Cuka Epal – Rahsia Wanita Besi
Anda bertemu wanita sepertinya setiap hari –
sihat bertenaga. Yakin. Berpengetahuan dan berkebolehan. Mampu menguruskan
kesibukan kerja, rumah tangga dan masa lapang dengan mudah.
Apakah rahsia Wanita Besi seperti ini?
Salah satunya ialah cuka epal, ramuan yang sekian lama digunakan sebagai
penawar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Banyak keluarga mengamalkan
rahsia kecergasan dan kesihatan Wanita Besi ini.
Supaya anda lebih yakin, pilihlah produk organik yang diperakui seperti
Alce Nero Organic Apple Cider Vinegar dengan komponen utama asid asetik serta
bahan lain seperti asid laktik, asid sitrat, asid malik dan bakteri baik. Oleh
kerana cuka epal sejenis asid pekat, pastikan anda larutkan satu sudu besar ke
dalam secawan air terlebih dahulu sebelum meminumnya. Hanya sedikit cuka epal
diperlukan untuk membawa hasil yang besar.
Berikut adalah beberapa cara Wanita Besi mengambil Apple Cider Vinegar
supaya lebih berkesan.
Tingkatkan sistem imunisasi
Wanita Besi jarang mendapat masalah
kesihatan seperti batuk, selesema dan sakit tekak seperti orang lain.
Pengambilan cuka epal yang mengandungi asid amino, kalium dan enzim membantu
menguatkan sistem imun dan melegakan keletihan.¹ Cuba resipi berikut yang pasti
dapat memberi tenaga di saat anda berasa lesu:
Tonik hangat! Kisar halia, lobak pedas, bawang, bawang putih,
lada habanero, lemon, kunyit dan serai dalam sukatan sama. Tambahkan 100ml
Apple Cider Vinegar. Tuang adunan ini ke dalam bekas kedap udara dan biar
selama 14 ke 60 hari. Tapis bagi membuang cebisan tumbuhan. Tambah satu sudu
besar tonik ini ke dalam secawan air panas atau teh ‘O’ untuk minuman
berkhasiat yang merangsang sistem imun.
Minuman cuka oren! Didih secara perlahan 100ml Alce Nero
Organic Apple Cider Vinegar berserta 2 keping kulit kayu manis, sebiji oren
yang dihiris, 4cm halia dan dua sudu besar madu organik selama 20 minit. Tapis
ke dalam bekas kedap udara. Tambah satu sudu campuran bahan ini ke dalam 125ml
air dan minum.
Membantu menguruskan badan dan penyerapan nutrisi
Mengekalkan kesihatan dan berat badan ideal memang mencabar, tetapi
Wanita Besi bijak menggunakan Apple Cider Vinegar dengan menambahkannya kedalam
diet mereka untuk manjaga berat badan. Sains turut menyarankan kaedah ini. Satu
kajian dalam Journal of Functional Foods pada tahun 2008 membuktikan
penambahan satu sudu cuka epal ke dalam pemakanan mampu mengurangkan lemak pada
perut selain membantu menyelesaikan masalah kesihatan lain.²
Kebersihan mulut
Walaupun sibuk sepanjang hari, Wanita Besi sentiasa memiliki nafas yang
segar dan kesihatan mulut yang baik. Rahsianya, tonik cuka epal yang diambil
pada waktu pagi yang terbukti memiliki sifat antikulat yang membantu melawan
radang membran mukus, menurut Journal of Prosthodontics, 2015.3
Menangani masalah senggugut
Wanita Besi belajar mengatasi masalah senggugut dengan pengambilan Apple
Cider Vinegar dari hari pertama hingga hari terakhir kitaran haid. Ia
dipercayai dapat mengawal atur kitaran haid dan memendekkan tempohnya.
Kandungan kalsium dan kalium dapat melegakan kekejangan otot yang menyebabkan
kesakitan senggugut.4
Jadilah seorang Wanita Besi yang inovatif. Cuba resepi berikut untuk
mengurangkan kesakitan senggugut:
Kehangatan teh cuka epal: Tambah 1 sudu kecil cuka epal, sehiris lemon
dan separuh sudu kecil halia segar ke dalam secawan teh yang baru dibancuh.
Jika mahu, anda boleh juga menambah sedikit madu.
Ketenangan teh hijau cuka epal: Bancuh secawan teh hijau. Sementara
masih panas, tambah satu sudu kecil cuka epal dan sedikit pudina.
Tonik cuka epal dan kunyit: Kunyit adalah sejenis tumbuhan berkhasiat yang sering digunakan sebagai penawar
untuk kesihatan. Tonik kunyit juga boleh dijumpai di kedai-kedai organik.
Tambah satu sudu kecil Apple Cider Vinegar ke dalam tonik kunyit anda bagi
menghasilkan minuman penyembuhan yang menyegarkan.
Serlahkan ciri-ciri Wanita Besi pada diri anda dengan menjadikan penawar
dan tonik Apple Cider Vinegar sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.
Kami menggunakan Alce Nero Organic Apple Cider kerana ia dibuat daripada
buah epal organik yang ditanam secara eksklusif di wilayah Trentino-Alto Adige
dan bebas daripada racun perosak, baja kimia dan unsur GMO. Cuka epal ini kaya
dengan rasa dan mempunyai tahap asid yang rendah, menjadikannya sesuai untuk
penyediaan salad dan makanan lain. Berikan tubuh anda sumber tenaga ini dan
jadilah seorang Wanita Besi setiap hari.