Hasil tinjauan menunjukkan dua daripada tiga
wanita tidak cukup tahu mengenai Zon-V mereka sendiri
Permainan-atas meja pertama dilancarkan, untuk
memecahkan tabu dan mendidik wanita mengenai Zon-V, dengan senario sebenar
untuk meraih keyakinan sosial
Libresse® melancarkan kempen “KNOW YOUR V” untuk
memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V supaya lebih ramai wanita
mendapat maklumat dan memperkasakan ilmu mengenai badan mereka sendiri, dan
boleh menentukan aspek penting berkaitan kesihatan mereka.

Dalam
tinjauan yang dijalankan oleh Libresse® baru-baru ini,
menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai Zon-V di kalangan wanita Malaysia amat
rendah, dengan 69 peratus tersilap mengenalpasti sebahagian diagram sistem
reproduktif wanita. Tambahan pula, 63 peratus responden berkata mereka tidak
pernah melihat dan tidak pasti apa itu vulva. Tinjauan itu juga mendapati empat
daripada 10 wanita berasa tidak selesa menggunakan perkataan ‘faraj’ dalam
perbualan, yang meneruskan lagi budaya tabu terhadap perbualan mengenai Zon-V.

Hasil
tinjauan ini menunjukkan wujudnya jurang pengetahuan yang signifikan, yang mana
boleh menghalang wanita daripada mengambil tindakan sewajarnya apabila
berhadapan dengan masalah biasa seperti jangkitan atau menyebabkan kelewatan
dalam mengenalpasti simptom masalah kesihatan yang serius.
Untuk
membantu meningkatkan kesedaran pengetahuan berkaitan Zon-V, Libresse®
berganding bahu bersama Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Patricia Lim
Su-Lyn untuk memberikan maklumat berwibawa mengenai kesihatan Zon-V dengan cara
menarik dan menyeronokkan, dengan pengalamannya dalam dunia perubatan dan
pemahamannya terhadap kesihatan Zon-V melalui kempen digital dan inisiatif
Pendidikan yang sedang dijalankan.

Untuk
menarik lebih ramai wanita dan mengalakkan kesedaran berkaitan Zon-V, Kempen
“KNOW YOUR V” memperkenalkan ‘The V Game’. Permainan atas meja interaktif yang
julung kali diadakan ini akan diberikan melalui media sosial, di sekolah, dan
di pusat beli-belah. Dirancang untuk menggalakkan perbualan mengenai Zon-V di
kalangan wanita dari semua peringkat umur, pemain akan mengambil peranan dalam
situasi harian yang dihadapi wanita, daripada haid bulanan kepada perbualan
mengenai kesihatan Zon-V. Permainan ini akan memberi panduan dan solusi kepada
pemain yang membantu mereka menyelesaikan situasi berkenaan, di samping
menyediakan fakta bagaimana wanita boleh menjaga dan menyayangi diri mereka,
termasuklah penjagaan sewajarnya untuk Zon-V.
Selaris
dengan usaha untuk mencapai seramai mungkin wanita, Dr Lim menyokong usaha
kempen ini mendidik wanita supaya mereka akan menjadi lebih bermaklum dan proaktif
terhadap kesihatan Zon-V sendiri.
“Ilmu
adalah kuasa, dan wanita perlu dididik dari awal usia untuk menjaga kesihatan
Zon-V mereka sendiri - tiada sesiapa yang boleh melakukannya untuk mereka. Ini
termasuklah mencatat kitaran haid setiap bulan dan sebarang kelainan, melakukan
pemeriksaan faraj sendiri dan berjumpa pakar ginekologi untuk pemeriksaan
tahunan,” kata Dr Lim.
“Ia adalah
sebabahagian daripada badan anda, anda tidak perlu rasa malu untuk memeriksanya
sendiri dan memberi kebenaran kepada pakar ginekologi memeriksa Zon-V anda.
Anda perlu tahu bagaimana rupanya apabila ia dalam keadaan sihat, dan menyedari
jika ada sesuatu yang tidak kena. Berjumpa pakar ginekologi hanya ketika hamil
atau mendapat jangkitan seperti dilakukan kebanyakan wanita sebenarnya tidak
cukup. Saringan kesihatan seperti Pap Smear sangat penting untuk mengesan
masalah kesihatan yang boleh berlaku lebih awal.
Untuk keterangan
lanjut mengenai Kempen dan akitiviti “KNOW YOUR V” Libresse®, sila kunjungi www.libresse.com.my atau ikuti Libresse® di media sosial di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_My).
No comments:
Post a Comment