BMW Malaysia Menggesa Lebih Ramai Pihak Menyokong Program Subsidi Kerusi Kereta Kanak-Kanak bersama Safe ‘n Sound dan Childline Foundation.
Lebih daripada 25,000 individu yang terdiridaripada golongan
ibu bapa telah membuat pendaftaran bagi fasa pertama pemberian subsidi kerusi
kereta kanak-kanak hanya dalam masa dua minggu, lantas mendemonstrasikan
keperluan segera ke atas subsidi kerusi kereta kanak-kanak untuk isi rumah yang
berpendapatan rendah.

Kuala Lumpur, 22 Januari 2020 – BMW Malaysia menggesa lebih
ramai pihak bersatu untuk menyokong program subsidi kerusi kereta kanak-kanak
buat golongan ibu bapa dalam kumpulan pendapatan B40.
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat BMW Group Malaysia
mengulas, “Terdapat keperluan yang mustahak untuk kita bersatu dan mengambil
tindakan yang sewajarnya. Sambutan menggalakkan yang diterima bagi fasa pertama
program subsidi berkenaan jelas menunjukkan bahawa ibu bapa kini lebih cakna
mengenai keperluan kerusi kereta kanak-kanak dan lekas mengamalkan
penggunaannya jika diberikan peluang yang bersesuaian.
Lantaran itu, kepada pihak dan syarikat yang mampu membantu mensubsidikan
kerusi kereta kanak-kanak ini, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai program
subsidi berkenaan untuk mendahulukan keselamatan kanak-kanak di dalam kereta
sebagai sebuah keutamaan untuk semua.”

Program subsidi ini telah diperkenalkan sebagai sebahagian
daripada inisiatif BMW Safety 360°. Di fasa pertamanya, BMW Malaysia, Childline
Foundation dan Safe ‘n Sound telah menyediakan 150 unit kerusi kereta
kanak-kanak snskidz Ace pada harga bersubsidi berjumlah RM 100 seunit untuk
para ibu bapa yang tergolong dalam kumpulan pendapatan B40. Pendaftaran bagi
program subsidi berkenaan telah dibuka pada 2 Disember 2019 dan telah meraih
lebih daripada 25,000 pendaftaran hanya dalam masa dua minggu.

Kerusi kereta kanak-kanak tersebut telah diberikan kepada
para ibu bapa dari daerah Lembah Klang baru-baru ini, manakala kerusi khas yang
masih berbaki akan diagihkan tidak lama lagi di seluruh negara. Dengan tetapan
menghala ke belakang, kerusi khas yang bernilai RM199 ini boleh digunakan dari
usia kelahiran sehingga berat bayi mencecah 13kg, serta produk tersebut hadir
dengan persijilan ECE R44-04.

Pihak yang berminat boleh menyertai program subsidi ini
dengan mengirim penyertaan mereka ke bmw@voxeureka.com — dalam kiriman
tersebut, nyatakan nama organisasi peserta dan jumlah subsidi (dalam Ringgit
Malaysia) yang organisasi berkenaan ingin menawarkan sebelum 13 Februari 2020. Perlangsungan
program subsidi berkenaan adalah sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan
Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak- kanak mulai
tahun ini. Bagi menggalakkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak, para pemandu
tidak akan didenda sepanjang enam bulan pertama peraturan tersebut dikuatkuasakan
namun mereka akan diberikan amaran untuk memasang kerusi khas berkenaan di
dalam kenderaan mereka.
“Sempena musim perayaan ini, kami juga ingin mengingatkan
para ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka diletakkan di dalam kerusi kereta
kanak-kanak yang betul, tidak kira untuk perjalanan berjarak pendek mahupun
panjang; dan kami ingin mengucapkan selamat memandu dan berhati-hatilah di
jalan raya sempena Tahun Baharu Cina ini,” simpul Ambi.
alhamdulillah sangat bagus. beringat sebelum terkena dan terjadi sesuatu :(
ReplyDeletenumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*
mari sama2 support
ReplyDelete