Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi
‘Gaji untuk Seumur Hidup’!
Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang
tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan
#NestleGajiSeumurHidup
PETALING
JAYA, 13 Februari 2020 – Nestlé Malaysia
hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi
peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji
untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15
dalam satu resit.

Peraduan
Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan
peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji
untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10
pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak
RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50
pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini
menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan
Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April
2020.
Ketua
Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan
Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di
atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan
jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia
peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang
terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah
yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup”
sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”
Hanya
dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15
dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk
mengemukakan satu penyertaaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh
memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan
menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan
yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh
membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk
menyertai peraduan ini.

Peruncit
yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya
hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang,
termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi
sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto,
Astro Go Shop, PGMall.
Untuk
maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan
butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang
sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup
Bestnya kalau dapat hadiah utama tu
ReplyDeleteNak join la kalau mcm ni...sape x nak hadiah lumayan kan
ReplyDeleteWow bestnya kalau menang tempat pertama.. Duit lebih boleh saya gunakan untuk servis aircond
ReplyDeleteBestkan kalau menang hadiah gaji seumur hidup. Jom join
ReplyDeletehttps://www.magspremiums.com/ Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!
ReplyDelete