana kuasa dalaman dimana tenaga diperlukan oleh sel-sel.

5. Garam penting untuk proses komunikasi dan informasi sel saraf semasa sel- sel otak bekerja, dari saat persenyawaan hingga kematian.

6. Garam penting  untuk penyerapan partikel makanan melalui saluran usus.

7. Garam penting untuk mengeluarkan lendir dan gelema, khususnya masalah asma dan cystic fibrosis.

8. Garam penting untuk melegakan masalah selesema dan resdung

9. Garam merupakan antihistamin semulajadi yang kuat.

10. Garam sangat penting untuk mencegah kekejangan otot.

11. Garam juga penting untuk mencegah pengeluaran air liur yang berlebihan semasa tidur.Keadaan ini menunjukkan bahawa badan kekurangan garam.

12. Garam sangat penting untuk membina struktur tulang. Osteoporosis terjadi akibat kekurangan garam dan air dalam tubuh.

13. Garam dapat membantu tidur menjadi lebih nyenyak.

14. Garam merupakan unsur yang sangat diperlukan dalam merawat pesakit diabetes.

15. Garam yang diletakkan di lidah mampu menghentikan batuk kering.

16. Garam penting untuk mencegah penyakit gout dan arthritis gout.

17. Garam penting dalam mengekalkan seksual dan libido.

18. Garam penting untuk menghalang vena varikos (urat timbul) pada peha dan kaki.

19. Garam Kristal Himalaya mengandungi 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagiannya diperlukan dalam kuantiti yang sangat kecil. Garam biasa yang dibeli di pasaran telah dikeluarkan mineral – mineral yang lain dan mengandungi unsur aditif seperti aluminium silikat untuk menjadi serbuk dan berpori. Aluminium adalah unsur yang sangat beracun dalam sistem saraf manusia dan ini sebagai salah satu punca yang menyebabkan penyakit Alzheimer.

20. 27% garam berada di bahagian tulang manusia. Osteoporosis terjadi apabila badan memerlukan lebih banyak garam dan ia di ambil dari tubuh itu sendiri. Tulang mempunyai 22% air. Ianya jelas bahawa Osteoporosis berlaku apabila badan kekurangan garam atau air atau kedua-duanya.
Nota:
Sumber diperolehi daripada  buku  “Salt Your Way to Health” yang ditulis  oleh Dr. David Brownstein

Garam
Didalam GARAM ini, elemen elemen yang didapati adalah dalam serbuk yang mana ianya senang dilarut oleh tubuh manusia dan mudah diproses. Garam Kristal Suatu ketika dulu pernah digelar Raja Garam kerana ianya hana dihidangkan untuk RaJA sahaja.

Mengandungi elemen yang tertinggi di dunia dengan 84 elemen nutrient yang kita perlukan setiap hari.
Asli, tidak tercemar. Tanpa kesan persekitan. Daripada masa apabila dunia dalam keadaan asli.
Tidak mengandungi sebarang pencemaran daripada kesan pencemaran dipersekitarannya.
Rahsia alam semulajadi yang tersimpan sejak 250,000,000 tahun yang lalu akhirnya terbongkar Garam Himalaya adalah sumber simpanan semulajadi untuk kekuatan tenaga hayat. Garam yang istimewa ini menunggu masanya untuk menyatakan sifat semulajadinya sebagai penyimpan tenaga dengan kendungan BIO-PHOTON bagi kesihatan manusia sejagat.
Kehidupan Fisikal, Kebendaan,Biologi TELAH membentuk secara semulajadi masuk dan keluar sejak berbillion tahun daripada lautan yang disebut Lautan Purba. Sehingga di saat ini air, garam dan oksigen adalah suatu keperluan untuk penciptaan kehidupan organic.

Kristal garam bukit daripada Himalaya berasal daripada penguapan lautan purba semenjak ratusan juta tahun yang lalu. Tenaga solar, yang diperlukan untuk penciptaan ini diperangkap didalam setiap zarah daripada kristal garam ini yang dipanggil BIO-PHOTONS
Selain daripada tenaga, setiap galian didalam bumi berada didalam garam kristal ini dalam bentuk yang banyak yang mana ia menyamai dengan Jumlah galian yang terdapat didalam struktur sel kita,jika kita hendak mengambilnya dengan cara yang bijak.

Galian-galian ini tersangatlah kecil, yang mana mereka boleh diterima oleh badan kita pada paras selular: mereka adalah. Jika dilarutkan kedalam air,garam itu sangat berguna kepada kita,bersama dengan tenaga solar yang diperolehi.

