New ‘Contactless’ Delivery & Self-Collect Options From Pizza Hut & KFC Malaysia - KhatyAiman KhatyAiman: New ‘Contactless’ Delivery & Self-Collect Options From Pizza Hut & KFC Malaysia
Textual description of firstImageUrl

New ‘Contactless’ Delivery & Self-Collect Options From Pizza Hut & KFC Malaysia

khatyaiman | 4/14/2020 01:13:00 pm | 0 Komen
Dalam Tempoh berkurung ni kita semua disarankan untuk tidak keluar rumah. Nak buat macam mana, kita sebagai rakyat kenalah ikut perintah kerajaan. Lagipun ini untuk keselamatan kita bersama.

Jadi diharap duduklah rumah tu diam-diam. Tak tahu nak makan apa? Takde hal sebab Pizza Hut & KFC ada sediakan khidmat ‘Contactless’ Delivery dan Self-Collet jadi korang tak payahlah nak fikir sangat nak masak apa tiap-tiap hari. Jom kita tengok menu-menu yang korang  mungkin berkenan.

KFC


1. Zinger Stacker

Lama tak makan burger? Lepasni korang tak payah nak berangan nak makan burger dah sebab dengan Zinger Stacker Combo, memang korang confirm akan puas disebabkan kepuasan dia yang memang next level lah kalau nak dikatakan. Dan kalau korang rasa malas nak order fries dengan air asing-asing, korang boleh je order Zinger Stacker Combo beza dia tak sampai RM5.00 pun. 

2.Soy Garlic Drumette

Tekak asyik menangis nak makan makanan Korea? Dengan Soy Garlic Drumette, korang boleh pujuk tekak korang tu dengan ayam yang dimasak style Korea ni. Memang sah tak cukup jarilah nak jilat disebabkan penangan Soy Garlic Drumette ni. Ramai yang suka dengan menu ni sebab tekstur dia yang rangup tapi juicy. Tambah pulak menu ni takdelah mahal sangat, paling rendah RM7.50 je. Kalau   korang rasa tak puas lagi, korang boleh up lagi bajet korang. Memang layan habislah!

3.Bargain Feast Bucket

Malas nak order menu banyak-banyak sebab family ramai? Apa kata korang try Bargain Feast Bucket n, memang kenyang satu family korang lepas makan menu ni. Sebab apa? Sebab dengan harga yang murah, korang dah boleh dapat 6 ketul ayam, whipped potato dan 2 tin minuman. Tapi kalau ahli keluarga korang ramai, korang boleh pilih di antara 6, 10 ataupun 12 ketul ayam cuma harga dia lain-lainlah tapi memang berbaloi.

Pizza Hut


1.Deluxe CheesePizza

Haa… dengar nama pun dah kecur air liur kan? Memang kenalah dengan nama dia disebabkan cheese yang diorang guna untuk buat pizza ni memang padan dengan nama  dia. Guaranteed puaslah tambah pula dekat yang memang gilakan cheese meleleh-leleh tu kan? Dengan pizza ni korang bolehlah tarik cheese dia macam main tarik-tarik tali. Memang korang takkan menyesal! 


2.Spicy Chicken Arrabiata Spaghetti

Kalau sebut Pizza Hut je mesti korang akan terbayang macam-macam jenis pizza yang memang tak boleh nak dinafikan kesedapannya, kan? Tapi korang kena ingat Pizza Hut pun ada  sediakan menu-menu selain daripada pizza contohnya macam Spicy Chicken Arrabiata Spaghetti ni. Spaghetti ni dia guna sos asam pedas jadi memang kenalah dengan korang yang minat makan pedas tu. Memang puas!

3.Roasted Drumettes Berempah

Kalau korang suka makan ayam berempah, korang bolehlah cuba rasa penangan Roasted Drumettes Berempah ni. Ha… jarangkan kedai makanan western jual menu melayu? Kalau fikir baik-baik, memang tak sesuai sebenarnya kategorikan Roasted Drumettes Berempah ni sebagai side memang tak boleh nak cakaplah betapa sedapnya rasa dia.

‘Contactless’ Delivery & Self-Collect


Seperkara lagi, kita boleh tentukan sama ada nak gunakan contactless delivery ataupun self collect secara terus dari Pizza Hut dan juga KFC Malaysia ni. Kita boleh tentukan sendiri cara mana yang kita nak. 

Boleh order secara atas talian dan pihak Foodpanda Malaysia sendiri boleh bantu untuk perkhidmatan pizza delivery secara terus sehingga ke rumah. Dengan cara begini semestinya kita tak perlu nak keluar dari rumah dan kita juga tak payah nak tanggung risiko untuk berada dalam satu masa yang lama pada suatu tempat. 

Foodpanda sangat komited untuk misi memudahkan rakyat Malaysia, terutama dalam tempoh ketidakpastian ini. Mereka juga akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan perkhidmatan penghantarannya untuk memastikan semua pelanggan untuk restoran KFC dan Pizza Hut dapat menikmati hidangan kegemaran dengan mudah. 


KFC dan Pizza Hut juga turut menawarkan pelbagai promosi berbaloi kepada pelanggan seperti akan mendapat RM10 dari KFC sementara Pizza hut menawarkan 'Beli Satu Percuma Satu' (pizza saiz biasa) untuk setiap pesanan penghantaran. Pesanan boleh dibuat melalui laman web, aplikasi, dan Foodpanda. 

KFC, Pizza Hut, Foodpanda….. The best! 













No comments:

Post a comment

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com