Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula - KhatyAiman KhatyAiman: Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula
Textual description of firstImageUrl

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

khatyaiman | 1/21/2022 12:15:00 pm | 2 Komen

Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

Tahun 2021 yang diharungi sebelum ini menyaksikan pelbagai kisah dengan cabaran pandemik dan ditutup bersama musibah banjir pada akhir Disember lalu.

Walaupun tidak pernah menghadapi situasi sebegini, namun faham sangat untuk bangkit semula bukan mudah. Ramai yang terkesan dan tidak juga ketinggalan golongan peniaga dan usahawan. Jadi pihak RichWorks yang memahami keadaan dihadapi orang ramai terutama para peniaga dan usahawan yang dalam kesusahan ekoran pandemik dan banjir turut untuk membantu menghilangkan beban mereka.

Kami memahami perasaan dialami ramai orang di luar sana termasuk bangsa usahawan apabila Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya dijangkiti COVID-19.

Ibu mertua Dr Azizan dukacitanya telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir tidak dapat diselamatkan selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Namun Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan bagi Dr Azizan, peluang kedua diberikan Allah SWT akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. Selain itu, Richworks bantu rakyat dan negara dalam berdepan dengan pandemik melalui kepakaran mereka.

 


Tak berapa lama selepas beliau keluar dari hospital dan sedang proses pemulihan, Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang. Salah satu cara RichWorks bantu rakyat adalah dengan program percuma untuk usahawan.

Sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. 

Secara keseluruhan pada tahun lalu, RichWorks bantu rakyat kira-kira seramai 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

 

Salah satu program yang menunjukkan RichWorks Prihatin adalah Wanita Bangkit Berniaga (WBB). Program RichWorks bantu rakyat ini mendapat pengiktirafan kerajaan bila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Richworks mahu terus membantu orang ramai melalui program2 percuma mereka demi untuk buka jalan dan tingkatkan ilmu rakyat Malaysia supaya berjaya membina masa depan sebagai usahawan


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd. memberitahu, pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

 


Menurut Tuan Radz juga, RichWorks prihatin bersama ahli Titanium dan Spire yang mana mereka turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul. 

Dalam pada itu, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi. Richworks juga mahu membimbing anak didik mereka untuk mengharungi 2021 hingga capai kejayaan

 

 


Alhamdulillah pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire kami yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Pencapaian keseluruhan usahawan RichWorks International pada tahun 2021, adalah seperti berikut. Sebanyak 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes (RM50 juta ke atas) dan lima bisnes (RM100 juta ke atas).

Syukur atas kejayaan dan ujian dihadapi 2021 lalu, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang kami usahakan dan akan dipergiatkan lagi tahun baru ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks (richworks.com) untuk membantu lebih ramai bangsa usahawan dan misinya akan diberkati dan dipermudahkan Allah SWT.

 

Kisah Perjalanan Richworks untuk kita lihat kejayaan yang di bina.

Sebenarnya, sebuah kejayaan tidak hanya diucapkan di bibir, tetapi nikmatnya adalah setelah beberapa usaha, doa dan tawakal untuk mencapai tahap itu sebenarnya. Melalui video youtube ini, dapat dilihat perjalanan Richworks di Tahun 2021

https://www.youtube.com/watch?v=Segt5ASOloI&t=1s

Kenapa ramai sangat nak join team Richworks? Siapa sebenarnya mereka??

Tak kenal maka nya tidak tahu la kan. Jom kita tengok sedikit kisah mengenai Richworks ini. Ianya merupakan salah satu Syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan, pemasaran dan kepimpinan.


Sejak 2008, RichWorks International Sdn Bhd telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). 

Dengan adanya rekod prestasi yang terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks memecah rekod berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan di Malaysia.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

2 comments:

  1. Terbaik Richworks.. dah lama kenal company ni. dan dah ramai usahawan dibantu..

    ReplyDelete

KhatyAiman © . Designed by MaisarahSidi.com