Penghantaran Makanan Barat Dengan Foodpanda. - KhatyAiman KhatyAiman: Penghantaran Makanan Barat Dengan Foodpanda.
Textual description of firstImageUrl

Penghantaran Makanan Barat Dengan Foodpanda.

khatyaiman | 7/09/2020 04:12:00 pm | 1 Komen
#1 - Pizza

Western Food Delivery With Foodpanda.

Makanan barat dan pizza memang sudah sinonim. Pizza dalam Malaysia memang sudah terkenal kerana rasa dan cara penyediaan yang pelbagai. Tahap makanan yang konsisten dalam penyediaan makanan bagi mengekalkan rasanya telah menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pelanggan baik dari dalam negara mahupun dikalangan pelancong luar. 

Cara penyediaan Pizza ada yang dimasak dengan ketuhar moden (oven) dan ada juga yang dimasak menggunakan ketuhar tradisional kayu api. Salah satu pihak yang masak pizza guna cara lama ini adalah Pizza La Risata yang nipis dan rangup. 

Selain dari Pizza Hut dan Domino;s, Cubes Pizza yang asalnya dari Bandar Mississauga di Canada juga turut mendapat tempat di sini. Di Cubes Pizza kita boleh nikmati Pizza Sicily dengan sos tradisional yang di buat sendiri menggunakan campuran rempah Itali bersama pilihan daging berkualiti serta topping yang terdiri dari sayur-sayur segar. Paling menarik, adunan doh pizza di sini diuli dengan tangan setiap hari untuk kekalkan tradisi Itali. 

#2 - Burger
Western Food Delivery With Foodpanda.

Untuk para penggemar burger, tak kisah burger ayam, burger daging, burger ikan dan sebagainya. Di sini ada pelbagai tawaran menu burger untuk di cuba. Ada yang dijual dalam restoran mewah dan ada juga yang di jual dalam kafe serta di kaki lima. Burger-burger ini walau nampak sedikit berlainan namun ia mempunyai pengemarnya yang tersendiri. 


#3 - Steak 

Western Food Delivery With Foodpanda.

Makanan barat tanpa sajian steak memang tidak akan lengkap! Di Malaysia antara restoran tahap mewah yang menyajikan steak terbaik adalah Me'nate Steak House. Di sini terdapat pelbagai pilihan daging dari yang paling mahal kepada jenis daging yang mampu milik tetapi tetap sedap. 

Selain itu, layanan yang diberikan juga sangat bagus dan mesra. Restoran Me'nate Steak House ini sangat disarankan untuk mencuba. Selain di Kuala Lumpur Restaurant ini juga terdapat di Johor Baru. Nak makan steak terbaik? Kena singgah ke Me’nate Steak House. 

Selain di sini ada juga restoran-restoran lain yang juga turut mempunyai daya tarikan dengan hidangan menu tersendiri. Mudah cakap, makanan menu steak di Malaysia sangat meriah untuk di pilih mengikut selera tekak masing-masing. 

#4 - Pasta 

Western Food Delivery With Foodpanda.

Walau di Malaysia agak terkenal dengan mee goreng mamak tapi tu tak bererti orang Malaysia ni tak layan makan pasta. Jiak ke restoran makanan barat sudah tentulah pasta menjadi pilihan. Antara nama restoran yang ada menyajikan pasta sedap di sekitar Kuala Lumpur khususnya adalah seperti Basil Pasta House. La Risata dan lain-lain lagi. 

Namun awas, nak makan pasta makanan barat ni tengok betul-betul dulu nama restorannya kerana tidak semua restoran makanan barat di Malaysia ini berstatus halal. 

#5 - Sandwich

Western Food Delivery With Foodpanda.

Selalunya bila teringin nak makan sandwich, Subway akan muncul di fikiran. Akan tetapi masih ada lagi restoran lain yang ohsem dalam penyediaan sandwich ni. Salah satu daripanya adalah restoran Wondermilk. 

Ia dah mula beroperasi sejak beberapa  tahun yang lalu dan sejak ia dibuka, memang ia sangat terkenal dengan kek cawan yang lazat dan berwarna-warni. Selain daripada kek cawan yang amat menyelerakan, ia juga menyediakan hidangan yang agak simple seperti burger, hotdog, salad dan lain-lain. 




#6 - Donut 

Western Food Delivery With Foodpanda.

Donut sangat sedap dengan rasa manis ditambah dengan adunan dohnya yang lembut. Donut di Malaysia ini sudah berjaya berada di tahap yang bagus kerana boleh dikatakan menu selera donut sekarang sudah semakin baik dengan pelbagai jenis topping. 

Salah satu jenama donut yang terkenal di Malaysia adalah Big Apple. Di Big Apple pelbagai jenis perasa donut ada di sana untuk di pilih. Makan sebiji tentu nak makan lagi sebiji. Dah la rasanya sedap di tambah pula dengan kelembutan doh, siapa boleh tahan. 

Western Food Delivery With Foodpanda.

Western Food Delivery dengan rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi. Dengan adanya servis ini semua makanan boleh ditempah dan dihantar hingga sampai ke depan pintu rumah. Malah di Malaysia terutamanya dalam bandar besar seperti Kuala Lumpur, memang banyak pilihan menu Western dan ada sesetengahnya telah dinyatakan samada menu Western ini merupakan makanan halal bagi Muslim ataupun tidak di dalam website Foodpanda tersebut. 

Harga untuk makanan Western pun boleh dikatakan mampu makan berserta dengan caj delivery.. Jadi, senanglah untuk pada sesiapa yang rasa malas nak masak masakan Western dan rasa macam malas nak keluar dari rumah disebabkan cuaca yang tak menentu sekarang.

1 comment:

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com