Lepak santai di Kafe terbaru Daboba Lip Sin @ Pekaka Square Penang
Daboba juga
dikenali sebagai Black Bear Hall. Ianya adalah jenama teh gelembung yang
popular yang berasal dari Taiwan dan terkenal dengan logo bear. Mereka mempelopori
minuman teh "Honey
Golden Pearl Green Milk Tea" dan
sejak itu membuat gelombang di Malaysia. Selain Lembah Klang, kini mereka
berkembang pesat di seluruh negara seperti Melaka, Ipoh, Johor Bahru, Pulau
Pinang dan Malaysia Timur. Kini di Pulau Pinang sahaja terdapat 6 cawangan yang
telah di buka termasuklah Kafe Daboba Lip Sin
@ Pekaka Square yang baru di buka pada pertengahan disember 2019 yang
lalu.

Memasuki kawasan sekitar bangunan Daboba Lips Sin @ Pekaka
Square, dapat di lihat tempat parking kereta sangat banyak dan nampak nya ini
akan memberikan satu petanda yang baik untuk anda tidak risau akan kereta anda
ketika mencari tempat untuk parking kereta. Jika di amati, kawasan ini sangat
strategik kerana, ianya berdekatan dengan Tesco Extra, USM, Spice dan kawasan
kilang. Walaupun keadaan sekeliling agak lengang,namun itu bukan satu halangan
untuk mereka menerima kehadiran pelanggan kerana setiap hari jumlah pelanggan
yang semakin meningkat.



Sebaik sahaja memasuki ke dalam Kafe Daboba Lip Sin @
Pekaka Square ini, nampak susun atur dan konsepnya sangat moden dan stylo
sangat. Dan dimaklumankan oleh pihak Kafe
Daboba Lip Sin, mereka menggunakan konsep ‘industrial style’. Memula macam tak faham. Google
lah. Maksudnya lebih kurang macam ini lah, industrial style ini merujuk kepada
trend estetik dalam reka bentuk dalaman yang mengambil petunjuk dari
kilang-kilang lama dan ruangan industri yang pada beberapa tahun kebelakangan
ini telah di ubah menjadi loteng dan ruangan kediaman yang lain.Kompenan gaya
industri termasuk kayu lapuk, sistem bangunan, bata yang terdedah, lekapan
lampu penindustrian dan konkrit. Ok dah nampak memang itulah yang di zahirkan di
dalam bangunan Kafe Daboba Lip Sin ini. Memang ruang yang nampak kecil ini
dugunakan sebaik habis.




Didalam Kafe Daboba Lip Sin ini juga terdapat beberapa
sudut atau ruang yang sesuai untuk mengambil gambar. Memang konsep sekarang
kena ada satu tempat yang menjadi tredmark untuk bergambar dan disimpan sebagai
kenangan. Sambil tunggu pesanan siap, boleh berselfie atau berswafoto dahulu.



Kelihatan ruangan dapur kafe Daboba Lip Sin sangat bersih
dan teratur. Memang kebanyakan kafe yang membuat minuman menggunakan open
kitchen. Maksudnya kita boleh nampak cara mereka membuat kerja dalam menyiapkan
setiap pesanan yang tiba. Mereka juga
kelihatan sangat cekap dan pantas dalam menyiapkan setiap pesanan. Khaty dimaklumkan,
setiap staff di kafe Daboba Lip Sin ini telah pun di beri kursus dan latihan insentif
selama 7 hari di HQ yang terletak di Ipoh, yang menyeluruh mengenai pembuatan
air minuman di Kafe Daboba Lip Sin ini. Jadi, mereka tidak kekok dalam menyediakan
walau berapa banyak sekalipun pesanan yang di buat. Kenapa mereka perlu belajar??
Kerana setiap sukatan dan cara yang digunakan dalam penghasilan air boba itu
sangat penting, silap sikit sahaja boleh menyebabkan risiko berlaku kerugian
untuk adunan tersebut. Untuk mengekalkan kualiti dan kuantiti air terjaga,
semua staff harus bertanggungjawab dengan setiap perkara. Kalau bab minuman, memang rasa dan kualiti
serta kuantiti yang selalu di titik beratkan oleh pelanggan, tidak lah pelanggan
berasa tidak adil membayar dengan apa yang mereka dapat.


Melihat kan menu, ada beberapa top list yang memang di
gemari oleh setiap pelanggan. Khaty susun ikut yang khaty suka. Salah satu
jenis air Daboba yang menjadi kegamaran dan ianya juga menjadi killer @ pelaris
kedai ini iaitu Daboba Roasted Brown Sugar Fresh Milk. Ianya juga di tambah
topping cheese bagi mebangkitkan rasa air tesebut. Ada tips tau nak minum air
itu untuk merasai tekstur nya yang sebenar. Kena hirup bahagian atas dahulu 2 @
3 teguk, selepas itu baru letakkan straw dan kacau air itu bagi sebati semua. Boleh
bau hangit,pahit terbakar gula perang dan kerak cheese tersebut . Ishhh,
terkesima sekejap. Kalau boleh tak mahu kongsi air tersebut dengan siapa pun
sebab sedap. Tamakkan. Boba nya pun sedap. Kenyal dan tidak manis ( yang ini
mereka gunakan gula perang ). Staff Kafe Daboba menghasilkan boba itu sendiri. Mereka
tidak menyimpan stock kerana risau hilang rasa aslinya. Mereka akan memasak
sekiranya jumlah boba kelihatan semakin kurang. Mereka memasak boba sehingga 80
minit mengikut adunan yang telah di sediakan.