Dengan mengambil sejumlah kecil dengan segelas air akan mempastikan kandungan galian dikembalikan pada tubuh kita : sel sel tersebut akan berfungsi semula diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

EMAS PUTIH KEPADA RACUN PUTIH. 
Garam yang telah ditapis termasuklah garam laut  tidak menyumbangkan secara positif apa sahaja fungsi terhadap tubuh kita. Kesan daripada proses penapisan saiz serbuk garam tersebut menjadi terlalu besar untuk diambil oleh sel badan kita. Ini juga sama seperti dalam kes garam laut dan garam bukit yang biasa. Alasan yang kukuh mengapa garam ditapis sedemikian rupa ialah kerana industri kimia memerlukan Jumlah yang sangat besar dalam bentuk garam tulin iaitu Sodium Klorida(NaCI)

Garam dapur dirumah kita adalah sisa daripada penapisan garam industri ini. Bagaimanapun tubuh badan kita mengklasifikasikan garam ini sebagai RACUN, bukan semulajadi dan akan menggunakan apa saja proses untuk mengeluarkannya.

Hidup kita mustahil tanpa garam. Tetapi garam yang kita gunakan pula membunuh kita. Daripada Emas Putih bertukar menjadi Racun Putih. Garam yang kita makan bukanlah garam asli yang mempunyai semua galian sebaliknya hanyalah Sodium Klorida.

Buah Pinggang kita, yang bertanggungjawab untuk proses ini, malangnya hanya mampu menapis lebeh kurang 7 gram tulin sehari: dan baki garam yang kita makan akan dibawa air dan dimendapkan ke dalam tisu otot, keatas tulang dan penyambung, yang akhirnya akan menyebabkan masalah lain iaitu arthritis(sakit sendi) dan rheumatism (sengal sengal).

Daripada 84 elemen-elemen galian yang terdapat di dalam tubuh badan manusia , 72 dipercayai bahan paling penting dan diet yang sihat.
Semua galian-galian ini adalah kristal matrik yang sempurna dan bersifat bentuk yang terakhir (caj elektrik )
Saranan Nabi SAW ialah supaya memakan sedikit garam sebelum makan ini nampaknya berlawanan dengan pendapat perubatan moden yang menyatakan bahawa memakan garam berlebihan itu membahayakan kesihatan . Tetapi dengan ilmu metabolisme jasmani di zaman moden. Ini jelas mengesahkan bahawa nasihat Nabi SAW itu memang bijak dan tepat sesuai dengan sains moden .

Garam mengandungi 84 elemen-elemen galian terpenting. Diantaranya klorida, dan klorida dalam garam itu sahajalah satu-satunya klorida yang boleh digunakan oleh badan untuk membuat asid hidroklorik iaitu bahan penting untuk penghadaman. Oleh yang demikian sedikit garam dimakan sebelum makan dapat mencukupkan asid hidroklorik dalam perut sebelum makanan yang baru masuk dalam perut.
Perlu diketahui bahawa kesan yang membahayakan akibat terlalu banyak makan garam itu adalah kerana paras sodium naik tinggi .bukannnya paras klorida .Bahkan orang yang langsung tidak makan garam mungkin mendapat penyakit akibat kekurangan asid hidroklorik dalam badannya. Nabi pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja.
Kelebihan garam
Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.
Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.
SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM
Dari  Abdullah Bin Umar
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"
Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
Hadis riwayat Ibnu Majah
" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "
Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."

'Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.'



Textual description of firstImageUrl

Mudah nya nak buat karipap inti ayam

khatyaiman | 1/15/2020 11:30:00 am | 6 Komen

Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.

KARIPAP...salah satu kuih kegemaran khaty sejak kecil sampai sekarang..mesti hampa semua pon suka dan dok terbayang karipap kegemaran hampa..tambah kalau makan masa panas-panaskan..uuurrmmm...sekarang nie dah banyak jenis karipap ada,cakap ja nak makan jenis macam mana,kuar cari kat gerai-gerai mesti dapat..hahahaha..

Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.
nie hasil tepung yang telah siap diuli dan ready nak buat karipap
Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.
nie inti dia..khaty buat inti ayam ngan ubi kentang
Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.

Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.
tadaaa...dah siap,banyakkann..nie untuk tempahan yang mak khaty kena buat..
Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.

