RAMADAN
#LEBIHBANYAKEKSTRA BERSAMA RAMADAN 2.0.2.0
OLEH
TOUCH ‘N GO EWALLET
Juadah buka puasa kegemaran anda dihantar terus ke rumah dengan servis penghantaran makanan paling pantas di bandar-bandar utama dan dapatkan pulangan tunai berupa e-baucar, pembayaran zakat, derma dan tips harian bagi mengimarahkan Ramadan tahun ini!
Kuala
Lumpur, 27 April 2020 - Situasi
“normal baru” yang dialami semua rakyat Malaysia dalam tempoh PKP
telah membawa erti berbeza untuk Ramadan 2020 bagi umat Islam di
negara ini yang sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan yang mulia
pada tahun ini.
Dengan
itu, Touch ‘n Go eWallet telah melancarkan Ramadan 2.0.2.0 secara
#lebihbanyakekstra. Inisiatif dimulakan dengan kolaborasi bersama
‘lebih’ daripada beberapa syarikat penghantaran makanan
terkemuka, 'banyak' pulangan tunai berupa e-baucar dan juga senarai
‘ekstra’ peniaga-peniaga makanan dan keperluan yang terbaik.
Ramadan kali ini lebih bermakna kerana kami menyediakan
kemudahan untuk orang ramai melakukan amal jariah dan juga membayar
Zakat.
Kempen
oleh Touch ‘n Go eWallet tahun ini dinamakan ‘Ramadan 2.0.2.0’
untuk mengalu-alukan tahun 2020 dan untuk menyambung keberkesanan
kempen Ramadan Sempoi pada tahun 2019. Pada masa yang sama, sebagai
tanda sokongan terhadap penjarakkan sosial, 2020 kini digambarkan
sebagai 2.0.2.0.
Ketika
rakyat Malaysia memasuki bulan kedua PKP, penghantaran makanan telah
menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian. Bilangan pesanan
penghantaran makanan dianggarkan akan meningkat dalam tempoh ini,
jadi dengan adanya pelbagai khidmat penghantaran yang merangkumi
kawasan yang lebih banyak serta cepat, umat Islam dapat berbuka puasa
tepat pada masanya. Tambahan lagi, melalui usahasama dengan
rakan-rakan niaga dan pihak tertentu yang mempunyai tujuan yang
sama, di antaranya Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Beepit,
DeliverEat, Go Eat, Hungry dan Wonderfly, para pengguna dapat memesan
makanan kegemaran atau mencuba ‘bazar Ramadan’ cara baru sambil
membantu syarikat PKS (Peniaga Kecil dan Sederhana) yang kini amat
terjejas disebabkan oleh wabak Covid-19.
Ignatius
Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn Bhd berkata, “Sebagai
syarikat yang mementingkan inovasi dalam bidang e-Dompet, kami
memberikan penyelesaian secara digital bagi menjalani bulan Ramadan.
Ianya selaras dengan usaha negara kita yang memberi lebih penekanan
terhadap kaedah pembayaran tanpa sentuh kerana ianya lebih selamat.
Ramadan ini, kami sedar bahawa rakan-rakan Muslim akan menjalani
bulan puasa dengan cara yang sangat berbeza. Kami berharap dengan
adanya usahasama dengan rakan-rakan penghantaran makanan, dapat
membantu mengurangkan kesusahan pengguna kerana khidmat ini adalah
secara terus. Keunikan utama kempen ini adalah, kami mengumpul
pelbagai perkhidmatan penghantaran makanan untuk memenuhi keperluan
menikmati juadah tradisi bulan Ramadan. Dari lebih 1,000 gerai untuk
dipilih, rakyat Malaysia pastinya mempunyai banyak pilihan.”
Sebagai
servis penghantaran terbaru di Malaysia, StoreHub melancarkan portal
penghantaran makanan mereka, Beepit.com,
yang menampilkan pelbagai pilihan restoran yang terdapat di dalam
rangkaian penghantaran makanan mereka. Kini, StorehHub telahpun
mengaktifkan pilihan pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet.
Fong
Wai Hong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama StoreHub pula
berkata, “Kami sangat
berbesar hati dapat bekerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet untuk
eBazaar Ramadan 2.0.2.0.
Beepit.com
dilancarkan
untuk membantu rakyat Malaysia memilih dan terus menyokong
restoran tempatan serta dapat menikmati kemudahan dan lebih nilai
melalui pesanan secara terus.”
Sepanjang
tempoh kempen ini, pengguna Touch ‘n Go eWallet dapat menikmati
pelbagai promosi #lebihbanyakekstra melalui rakan penghantaran
makanan kami:
Penghantaran
Beep
Dari
23 April - 8 Mei, pengguna Touch ‘n Go eWallet dapat menikmati
pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum RM20 di laman web
Beep https://beepit.com/home.