Daboba Roasted Brown Sugar Fresh Milk ( RM13.90 )


Seterusnya Daboba Manggo Frape ( yogurt ). Ini pilihan ke
2 khaty tetapi di kafe pilihan ke 3. Buah pelam yang segar hampir separuh biji di
gunakan dalam setiap 1 bekas minuman. Memang terasa betul ketulan dan tekstur buah
pelam sewaktu ianya melintasi tekak. Macam berada di tepi pantai. Segar, sedap,
manis dan lemak berkrim. Sesuai sangat dengan yogurt ( macam greek yogurt ) yang di adun sendiri oleh
pihak Kafe. Mereka mengolah yogurt itu sesuai dengan jus buah tersebut dan ini
memberi kelainan dalam rasa minuman itu.

Daboba Manggo Frape ( yogurt ) [ RM13.90 ]

Daboba Honey Golden Pearl Green Tea Milk ini pula adalah
pilihan ke 2 di kafe tetapi khaty agak kurang gemar kerana, ada bau wangi
jasmine dan green tea itu agak kuat. Sebab khaty juga bukan penggemar green
tea. Tetapi anda suka mesti lah kena beli kan. Ini apa yang khaty rasa, jadi
khaty kena jujur. Jangan marah khaty ya. Boba nya di campur dengan madu, sebab
tu warnanya agak keperangan sedikit. Sebab tu namanya ada golden.sedap juga tau
boba nya, bukan nya khaty tak boleh minum, Cuma tidak lah pulun, setakat 2
teguq lepas la.

Daboba Honey Golden Pearl Green Tea Milk ( RM9.90 )

Ini menu yang mereka keluarkan hanya 50 pack sahaja
sehari. Jika habis kena tunggu hari seterusnya ok. Daboba yogurt Fruity Grape. Ianya 100% menggunakan buah anggur dan toping nya di tambah dengan
yogurt yang mereka oleh sendiri. Yang ini memang ada kelainan, kalau anda tidak
suka manis, anda boleh mencuba minuman ini kerana ianya ada rasa masam anggur,
lemak yogurt. Sedap tau.Jadi kalau datang ke Kafe Daboba lip Sin jangan lupa
untuk order minuman ini kerana ianya limited setiap hari.

Daboba yogurt Fruity Grape ( RM13.90 )


Ada pelbagai jenis lagi air minuman yang ada, tetapi
khaty nak bagi tahu yang paling di sukai oleh pelanggan dan setiap hari
sentiasa ada permintaan. Jika anda tidak ada masa untuk datang ke kafe, anda
boleh membuat tempahan online dan ada beberapa jenis agensi pengahantaran makanan
& minuman yang bersama-sama dengan mereka. Contohnya sepeti GRAB dan DELIVEREAT.
Boleh di katakan sekarang zaman semua ada smartphone kan. Sila download
menggunakan google play untuk pengguna android dan apple store untuk pengguna
iphone. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga menerima bayaran melalu app TNG
EWALLET, FAVEPAY dan sebagainya. Ianya juga bagus kerana anda akan mendapat
diskaun semasa mmembuat bayaran. Bukan
kah ianya satu berita yang baik. Selaras dengan saranan dari Menteri Besar
Pulau Pinang yang mahu mengamalkan konsep
cash less. Cash tak ada, jangan bimbang, bayar online sahaja sekarang.





Jadi kepada anda semua, jom datang ke cawangan
terbaru mereka di Bangunan Lip Sin . Khaty juga di maklumkan pihak Kafe,” jika ada special function, kami
Daboba Lip Sin boleh make arrangement untuk deliver ataupun setup di venue
anda".Tetapi tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang boleh dibincang
jika berminat . Jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi mereka. Dan kepada anda
semua, pihak Kafe Daboba sedang memberi kan satu voucher ‘ buy 1 free 1 ‘
tertakluk kepada terma syarat. Dan anda
hanya perlu memuat naik gambar anda di media social untuk menebu voucher
yersebut hanya di Kafe Daboba Lip Sing @ Pekak Square sahaja sehingga stock
masih ada.( dimaklumkan ada 100 baucer sahaja dari tarikh 4/1/20 yang lalu ). Khaty
sertakan sedikit maklumat rasmi mengenai Kafe mereka. Satu sahaja nak pesan, memang sedap semua minuman ini , tetapi nasihatkan mengawal pengambilannya.




Add : Bangunan Lip Sin, 2-G-2, Lebuh Pekaka 1, Taman
Pekaka, 11700 Gelugor, Penang
Phone : 04-297 4855
Open : every day (
10.30am – 1 am )
Menarik. Datang Penang nanti bolehlah singgah.. Hehe..
ReplyDeleteSedapnya.. teringin nak rasa..
ReplyDeletesimple ja design dalaman jadi syok lah nak lepak2 minum ^_^
ReplyDeletePermisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802