Mudah nya nak  buat karipap inti ayam dengan kentang ini.
yang nie bawu untuk khaty..cantik tak khaty kelim karipap tu..
Yang dah siap goreng tak sempat plak nak snap gambaq,bab bila dah masak,terus mencekik..hahahaha..kepada yang suka makan karipap boleh p cari skarang,mungkin dah dok teringat2 kan...meh tengok kat bawah nie khaty boh bahan-bahan ngan cara-cara buat karipap versi khaty punya la.la..la..la..la..la..

Bahan-bahannya ( bahan A):-

1kg tepung gandum
3 senduk besar majerin(khaty guna brand pelangi)
air garam(ikut citarasa memasing)
air (khaty guna air ais)

INTI:-
1kg kentang
2 keping dada ayam
bawang merah/putih
serbuk gulai ayam
sudu gula (ikut citarasa memasing)
garam(ikut citarasa memasing)
minyak

cara-caranya:-
uli  bahan A sampai jadi doh yang sempurna..pastu rehatkan sekejap.
Panaskan minyak,tumiskan bawang,pastu masukkan serbuk gulai..tggu sampai pecah minyak masukkan ayam dan kentang serentak..pastu masukkan gula dan garam sehingga dapat rasa yang anda suka..masak sampai kentang tu empuk..tutup api,angkat dan bagi sejuk..pastu boleh la start buat karipap..


SELAMAT MENCUBA...
Textual description of firstImageUrl

Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruang yang sukar dicapai

khatyaiman | 1/13/2020 10:30:00 am | 6 Komen

Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruangyang sukar dicapai

KUALA LUMPUR:Pernahkah anda melalui pengalaman apabila perlu mencapai sesetengahruang yang sempit semata-mata untuk membersihkannya biarpun pergerakan agak terbatas?
Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruangyang sukar dicapai


Walaupun ia sukar, namun anda tetap perlu melakukannya bagi memastikan ia bersih danbebas kotoran.Atau pun anda mungkin pernah mengalami kesukaran setiap kali membersihkan bahagiandalam bonet kereta apabila muncung penyembur tertanggal hingga menyebabkanbahannya terkena di bahagian lain.
Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruangyang sukar dicapai


Di sinilah produkWD-40®Pelbagai Guna dengan Smart Straw®dapat membantu anda.Produk dalam tin ini menyediakan dua kaedah penyemburan dan mempunyai muncungkekal yang tidak akan tertanggal ketika andamelakukan kerja pembersihan.
Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruangyang sukar dicapai

Cara penggunaannya amat mudah sekali dan anda hanya perlu membuka muncungterbabit untuk melakukan semburan ke arah kawasan yang sukar dicapai.Fungsi muncung itu membenarkan ia disembur dari jarak tertentu dan mengelakkan bahansemburan terkena tangan atau pakaian dan kemudiannya muncung itu boleh dilipat kebawah untuk kaedah semburan biasa atau untuk disimpan.
Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruangyang sukar dicapai

Jika anda mencuba produkWD-40®Pelbagai Guna dengan Smart Straw®ini, anda akandapati bahawa ciri terbaik yangada ialah muncung terbabit sentiasa ketat dan tidaktertanggal.Anda tidak akan berdepan masalah lagi apabila perlu mencari-cari muncung alat semburanyang hilang.
Smart Straw®akan membantu anda membersihkan ruangyang sukar dicapai

Bagi produk ini sendiri, ia sememangnyaterkenaldengan keupayaan melindungi bahagianlogam daripada berkarat dan reput, melonggarkan bahagian yang ketat dan memberikelembapan serta melicinkan bahagian berkenaan.


Ingin tahu lebih lanjut? Lawati http://wd40.asia hari ini.

Textual description of firstImageUrl

kuih bahulu

khatyaiman | 1/13/2020 09:00:00 am | 4 Komen

Resepi mudah Kuih Bahulu

Sebenarnya dah lama dah nak buat  bahulu sendiri(handmade katanya). Jadi juga akhirnya . Setelah menempuh rintangan dan halangan, ya la bukan apa,anak2 ngan khaty suka makan..kalau buat sendiri boleh buat macam perisa kan..so,mai tengok hasil khaty mencuba kuih bahulu..resepi di ambil dari mak khaty yang memang otai la bab2 kuih muih tradisional..jom kita buat kuih bahulu:-

