Rambut Kekal Wangi, Sihat Dan Bersinar Dengan Rangkaian Terbaru Dari Safi Shayla
Rambut sentiasa menjadi perkara penting untuk
di jaga. Jangan di anggap remeh ya. Tambahan pula bagi wanita yang bertudung, akan
berlaku suatu keadaan di mana, kepala berbau masam akibat peluh yang terkumpul
di sekeliling tudung tersebut. Sangat tidak selesa kan. Sebenarnya, makin
banyak cuba makin susah nak buat pilihan. Safi Shayla Botanical Silk tiba-tiba dating
merungkai kekusutan fikiran dalam mencari produk yang sesuai untuk masalah
rambut yang terjadi.
Sebenarnya, Safi Shayla Botanical Silk ini diperkaya
dengan nutrien yang diperlukan oleh keseluruhan rambut seperti Organic Habbatus Sauda di mana ianya dapat melindungi dan menyuburkan
kulit kepala. Minyak Argan pula akan membuatkan rambut kelihatan lembut bagai
sutera , wangi seharum bunga dan ringan seperti angin supaya mudah untuk
diurus. Selain itu, istimewanya Safi Shayla Botanical Silk ini ialah adalah
ianya focus untuk memelihara rambut dari
akar umbi hingga ke hujung rambut dan dipercayai 100% dari bahan
Botanical Aktif dan 0 parabens. Apa yang membuatkan khaty jatuh hati dengan
Safi Shayla Botanical Silk nie, keharumannya kekal sehingga 48 jam. Ternyata
ianya benar, Sewaktu buka tudung bila tangan selak rambut, tenang sahaja dengan
bau wangi yang masih kekal itu.
Safi Shayla Botanical Silk mempunyai tiga variasi terbaru iaitu Hair Fall Rescue,
Intense Nourishment dan juga Silky Sheen Care mengikut jenis masalah rambut
yang dialami oleh setiap pengguna. Contohnya khaty memang mempunyai masalah
rambut gugur yang teruk selepas melahirkan anak, kelumumur juga tidak ketinggalan.
Buka setakat itu sahaja, kulit kepala juga agak berminyak dan hujung rambut
mesti bercabang Kombinasi yang yang kurang baik , jadi misinya adalah mencari
syampoo yang terbaik. Ketiga-tiga variasi ini yang khaty lihat sangat
menitikberatkan mengenai bau dan tekstur yang tidak melekit dan susah untuk di
cuci. Sebab itu sekali cuba jatuh hati terus.
Safi Shayla Botanical Silk Hair Fall Rescue ( RM20.90/480g )
Safi Shayla Botanical Silk Intense nourishment ( RM20.90/480g )
Safi Shayla Botanical Silky Sheen Care ( RM20.90/480g )
Rasa teruja sangat kan melihat syampoo terbaru dari Safi Shayla ini. Dengan bau harum yang tahap dewa, tekstur yang mudah di bilas dan terasa puas apabila di cuci. Harga yang berpatutan juga memberi anda ruang untuk memilih yang mana boleh anda cuba mengikut masalah rambut yang di hadapi. Alhamdulillah, khaty suka semuanya kerana, khaty mempunya masalah kombinasi, jadi boleh bertukar bila-bila masa yang khaty suka.
Benar biar kita setia pada yang satu, tetapi jika ada pilihan kenapa tidak mencuba. Ianya juga alah untuk kebaikan , keselesaan serta membina keyakinan diri dengan lebih bagus. Bertudung bukan lagi menjadi suatu masalah untuk bau, dan keadaan rambut. malah ianya tidak terjejas selagi kita masih tidak lupa akan tugas untuk menjaga diri masing-masing.
Bagi anda yang memang teringin sangat hendak cuba atau nak dapatkan Safi Shayla Botanical Silk, boleh dapatkan di pasaraya berdekatan dan semua rangkaian farmasi seperti Guardian dan Watson serta platform online seperti Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk terbaru Safi, anda boleh lah layari laman web rasmi Safi Malaysia di :
memang best. mek pun dah cuba shampoo safi shayla botanical silk ni. puas hati sebab rambut tak bau kepam dah bila seharian bertudung.
ReplyDeletesesuai tak untuk orang yang bertudung agaknya
ReplyDeleteAssalamualaikum sis Khaty Aiman , Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.
ReplyDeleteSangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI
Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.