DeliverEat
Eksklusif
bagi penduduk Pulau Pinang & Lembah Klang, DeliverEat menawarkan
diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM10, bermula dari 24 April
hingga 23 Mei 2020.
Hungry
Promosi
untuk penghantaran Hungry boleh didapati sepanjang tahun dan di
setiap negeri! Bermula dari 1 Mac hingga 31 Disember, pengguna layak
mendapat diskaun RM6 dengan perbelanjaan minimum RM25. Promosi ini
terhad kepada 7,000 tebusan pertama pada setiap bulan.
Wonderfly
Sebagai
rakan kongsi dalam talian terbaru Touch ‘n Go eWallet, Wonderfly
menawarkan promosi pulangan tunai RM3 dengan perbelanjaan minimum
RM30. Promosi ini sah dari 27 April hingga 20 Mei 2020.
Penghantaran
Percuma Go Eat
Bermula
pada 1 Mei sehingga 23 Mei 2020, nikmati dua penghantaran percuma
dengan pesanan pembelian minimum RM10. Gunakan fungsi “Scan” pada
Touch ‘n Go eWallet ketika makanan dihantar. Masukkan kod promo
GOTNGEWALLET di halaman pembayaran aplikasi Go Eat. Penebusan
maksimum hanya sekali sehari dan 2 kali sepanjang tempoh kempen,
dengan had sebanyak 10,000 penebusan.
MBPJ
x Go Eat (Akan datang)
Nantikan
pulangan tunai RM3 sebanyak dua kali dengan perbelanjaan minimum RM5
dengan Touch ‘n Go eWallet ketika menggunakan fungsi “Scan”
semasa penghantaran makanan yang dipesan melalui aplikasi Go Eat.
Penebusan maksimum hanya sekali sehari dan 2 kali sepanjang tempoh
kempen, dengan had sebanyak 60,000 penebusan.
*
Tertakluk pada Terma dan syarat, sila lihat senarai lengkap, visual
dan mekanik promosi pada lampiran
“Tahun
lepas, Touch ‘n Go eWallet telah berjaya mengubah bazar Kampung
Baru menjadi bazar Ramadan ‘Kampung Kashless’ yang pertama dengan
adanya lebih 400 gerai. Tahun ini, dengan adanya Ramadan 2.0.2.0,
para peniaga dapat memaparkan jualan mereka di senarai direktori
ebazar, sekaligus mendapat akses kepada lebih 10 juta pengguna Touch
‘n Go eWallet. Yang paling menarik adalah, dengan setiap transaksi
yang dibuat termasuk memindahkan eDuit Raya kepada keluarga dan
rakan, pengguna juga mendapat ganjaran melalui program My Rewards
Touch 'n Go eWallet dengan pulangan tunai berupa e-baucar setiap
minggu sepanjang bulan Ramadan dan musim Raya. Terbaru, kami
juga akan menyediakan kemudahan pembayaran zakat bersama Zakat
Selangor pada bulan Mei 2020. Sumbangan secara langsung kepada NGO
tetap
menjadi mudah pada bulan Ramadan ini dengan hanya menggunakan ciri
imbasan QR. Kami sangat terharu melihat rakyat Malaysia yang bermurah
hati untuk membantu. Sejak bermulanya PKP, jumlah sumbangan terkumpul
dari pengguna kami adalah lebih dari RM300,000,” tambah Ong.
Para
pengguna juga akan mendapat akses ke pusat maklumat Touch ’n Go
eWallet yang mempunyai pelbagai informasi berkaitan Ramadan seperti
waktu berbuka puasa dan imsak, ganjaran, cara menderma, promosi,
resipi, kecergasan serta tips-tips, pada bila bila masa.
Dengan
Touch ‘n Go eWallet, semuanya #lebihbanyakekstra - ianya komitmen
dari kami bahawa pengguna kami akan sentiasa diberi lebih
banyak
tawaran, dalam banyak
cara
dengan nilai ekstra
yang
hebat.
Untuk
maklumat lanjut mengenai Ramadan 2.0.2.0 Touch ‘n Go eWallet yang
eksklusif ini, sila layari:
Laman
web kami www.tngdigital.com.my/lebihbanyakekstra.
Laman
Facebook kami www.facebook.com/touchngoewallet
Laman
Instagram di www.instagram.com/touchngoewallet/.
Untuk
peniaga-peniaga, sekiranya anda ingin menyenaraikan perniagaan anda
bersama kami, sila layari
https://www.tngdigital.com.my/onlinebazaar-registration.
Touch
‘n Go eWallet boleh dimuat turun di Apple
App Store
dan
Google
Play Store.
No comments:
Post a Comment