Resepi mudah Kuih Bahulu
bahan yang kena ada,khaty try buat ckit dulu,takut nanti tak jadi,bazir plak nak buang kan..5 biji telur gred A,gula 300gm,tepung gandum 300gm,pastu perisa pisang dan pewarna tambahan(ikut suka) n coklat rise(saja nak tambah)
Resepi mudah Kuih Bahulu
pastu,nie acuan bahulu,kena sapu minyak dulu kat keliling corak tu,lau tak nanti melekat la tak boleh nak keluarkan bahulu yang dah masak..
Resepi mudah Kuih Bahulu
ok,masuk telur ngan gula,blend sampai betul2 kembang,nak tau macam mana dia dah kembang atau naik,senang ja,ambil jari telunjuk calit kat adunan ckit,pastu tenyeh ngan ibu jari,kalau rasa macam lembut tanpa rasa kasar gula,kira ok la tu..tapi lama gak kena blend,lau buat cincai nantu bahulu ta jadi..kalau ikut orang tua2 dua depa timbuk pakai penimbuk bahulu...mana la nak sempat timbuk kan,hehehehe
Resepi mudah Kuih Bahulu
start blend,asanya dalam 1/2 jam gak la..tapi lau nak cantik lagi,pas blen mak khaty kata kena timbuk gak...
Resepi mudah Kuih Bahulu
tadaa..dah jadi cantik macam nie la bila adunan dah kembang elok..masa kacau mesti rasa ringan macam kapas..
Resepi mudah Kuih Bahulu
ok,tepung gandum kena sangai atau goreng tanpa minyak..sekejap ja,ambik tapak tangan letak atas tepung,kalau dah rasa macam suam2 tu kira dah boleh angkat dan ayak terus..

Resepi mudah Kuih Bahulu
haaa,nie khaty dah campur tepung ngan adunan tadi,khaty try warna pink dulu..campur agak adunan tu kalau angkat jatuh macam bertali ja...hati2 ya,tepung jangan banyak sangat,nanti keras plak kuih..
Resepi mudah Kuih Bahulu
pastu,letak dalam acuan yang dah di sapu minyak,sblm tu panaskan dulu acuan dalam oven sekejap,
Resepi mudah Kuih Bahulu
pastu,masuk dalam oven ,panaskan oven dalam suhu 200darjah celcius..bakar kira2 1o hingga 15 minit,tak pun sampai nampak kekuningan..boleh la angkat..

Resepi mudah Kuih Bahulu
 tengok,dah naik elok dalam oven..yeah..(syok dah bab nampak macam dah menjadi)
Resepi mudah Kuih Bahulu
 haah..inilah hasilnya..cantik tak,rasa pon ok.. anak2 khaty pon suka makan masa panas2..(kembang ja bila anak2 cakap 'sedapnya mak buat')
Resepi mudah Kuih Bahulu

Resepi mudah Kuih Bahulu

 nie pon sama,cuma warna ja lain..rasa seronok bab dah makin menjadi plak..

Resepi mudah Kuih Bahulu


Resepi mudah Kuih Bahulu
yang nie khaty saja campur ngan coklat rise,alhamdulillah menjadi,tapi acuan kena cuci plak bab macam kotor ckit bab coklat rise macam melekat kat acuan..tapi tak pa,yang penting sedapp...
Resepi mudah Kuih Bahulu

Resepi mudah Kuih Bahulu
inilah hasilnya..puas hati sangat bab dapat macam warna..

Walaupun penat,tapi bila tengok hasil yang dapat tu,memang puas hati n lega sangat2 bab cubaan pertama agak menjadi..so,kena berusaha untuk buat lagi elok la pas nie..


SELAMAT MENCUBA...
Textual description of firstImageUrl

Resepi Mudah Kari Ikan Darat

khatyaiman | 1/13/2020 08:00:00 am | 14 Komen
Assalamualaikum w.b.t

Hai semua.Bersyukur kerana masih berceloteh hari ini. Nak masak apa pula ni?? Resepi Mudah Kari Ikan Darat. Sedap kan? Mana nak cari ikan darat ?? Mujur ada lagi tempat di kampung yang boleh memberi ruang kami sekeluarga untuk turun memancing ikan darat. 


Resepi Mudah Kari Ikan Darat

Textual description of firstImageUrl

PENGGUNA TOUCH ‘N GO EWALLET KINI BOLEH MENIKMATI GHANTARAN MAKANAN DARIPADA LEBIH 2,000 RESTORAN MENERUSI DELIVEREAT

khatyaiman | 1/10/2020 08:00:00 pm | 6 Komen
Perkhidmatan penghantaran makanan oleh syarikat anak jati tempatan ini menawarkan pilihan pembayaran eWallet yang pertama, memberikan rakyat Malaysia pilihan transaksi yang serba lancar dengan promosi penghantaran percuma sepanjang tahun

