Touch ‘n Go eWallet membawa kemudahan transaksi tanpa tunai kepada para penduduk Pulau Pinang termasuk di jalan-jalan warisan.
George Town, Pulau Pinang, 3 Januari 2020 - Touch ‘n Go eWallet membawa
dunia tanpa wang ke Pulau Pinang melalui rakan niaga mereka di seluruh Pulau
Pinang termasuk sepanjang jalan-jalan warisan terkenal George Town. Pulau
ikonik dan bersejarah ini akan melalui transformasi ke dunia tanpa tunai dengan
Touch 'n Go eWallet, e-dompet pertama yang akan membolehkan para penduduk Pulau
Pinang menikmati transaksi tanpa tunai di pelbagai bazar dan pasar malam di
jalan-jalan warisan utamanya.
Mr. Wilson Soon,
Chief Financial Officer of TNG Digital Sdn Bhd, YB Teh Lai Heng, Komtar
State Assemblyman, Mr. Ignatius Ong, Chief Executive Officer of TNG
Digital Sdn Bhd, YAB Mr. Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang,YB Zairil
Khir Johari, Tanjung Bungah State Assemblyman andMr. Wong Yuee Harng, Penang
City Councilor at the launch of Touch ‘n Go eWallet’s #classicgoescashless in
Penang.
Dilancarkan dengan sokongan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow, Touch 'n Go eWallet akan memperkenalkan kaedah pembayaran digital di seluruh Pulau Pinang, termasuk gerai-gerai dan pusat penjaja di sepanjang jalan-jalan warisan George Town seperti Pasar Chowrasta, Lebuh Armenian, Jalan Nagore, serta beberapa kawasan di Pulau Tikus dan Tanjung Tokong. Pengguna Touch 'n Go eWallet akan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah dan pantas dengan hanya mengimbas kod QR peniaga untuk melakukan pembelian, tanpa perlu risau tentang adanya wang tunai atau penukaran baki.
Mr.
Ignatius Ong, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn Bhd presenting his
opening remarks at the launch of Touch ‘n Go eWallet’s #classicgoescashless in
Penang
Ignatius Ong, CEO TNG Digital Sdn Bhd berkata, "Kami teruja untuk
membawa kepakaran kami ke Pulau Pinang kerana ini merupakan langkah yang sesuai
bagi menjayakan visi kami untuk menjadikan Malaysia negara tanpa tunai. Usaha
kami di Pulau Pinang adalah khas untuk semua yang menetap, bekerja, dan
melancong di negeri ini. Penyediaan kemudahan di tapak warisan tempatan
adalah kesinambungan komitmen jangka panjang kami untuk memacu masa hadapan
Pulau Pinang, dengan menyediakan cara berurus niaga yang lebih mudah dan selamat dalam kehidupan seharian penduduk
tempatan.
(Left) Ignatius Ong, Chief Executive Officer of TNG Digital
Sdn Bhd with (Right) YAB Mr Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang
officiating the launch of Touch ‘n Go eWallet’s #classicgoescashless in Penang.
Kami mahu memainkan peranan aktif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi
Pulau Pinang menerusi pengenalan sistem pembayaran digital untuk peniaga
tempatan. Peniaga kecil seperti penjaja, dan pengendali restoran mamak akan
mendapat banyak manfaat daripada Touch 'n Go eWallet kerana ia akan membantu
mereka berinovasi untuk kekal relevan dalam landskap pasaran semasa. Di samping
itu, kami juga sedar akan kepentingan memperkasakan syarikat
Mr. Wong Yuee Harng, Penang City Councilor, YB
Teh Lai Heng, Komtar State Assemblyman, YB Zairil Khir Johari,
Tanjung Bungah State Assemblyman, YAB Mr. Chow Kon Yeow, Chief
Minister of Penang and Mr. Ignatius Ong, CEO of TNG Digital Sdn Bhd
demonstrating the seamless and secure payment method that is enabled at
merchants across Penang via the Touch ‘n Go eWallet!
permulaan tempatan bagi memupuk dunia perniagaan yang sihat dan maju.
Oleh itu, kami telah menjalankan perkongsian dengan jenama tempatan MULA dan
DeliverEat."


Mr. Ignatius Ong, Chief Executive Officer of TNG Digital Sdn
Bhd demonstrating how to use the Touch ‘n Go eWallet app at the Penang launch
joined by YAB Mr. Chow Kon Yeow, Chief Minister of Penang.
Penyertaan Touch 'n Go eWallet di Pulau Pinang adalah sejajar dengan
rancangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, 'Penang2030'; satu pelan tindakan yang
memberi tumpuan kepada peningkatan kesesuaian hidup, ekonomi, penyertaan awam
dan pembangunan yang seimbang untuk menjadi 'Negeri yang Mementingkan Keluarga,
Kehijauan dan Kepintaran'. Di bawah pelan ini, Touch 'n Go eWallet akan
menyumbang kepada ekonomi tempatan untuk menjadikan Pulau Pinang negeri pintar
yang hijau. Transaksi tanpa tunai akan mengurangkan keperluan urus niaga
menggunakan kertas atau resit, dan teknologi Touch ‘n Go eWallet yang canggih
dengan ciri-ciri eksklusif akan menyumbang kepada pembangunan negeri Pulau
Pinang yang pintar dan lebih terhubung.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Chow Kon Yeow berkata,
"Ini adalah satu inisiatif hebat oleh TNG Digital untuk membawa Pulau
Pinang ke dunia digital yang lebih canggih. Kami ingin mengucapkan terima kasih
kepada Touch 'n Go eWallet atas usaha berterusan yang memberi manfaat bukan
sahaja kepada pengguna seharian, tetapi juga kepada peniaga tempatan kami. Saya
sangat gembira melihat perniagaan tempatan kami menerima dan menggunakan Touch
'n Go eWallet sebagai mod pembayaran digital mereka. Dengan kerjasama
selanjutnya antara kami dengan TNG Digital bagi membolehkan penyertaan lebih
banyak rakan kongsi lain seperti perkhidmatan LinkBike dan eGovernment melalui
Touch 'n Go eWallet, saya percaya Pulau Pinang mampu menjadi sebuah negeri
tanpa tunai yang sebenar.”



Inisiatif ini adalah sebahagian daripada strategi jangka panjang di
Pulau Pinang oleh Touch 'n Go eWallet yang bertujuan untuk membawa teknologi
terkini dalam dunia pembayaran digital ke Pulau Pinang. Touch 'n Go eWallet
mula mengorak langkah di Pulau Pinang pada tahun 2018 dengan mewujudkan
perkongsian dengan syarikat pemulaan tempatan MULA dan DeliverEat, di mana
Touch 'n Go eWallet ditawarkan sebagai salah satu cara pembayaran bagi
pelanggan mereka. Sejak itu, Touch 'n Go eWallet bertujuan untuk menggandakan
rangkaian rakan peniaga mereka di Pulau Pinang pada tahun yang akan datang,
menyumbang kepada jumlah 110,000 rakan peniaga mereka di seluruh negara, dengan
jumlah 7 juta pengguna semasa.









Dengan penyertaan Pulau Pinang kedalam rangkaian mereka, Touch 'n Go
eWallet juga telah memperluaskan jangkauan inisiatif 'e-Tunai Rakyat'
oleh pihak Kerajaan pusat, di mana setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan
boleh menerima RM30 dalam akaun eDompet mereka mulai 15 Januari 2020.
Yeah.. Terbaik.. Lepas ni datang Penang senanglah boleh guna TnG eWallet je..
ReplyDelete