Mengagihkan 120,000 Bubur Lambuk berkhasiat dan 20,000 Pek Makanan kepada masyarakat kurang bernasib baik
PETALING JAYA, 19 Mei 2020 – Berbekalkan semangat Ramadan, MAGGI® menyediakan
makanan untuk lebih 120,000 rakyat Malaysia sepanjang bulan puasa. Inisiatif
ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM15 juta Nestlé Malaysia dalam usaha
membantu memerangi wabak Covid-19 di bawah inisiatif Nestlé Cares
selaras dengan komitmen Syarikat untuk menyokong rakyat Malaysia pada masa yang
mencabar ini.


Cik Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé
(Malaysia) Berhad, berkata, “Kami bertuah kerana dapat meneruskan usaha kami
untuk mengagihkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia. Walaupun ini
adalah inisiatif tahunan MAGGI® yang diadakan sepanjang bulan puasa, tetapi
tahun ini dilihat lebih penting bagi kami untuk menyumbang kepada mereka yang
memerlukan, dan juga menunjukkan penghargaan kami kepada petugas barisan
hadapan yang bekerja keras pada masa sukar sekarang.”


Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad Encik Juan Aranols
menambah, “Ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong
masyarakat yang memerlukan sebagai sebahagian
daripada program bantuan Nestlé Cares Covid-19 kami. Sesungguhnya ini sangat
bermakna bagi kami. Ramadan merupakan masa untuk menunjukkan belas kasihan dan
bersedekah. Kami berharap usaha dari MAGGI ini akan memberi perbezaan positif
bagi banyak pihak, begitu juga inisiatif lain dalam persiapan di bawah jenama
kami yang berbeza. Semuanya akan terus mencerminkan matlamat Nestle untuk
meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, serta
komitmen khusus kami untuk menyokong keluarga Malaysia di saat-saat memerlukan
ini.”


Bagi mencerminkan matlamat Kumpulan untuk meningkatkan kualiti hidup dan
menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat, Nestlé terus komited dalam
memainkan peranannya untuk membantu rakyat Malaysia menempuhi masa-masa yang
sukar ini melalui inisiatifnya yang pelbagai.
alhamdulillah program yg sangat murni ^_^
ReplyDeleteUsaha yang murni
ReplyDelete