Kuala Lumpur, 10 Januari 2020 – Perhatian kepada pencinta makanan! Touch ‘n Go eWallet telah menjalinkan kerjasama dengan DeliverEat, sebuah syarikat penghantaran makanan dalam talian oleh anak jati tempatan yang sedia membawakan beraneka hidangan enak terus ke rumah anda. Kerjasama ini membolehkan 7 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapat akses dengan lebih mudah kepada beraneka pilihan hidangan enak daripada 2,000 restoran dan gerai makanan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dengan memilih pembayaran eWallet yang baru melalui aplikasi DeliverEat, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melakukan transaksi dengan yakin dan selamat, sambil menikmati pengalaman yang tidak merumitkan dan lebih menguntungkan di dalam aplikasi atau laman sesawang berkenaan. 

Memiliki lebih 120,000 rakan niaga, Touch ‘n Go eWallet sentiasa berinovasi untuk mengembangkan dan mempelbagaikan lagi penawarannya, yang meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian rakyat Malaysia. 

“Kami dengan berbesar hatinya ingin memperkenalkan DeliverEat, perkhidmatan penghantaran makanan dari Pulau Pinang yang kini telah melebarkan sayapnya ke Lembah Klang, sebagai rakan penghantaran makanan kami yang pertama. Memandangkan makanan dan teknologi memainkan peranan penting dalam gaya hidup pengguna hari ini, adalah relevan dan penting bagi kami untuk menceburkan diri dalam sektor penghantaran makanan bagi memenuhi evolusi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.

Selain daripada itu, kolaborasi dengan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan tempatan ini sejajar dengan misi syarikat kami untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan agar berurus niaga tanpa tunai, dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet. Berpegang teguh kepada prinsip inklusif, kami mahu memastikan bahawa tumpuan sama rata diberikan terhadap perniagaan tempatan untuk mereka berintegrasi ke ekonomi digital. Sama-samalah kita melangkah ke arah negara tanpa tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong. 

Ketua Pegawai Eksekutif DeliverEat, Tan Suan Sear berkata, “Di DeliverEat, kami sentiasa menganggap syarikat kami sebagai penyedia perkhidmatan untuk rakyat tempatan yang dikendalikan oleh anak jati tempatan. DeliverEat mengutamakan konsep membolehkan pengguna menikmati kehidupan serta makanan yang lebih baik menerusi teknologi. Oleh kerana itulah kami berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang disukai oleh rakyat di negara ini dan telah mengubah cara kami berurus niaga pada hari ini.

Menerusi kerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet, kami yakin bahawa pengguna kami di Pulau Pinang dan Lembah Klang akan berasa tenang dan dilindungi, mengetahui bahawa transaksi mereka menerusi Touch ‘n Go eWallet adalah selamat. Dengan lebih daripada 2,000 restoran di dalam rangkaian DeliverEat, kami berharap pengguna akan menikmati promosi ini sementara kami berusaha memperhebatkan lagi kolaborasi dengan Touch ‘n Go eWallet. Ini hanya sekadar permulaan.”

Baru-baru ini, Touch ‘n Go eWallet telah menerajui inisiatif transformasi tanpa tunai di Pulai Pinang. Ia merupakan perkhidmatan e-dompet pertama dan satu-satunya secara rasmi membolehkan warga Pulau Pinang merasai dan menikmati transaksi tanpa tunai di negeri itu. Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk memudahkan transaksi digital untuk semua rakyat Malaysia dengan memanfaatkan kepelbagaian komuniti di Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Sempena meraikan kerjasama ini, para pengguna boleh menikmati penghantaran harian percuma bernilai RM5 selama 366 hari apabila mereka melakukan transaksi menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Promosi* ini terhad kepada 1 penebusan bagi seorang pengguna, sehari di sepanjang tempoh kempen dan boleh didapati untuk 100,000 transaksi pertama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari www.facebook.com/touchngoewallet/ dan https://jom.delivereat.my/.
Textual description of firstImageUrl

KUIH SERI AYU @ PUTERI AYU

khatyaiman | 1/10/2020 08:00:00 am | 9 Komen

Resepi Kuih Seri Ayu @ Puteri Ayu

Kuih seri ayu @ Puteri ayu sememang nya sangat sedap. Kombinasi kelapa dan tepung memberi rasa lemak manis yag memberi kepuasan untuk setiap anda yang menikmatinya. Apabila dah belajar, agak rumit juga nak membuat kuih Seri Ayu ini. 
Resepi Kuih Seri Ayu @ Puteri Ayu
KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com