PENGGUNA TOUCH ‘N GO EWALLET KINI BOLEH MENIKMATI GHANTARAN MAKANAN DARIPADA LEBIH 2,000 RESTORAN MENERUSI DELIVEREAT - KhatyAiman KhatyAiman: PENGGUNA TOUCH ‘N GO EWALLET KINI BOLEH MENIKMATI GHANTARAN MAKANAN DARIPADA LEBIH 2,000 RESTORAN MENERUSI DELIVEREAT
Textual description of firstImageUrl

PENGGUNA TOUCH ‘N GO EWALLET KINI BOLEH MENIKMATI GHANTARAN MAKANAN DARIPADA LEBIH 2,000 RESTORAN MENERUSI DELIVEREAT

khatyaiman | 1/10/2020 08:00:00 pm | 5 Komen
Perkhidmatan penghantaran makanan oleh syarikat anak jati tempatan ini menawarkan pilihan pembayaran eWallet yang pertama, memberikan rakyat Malaysia pilihan transaksi yang serba lancar dengan promosi penghantaran percuma sepanjang tahun

Kuala Lumpur, 10 Januari 2020 – Perhatian kepada pencinta makanan! Touch ‘n Go eWallet telah menjalinkan kerjasama dengan DeliverEat, sebuah syarikat penghantaran makanan dalam talian oleh anak jati tempatan yang sedia membawakan beraneka hidangan enak terus ke rumah anda. Kerjasama ini membolehkan 7 juta pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapat akses dengan lebih mudah kepada beraneka pilihan hidangan enak daripada 2,000 restoran dan gerai makanan di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Dengan memilih pembayaran eWallet yang baru melalui aplikasi DeliverEat, pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh melakukan transaksi dengan yakin dan selamat, sambil menikmati pengalaman yang tidak merumitkan dan lebih menguntungkan di dalam aplikasi atau laman sesawang berkenaan. 

Memiliki lebih 120,000 rakan niaga, Touch ‘n Go eWallet sentiasa berinovasi untuk mengembangkan dan mempelbagaikan lagi penawarannya, yang meliputi pelbagai aspek kehidupan seharian rakyat Malaysia. 

“Kami dengan berbesar hatinya ingin memperkenalkan DeliverEat, perkhidmatan penghantaran makanan dari Pulau Pinang yang kini telah melebarkan sayapnya ke Lembah Klang, sebagai rakan penghantaran makanan kami yang pertama. Memandangkan makanan dan teknologi memainkan peranan penting dalam gaya hidup pengguna hari ini, adalah relevan dan penting bagi kami untuk menceburkan diri dalam sektor penghantaran makanan bagi memenuhi evolusi keperluan gaya hidup rakyat Malaysia.

Selain daripada itu, kolaborasi dengan penyedia perkhidmatan penghantaran makanan tempatan ini sejajar dengan misi syarikat kami untuk menggalakkan lebih banyak perniagaan tempatan agar berurus niaga tanpa tunai, dikuasakan oleh Touch ‘n Go eWallet. Berpegang teguh kepada prinsip inklusif, kami mahu memastikan bahawa tumpuan sama rata diberikan terhadap perniagaan tempatan untuk mereka berintegrasi ke ekonomi digital. Sama-samalah kita melangkah ke arah negara tanpa tunai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong. 

Ketua Pegawai Eksekutif DeliverEat, Tan Suan Sear berkata, “Di DeliverEat, kami sentiasa menganggap syarikat kami sebagai penyedia perkhidmatan untuk rakyat tempatan yang dikendalikan oleh anak jati tempatan. DeliverEat mengutamakan konsep membolehkan pengguna menikmati kehidupan serta makanan yang lebih baik menerusi teknologi. Oleh kerana itulah kami berasa sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan sebuah jenama yang disukai oleh rakyat di negara ini dan telah mengubah cara kami berurus niaga pada hari ini.

Menerusi kerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet, kami yakin bahawa pengguna kami di Pulau Pinang dan Lembah Klang akan berasa tenang dan dilindungi, mengetahui bahawa transaksi mereka menerusi Touch ‘n Go eWallet adalah selamat. Dengan lebih daripada 2,000 restoran di dalam rangkaian DeliverEat, kami berharap pengguna akan menikmati promosi ini sementara kami berusaha memperhebatkan lagi kolaborasi dengan Touch ‘n Go eWallet. Ini hanya sekadar permulaan.”

Baru-baru ini, Touch ‘n Go eWallet telah menerajui inisiatif transformasi tanpa tunai di Pulai Pinang. Ia merupakan perkhidmatan e-dompet pertama dan satu-satunya secara rasmi membolehkan warga Pulau Pinang merasai dan menikmati transaksi tanpa tunai di negeri itu. Touch ‘n Go eWallet menyasarkan untuk memudahkan transaksi digital untuk semua rakyat Malaysia dengan memanfaatkan kepelbagaian komuniti di Malaysia yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat.

Sempena meraikan kerjasama ini, para pengguna boleh menikmati penghantaran harian percuma bernilai RM5 selama 366 hari apabila mereka melakukan transaksi menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Promosi* ini terhad kepada 1 penebusan bagi seorang pengguna, sehari di sepanjang tempoh kempen dan boleh didapati untuk 100,000 transaksi pertama.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari www.facebook.com/touchngoewallet/ dan https://jom.delivereat.my/.

5 comments:

  1. wah boleh sangat lah nak guna touch n go ewallet ni pasni ^_^

    ReplyDelete
  2. Wah ada lebih 2000 restoren terlibat. Lepas ni boleh pulun guna touch n go order makanan

    ReplyDelete
  3. SA guna TNG ewallet utk beli tiket wayang je..yang lain2 tak cuba lagi

    ReplyDelete
  4. makin banyak dah jalinan kerjasama dengan touch n go ewallet ini..

    ReplyDelete
  5. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com